Tuesday, September 29, 2009

Malaysiakini, Please Do Some Homework..!!

Aku amat-amat jarang baca Malaysiakini...

Pagi tadi staff aku sms, "Institut Sunnah masuk Malaysiakini"...

Aku yakin bukan sesuatu yang bagus, sebab tak pernah aku buat apa-apa program aku jemput Malaysiakini...aku lebih suka Sinar Harian dan mainstream medias yang lain...

Then aku pun buka la laman web Malaysiakini...



Jumpa la berita ini dan ini...

Berita mengenai pertukaran Imam Masjid Al-A'la Behor Temak, Kangar...dikatakan imam tersebut tak mahu mengikuti ajaran Wahabi maka dia ditukarkan...

Yang menariknya, dalam muka yang sama, penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Abdul Malik Hussin dan disiarkan...tu yang aku heran Malaysiakini nih...

Aku tak mau panjangkan cerita tentang Wahabi, Sunnah Perlis atau Salafi kat sini...

Yang aku nak marah ialah pasal ni...



Pertama : Institut As-Sunnah Negeri Perlis bukanlah NGO (Badan Bukan Kerajaan)...Institut As-Sunnah Negeri Perlis ialah unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, gaji aku sebagai Pengarah dibayar oleh SUK Perlis, gaji staf aku juga dibayar oleh SUK Perlis...jadi Malaysiakini telah menampakkan kedangkalan diorang kat situ...

Kedua : Institut As-Sunnah Negeri Perlis dikaitkan dengan pengembangan Wahabi di Perlis??? Ko tahu tak apa yang ko tulis ni wahai Jimadie Shah Othman?? Apa yang ko tahu tentang bidang tugas Institut As-Sunnah Negeri Perlis?
Kalau ko nak tahu, kami berperanan menganjurkan program-program keagamaan dan ilmiah di negeri Perlis...dan kami so far bekerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain...Jabatan Pelajaran, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis, Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Perlis...dan banyak lagi...yang aku sebut tu adalah yang kerap...

Dan selain itu, kami juga berperanan sebagai Institut Integriti Negeri Perlis, di mana kami selalu bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia untuk sebarang program diorang di Perlis...

So tang mana yang kata kami mengembangkan Wahabi?

Aku bukan jenis puak-puak yang akan saman berjuta-juta...(kalau saman best jugak, kot2 aku boleh jadi kaya kan..haha)...tapi aku akan terpaksa mengeluarkan satu kenyataan media kepada mainstream medias hari ni untuk meng-clear-kan nama Institut As-Sunnah Negeri Perlis...kalau tak maka imej aku sebagai Pengarah kat situ akan terjejas...

Lain kali buat kerja wartawan tu biar betul-betul..jangan main quote sumber kosong macam tu saja...aku ni duduk tercongok kat sini ada, kenapa ko tak tanya...damn...dah jadi sibuk aku hari ni..apa nak dikata...

Sunday, September 27, 2009

Antara Lalat dan Najis...


Gambar hiasan, susah nak cari lalat hurung najis sambik baca sok kabar, tapi manusia banyak yang buang najis sambil baca sok kabar..kan...


Entri merapu...serius aku bagitau siap-siap, tapi ada jugak ilmu yang bakal kita dapat walaupun dari benda merapu...kan...

Sejak malam tadi aku asyik mengutarakan (eceh ayat) persoalan lalat yang menghurung najis...(aku segan nak tulis taik, so pakai najis la ya nampak macam baik sikit...)

Malam tadi kat Facebook aku dah soal...
Fenomena lalat yang selalu menghurung najis; adakah :
A. Mmg perangai lalat hurung tak kira apa benda,najis ke tidak...
B. Sifat najis yg mahukan perhatian ramai pihak,tetapi hanya lalat yg berminat memberi perhatian tu.Yg lain hanya pandang & mencebik...
C.Memang lalat & najis ditakdirkan bersama...
D.Sama je level dua2 tu,jadi biarkan la diorang bersama...
Apa pendapat anda?

