Monday, December 28, 2009

Disember 2009...

Banyak sangat nak cerita pasal apa yang berlaku dalam Disember 2009 ni...

Aku nak cerita pasal kunjungan ke Johor untuk Majlis Akad Nikah adik aku Ammar dan majlis perkahwinan dia...aku nak cerita pasal majlis suka ria aku dengan Encik Hazrey yang terkenal...aku nak cerita pasal majlis kenduri kahwin di rumah my parents...dan beberapa lagi kisah suka duka...

Ok, kita sembang satu persatu...

19 Disember 2009, adik aku Ammar selamat diijabkabulkan dengan Nurriza...majlis berjalan lancar dengan sekali lafaz (meneruskan kecemerlangan abang-abang dia..hehe) di Masjid UTM Skudai...



Then aku lepak rehat kat Pulai Springs Resort...smart ar tempat ni...best jugak..dan malamnya aku dan isteri dikidnap oleh blogger tersohor Hazrey si Bapak Gula-Gula...dia dengan wife dia jugak...aku bersetuju untuk menjahanamkan anak tekak aku yang dah memang serak tak nak keluar suara tu dengan ikut diorang pergi Kotak Merah kat Plaza Pelangi..glamer aku jalan dengan dia, semua orang pandang je..walaupun maybe dia ingat orang pandang dia sebab jambu, walhal orang pandang aku...haha...jangan marah bro...

The next day, 20/12, majlis resepsi perkahwinan adik aku tu, kat Rumah Alumni UTM...meriah, siap ada Zapin bagai...makanan pun bagus..dan sekali lagi Hazrey dan isteri dia yang pertama hadir memeriahkan majlis...serius gila tak kering gusi aku duduk dengan dia...

Segak tak?Macam model iklan ubat gigi kan mereka tuuu..hehe

Petang tu jugak aku gerak balik ke Melaka, then the next day tu bawak anak-anak aku berjalan-jalan makan angin kat Melaka...jalan kota A'Famosa, muzium-muzium kat Melaka...rupanya anak-anak aku walaupun mak diorang orang Melaka, belum pernah jalan pergi sana...hehe...

Then off to KL...dari 21/12 malam sampai lah 24/12 kat KL...tak de jalan ke mana pun, just lepak rumah my sister in law kat Kelana Jaya...melayani emosi yang sedikit terganggu masa tu...hehe..

Balik ke Perlis 24/12 petang, amat letih...pukul 9.30 malam dah tido..haha..then tomorrow tu my newly wed brother and sister in law datang rumah, tolong ambik barang-barang untuk majlis kenduri kahwin kat rumah my parents pulak...aku malam tu baru gerak ke Butterworth..

Come 26/12, majlis kenduri..dah lama rumah tu tak buat kenduri, and this is the first time kenduri besar...5 buah khemah dan jemputan 1000 orang...letih gak la, tapi best sebab jumpa relatives yang lama sangat tak jumpa...


Malamnya off to Penang, tido umah my brother Annuar, esoknya my boys and his kids nak pi tengok Alvin and The Chipmunks: The Squekel...and kami lunch at my sister's house...petang balik Perlis...gila letih...

Ok, there will be some sequel to this entry, especially part-part yang menarik dan meruntun perasaan...hehe...tapi nanti-nanti la aku tulis...ni ialah sinopsis apa yang aku lalui sepanjang seminggu setengah ni...dan that's how my holidays goes...letih?for sure, tapi ada kepuasan di dalamnya, eceh ayat...haha..


Cuma part-part meruntun perasaan tu, membuatkan hati rasa sayu, hiba...apadia??Nanti la...letih lagi ni dan perlu kemas rumah...orite..apa nak dikata...

6 comments:

azieazah said...

Benarlah apa yang dibawa mulut orang.. Mak GULA-GULA tu memang cun... cun sesangat...
Wife AZHAR pun sweet sangattttt....

Wahhh dapat ler tumpang keseronokan Azhar sekeluarga. Hujung tahun yang penuh kenangan dan kegumbiraan...

Jalaks said...

sian acik n the geng yang nak memeriahkan majlis kat penang ari tuh..hahaha..

Hazrey said...

Aku sangat sedih, semua orang puji mak gegula cun, tak pernah cakap aku comel. Hahaha. Aku memang tak comel.

Nasib kau tak letak gambar censored kita melompat atas tv masa kat red box tu. Nasib baik.

Tapi Azhar dan Surya macam pasangan baru kahwin. Dan aku suka kat anak anak kau. Kalau kau taknak, tolong courier kat aku ya.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar sekeluarga,

Selamat Menyambut Hijrah 1431 dan jugan tahun baru 2010!!

Diam tak diam, setahun lagi meninggalkan kita. Semuga hari dan tahun mendatang akan bertambah baik buat kita semua, bangsa kita, Agama dan Negara kita, Amin!

Unknown said...

Kak Azie--> Betul kata orang tu...dan husband dia tak kurang segak jugak la..(ambik sikit hati dia..hehe)

Men--> Ko ingat aku tak ralat ke..sian jugak tau...

Hazrey--> Kita senasib bro..jarang dapat pujian, semua tgk wife kita ja...Oh, gambar atas TV tu, aku edit letak Santa Claus kat tengah ok..Ko nak yang mana?Rayyan?Hehe...

Puan Melayuangkat--> Salam Tahun Baru Hijrah dan Masihi juga but Puan sekeluarga...

Dak Wan® said...

Salam Tahun Baru dan Congrats buat pengantin k?