Saturday, September 5, 2009

Beza Si Bijak dan Si Bodoh...

Nak tahu perbezaan paling besar antara si bijak dan si bodoh?

Senang saja...bandingkan dua laporan akhbar di bawah ni...anda pasti kenal siapa si bijak dan siapa si bodoh...

Laporan Pertama, Khamis 3 September 2009
Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.



Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi


Laporan Kedua, Mutakhir Sabtu 5 September 2009
30 pelajar perubatan Malaysia bantu mangsa gempa bumi Indonesia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di Indonesia sudah digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku di pulau Jawa pada Rabu lalu yang setakat ini mengorbankan lebih 60 orang dan mencederakan 400 yang lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata penubuhan pasukan sukarelawan itu atas inisiatif Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, pasukan itu yang diketuai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dr Junaidi Abu Bakar, sudah membuat persiapan kelengkapan serta barangan dan sudah mula bergerak ke kawasan bencana itu di Pengalengan Jawa barat, hari ini.

"Mereka akan memberikan bantuan makanan dan pakaian serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada mangsa di kawasan terbabit selain membuat tinjauan dan penelitian bagi menentukan bantuan selanjutnya yang boleh dihulurkan kepada mangsa," katanya yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pendedahan kepada pelajar berkenaan untuk memberi khidmat kesukarelawan kepada penduduk yang terbabit dengan bencana alam.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, gempa bumi pada magnitud 7.3 skala Richter itu memusnahkan lebih 87,000 buah rumah. - Bernama


Soalan aku kepada warga Indonesia di sana....Tak mahu baling telur kat sukarelawan Malaysia yang bantu gempa bumi tu kah?

Anda nampak beza sekarang antara si bijak dan si bodoh?

Lagu punya pasal pun boleh jadi hal...hehe...ini bukan mentaliti kelas ketiga..tapi really really really low class...Patrick dalam Spongebob Squarepants pun ada sikit bijak dari korang...hehe...apa nak dikata...

4 comments:

Mohd Sufian said...

Turut bersimpati dengan apa yang berlaku di Indonesia.

penyapubaru said...

tak paham suke dgn org orang sana yang tak puas2 hati lagi...
aku tgk ade satu group geng-geng tuh kat facebook...sakit hati tapi malas nak samakan taraf otak dgn dorang

bungacahaya said...

Apakah motif mereka tu?

Dan Malaysia menyambut ribuan mereka utk berada di sini. Dan kemudian jgn marah kalau ada yg berani bakar Jalur Gemilang di Malaysia sendiri.

BoxxTomoi said...

anak saudara kita ada sorang medic student kat sana, dunno if she terlibat sama.Tapi kata dia demo pasal malaysia selalu jadi.Punca nya selalu cemburu..