Ada la jugak respons dari kengkawan dalam persoalan aku tu...

Aku nak teruskan lagi analogi lalat dan najis ni...

Andai kita dah usaha untuk meng-cover najis tu...siap dah bungkus dengan sok kabar lama, masuk plastik, letak kat tong sampah...masih ada jugak lalat yang berlegar-legar nak cari jalan masuk dan hurung...tak boleh dekat-dekat, jauh pun dia nak gak datang....kenapa?

Adakah memang tabi'ie si lalat akan mencari jugak si najis walaupun najis dah tak menonjolkan diri...

atau adakah memang sifat semulajadi si najis itu akan terus menggamit si lalat, walaupun dah kena cover oleh manusia (atau haiwan) lain pun tetap jugak dia melepaskan satu aroma yang mampu dihidu oleh si lalat lantas datang lah lalat tu...

Seterusnya...aku nak tahu jugak...adakah ada pihak lain yang ingin mendekati najis selain dari lalat tu?Pernah lihat binatang lain yang mendekati najis dengan penuh berahi dan keinginan?Manusia lagi jauh la, bau je dah lari apatah lagi rupa parasnya...

Dan adakah lalat tu memang ikhlas benar terhadap si najis? Adakah lalat akan bersama dengan najis hingga akhir nanti...atau nanti kejap je, bila najis dah kering maka lalat pun blah la cari port atau najis baru...

Perlu jugak kita ingat bahawa nafsu lalat bukan hanya pada najis..tetapi jugak pada sampah, bangkai, air sungai kotor, longkang...dan tak terkecuali jugak makanan dan minuman yang lazat dan manis-manis...

Jadi bukanlah 24 jam akan diperuntukkan oleh lalat kepada si najis, malahan si najis akan perlu berkongsi masa beliau dengan pemilik-pemilik nafsu lalat yang lain...

Aku, andai kata masa aku rehat, makan atau apa jugak sekalipun di ganggu gugat oleh si lalat ni, penyelesaian aku hanya satu..lalat itu mesti pergi...samada pergi jauh atau pergi terus...aku halau, kalau degil aku bantai...teruk sangat aku spray Ridsect (ini bukan iklan racun serangga ok...)

So, apa caranya nak selesaikan kisah lalat yang menghurung najis ni?

Senang...

Musnahkan lalat dan musnahkan jugak najis...sebab kalau ada salah satu darinya, ia akan menggamit memanggil yang satu lagi je...so kasi pangkas dua-dua sekali...

p/s : Entri ni boleh dibaca secara semantik luaran mahupun dengan niat memerli...haha...
Andai anda membaca entri ni, dan faham sedikit sebanyak pengajaran dari lalat dan najis tu, maka tahniah la, maknanya anda dewasa dan faham bahasa...bagus.
Tapi kalau anda tak faham yang tersirat...pergi toilet jangan lupa flush dan simbah air banyak-banyak, supaya kedua-dua najis dan lalat akan hanyut dan hancur jua akhirnya...

Thursday, September 17, 2009

Ular Menyusur Akar Takkan Hilang Bisanya...

Wow...lamanya tak update blog...

Selalu orang bagi alasan sibuk, tapi takkan aku nak join bagi alasan sama...sebab kalau kata sibuk, aku setiap hari online, melangut kat Facebook, mengulau kat blog kengkawan, dan macam-macam aktiviti sihat lain (sebab bulan posa kan...) kat internet...so alasan sibuk dah kena reject...

Nak kata takde idea, mencurah-curah sebenarnya nak tulis...cuma aku rasa satu je alasan paling sesuai...iaitu MALAS...yeap...sindrom malas melanda...

So bila dah lama tak update banyak la yang nak cerita...jadi kalau aku tercampur macam-macam cerita dalam entri ni sila jangan pening ok...

Selama hampir tiga minggu malam-malam aku dalam bulan Ramadhan ni diserikan dengan ibadah Terawih (aiseh ayat, hebat benau bunyik nya...)dan aku bukan berterawih di masjid atau surau berdekatan rumah aku, tapi jauh-jauh...

Sebabnya ialah aku ikut program anjuran Yayasan Pok & Kassim, satu yayasan yang dimiliki oleh bekas boss aku iaitu mantan Menteri Besar Perlis, YB Dato' Seri Shahidan Kassim...

Beliau ajak aku samada jadi imam atau bagi tazkirah sepanjang majlis dia...seluruh Perlis...

Suka aku imbau kembali (maafkan bahasa Malaysia aku yang hebat ni ye..) kenangan zaman beliau jadi MB dulu...mungkin ramai yang dah tahu, tapi yang tak tahu boleh ambik tahu...sejak awal dia jadi MB dulu, setiap kali Ramadhan, beliau akan anjurkan majlis Berbuka Puasa, Terawih, Tazkirah dan Pemberian Sumbangan kepada rakyat Perlis yang memerlukan di Dewan Warisan Kangar...sepanjang sebulan dewan tu akan transform jadi masjid...start dari berbuka puasa secara hidang, bukan buffet...kemudian Maghrib, kemudian tazkirah, kemudian Isyak, Terawih dan last sekali bagi sumbangan...

Setiap malam akan dijemput antara 700 ke 1000 (tujuh ratus ke seribu) orang...ya memang ramai...dan setiap kawasan akan dijemput...maka by the end of Ramadhan seluruh rakyat Perlis akan dapat merasa semua ni (yang memerlukan la, yang berada kalau nak datang sembahyang boleh je..)..

Aktiviti tu terhenti bila beliau berhenti jadi MB pada 2008...

Namun Ramadhan 2008 beliau masih Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, maka beliau buat program yang hampir sama di masjid-masjid seluruh Perlis...dengan jumlah jemputan dan perbelanjaan yang hampir sama...

Tahun ni beliau bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO, hanya ADUN biasa...

Tapi tak menghalang beliau dari buat benda yang sama...atas nama Yayasan Pok & Kassim (Pok ialah Allahyarham ibu beliau dan Kassim Allahyarham ayah beliau), beliau menjelajah jugak segenap pelusuk Perlis, cuma kerana kekurangan jentera dan kakitangan, beliau ubah format sikit kepada Terawih, Tazkirah, Sumbangan dan Moreh...

Aku seronok menjadi sebahagian dari majlis tersebut..sebab ini satu peluang aku pun sama menjelajah masjid-masjid yang amat sukar untuk aku sendiri sampai atas kapasiti biasa...

Pengajaran yang aku dapat ialah, sikap pemurah dan pemberi ini kalau dah wujud dalam jiwa, takkan dapat siapa pun hapuskan ia...ko cabutlah jawatan dia sekalipun tetapi dia tetap akan usaha buat benda yang sama...sebab itu ialah jiwanya...

Dan aku paling terharu malam ini tadi, malam ke 27 Ramadhan, di Masjid Bukit Ketri Perlis, hampir 350 orang saudara baru turut sama jadi jemputan beliau...aku memang amat sensitif dengan saudara baru, sebab pada aku diorang lebih hebat dari kita yang lahir sebagai Islam...

Dan tadi juga adalah malam terakhir aku join beliau...sebab esok aku akan mula bergerak balik kampung...

Oh ya, dah nak raya kan...dah nak abis bulan Ramadhan yang mulia yang penuh dengan pahala...

Sempena dah nak raya ni aku, seperti tahun-tahun lepas, semakin menjauhkan diri dengan pejabat pos...bil pun bayar kat internet...setem dah lama aku tak tengok macam mana rupanya (anak aku punya nak beli setem sebab nak hantar poskad kat kawan dia, nak belajar guna pos katanya...)...last sekali aku pergi pejabat pos ialah ketika claim rebate road tax tahun lepas...tu pun pasal terpaksa...haha...

Tahun lepas dan sebelumnya aku wish orang hari raya dengan SMS...macam biasa, sms dah siap karang, tunggu nak tekan butang hantar saja...aiseh, tekan send la tuh...

Tapi tahun ni aku nak berubah...

Aku nak lebih jimat...

Aku hantar kad raya kat Facebook, aku post gambar kad raya kat wall aku dan tag nama kengkawan aku...dan usaha terakhir aku ialah melalui blog ini...seperti tertera di bawah :


Selamat Menghabiskan Ibadah dalam Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut
Aidilfitri kepada semua sahabat dan kenalan...ampun dan maaf dipinta, moga
diampunkan dosa kita semua bersama...Semoga AidilFitri ini akan menjadi bukti kemenangan kita mengharungi segala ujian di bulan Ramadhan...

Jadi kepada semua, maafkan aku kerana penjimatan ini ya...pasal aku rasa amat tak logik dalam pada nak mengucapkan hari raya, aku bagi Telco yang mengaut keuntungan dan kadang-kadang sms aku hanya sampai petang raya pertama...tak aci kan...

Itu alasan aku...hehe...

Kalau ada yang sms nanti, aku tak balas ye...ko boleh anggap yang kat atas tu sebagai reply in advance...siap boleh print..!!

Kepada rakan-rakan bukan Melayu, nanti bila raya korang aku akan post kan gambar selipar kad ucapan perayaan korang pulak ok...moga-moga usaha tersebut akan membuatkan kita semua berasa 'sedar diri' dengan kedudukan kita dan menghormati satu sama lain khususnya orang yang lebih berusia dan lebih berjasa dari kita...

Ok, aku dah makin jauh melalut...esok pagi nak kena hadir majlis berbuka puasapenyampaian sumbangan Aidil Fitri oleh Kerajaan Negeri Perlis kepada lebih kurang 1000100 orang penerima kalau tak silap aku...

Selamat Hari Raya dan selamat balik kampung...yang takde kampung tu, apa nak dikata...

Saturday, September 5, 2009

Beza Si Bijak dan Si Bodoh...

Nak tahu perbezaan paling besar antara si bijak dan si bodoh?

Senang saja...bandingkan dua laporan akhbar di bawah ni...anda pasti kenal siapa si bijak dan siapa si bodoh...

Laporan Pertama, Khamis 3 September 2009
Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.



Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi


Laporan Kedua, Mutakhir Sabtu 5 September 2009
30 pelajar perubatan Malaysia bantu mangsa gempa bumi Indonesia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di Indonesia sudah digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku di pulau Jawa pada Rabu lalu yang setakat ini mengorbankan lebih 60 orang dan mencederakan 400 yang lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata penubuhan pasukan sukarelawan itu atas inisiatif Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, pasukan itu yang diketuai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dr Junaidi Abu Bakar, sudah membuat persiapan kelengkapan serta barangan dan sudah mula bergerak ke kawasan bencana itu di Pengalengan Jawa barat, hari ini.

"Mereka akan memberikan bantuan makanan dan pakaian serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada mangsa di kawasan terbabit selain membuat tinjauan dan penelitian bagi menentukan bantuan selanjutnya yang boleh dihulurkan kepada mangsa," katanya yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pendedahan kepada pelajar berkenaan untuk memberi khidmat kesukarelawan kepada penduduk yang terbabit dengan bencana alam.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, gempa bumi pada magnitud 7.3 skala Richter itu memusnahkan lebih 87,000 buah rumah. - Bernama


Soalan aku kepada warga Indonesia di sana....Tak mahu baling telur kat sukarelawan Malaysia yang bantu gempa bumi tu kah?

Anda nampak beza sekarang antara si bijak dan si bodoh?

Lagu punya pasal pun boleh jadi hal...hehe...ini bukan mentaliti kelas ketiga..tapi really really really low class...Patrick dalam Spongebob Squarepants pun ada sikit bijak dari korang...hehe...apa nak dikata...