Thursday, December 31, 2009

Ulang Siaran : Allah Is God, But God Is Not Necessarily Allah...

Entri ini ialah ulangan dengan sedikit penambahan. Entri asal ditulis pada 2 Mac 2009. Aku ulang sebab hari ini Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang di adili oleh Hakim Datuk Lau Bee La telah buat keputusan membenarkan Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah sebagai ganti perkataan God pada penerbitan mereka di dalam Bahasa Malaysia.


Kenapa kalimah Allah hanya khusus buat agama Islam?


Sebenarnya kalau dikaji dari semantik Bahasa Arab, perkataan Tuhan di dalam Bahasa Arab ialah [Ilaah]...sebab itu kita menyatakan [Laa Ilaaha IllalLah], bererti Tiada Tuhan selain Allah...

Sebab itu juga tiada perkataan jamak (plural) untuk Allah, tetapi ada plural untuk [Ilaah] iaitu[Aalihah] bermaksud Tuhan-tuhan...

Sewajarnya God diterjemahkan sebagai Tuhan, bukannya Allah...

Aku tak mau berdebat lebih panjang, tetapi rasanya cukup sekadar aku berikan contoh tiga skrip dari Bible yang aku berikan di bawah (yang telah aku terjemahkan mengikut kehendak pihak yang nak terjemahkan God sebagai Allah)...

Kepada pihak yang beragama Islam tetapi masih mahu menyokong dan menyatakan tidak mengapa digunakan God sebagai Allah...anda baca terjemahan berikut, kemudian tanyakan jauh ke dalam jiwa anda apakah anda tidak risau anak-anak dan golongan muda Islam kita akan terkeliru dan terpesong dengan terjemahan ini...

1. Matthew 3:16–17: "As soon as Jesus Christ was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and landing on him.And a voice from heaven said, 'This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.'"

Terjemahan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi hari ini :

"Sebaik saja Isa dibaptiskan, baginda keluar dari dalam air. Ketika itu syurga dibuka, dan baginda melihat
Roh Allahmelayang seperti burung merpati dan hinggap di atas baginda. Dan satu suara dari syurga memberitahu, 'Ini ialah anak Ku, yang Aku kasihi, bersamanya Aku gembira."


2. Luke 1:35: "The angel answered and said to her, 'The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you; and for that reason the holy Child shall be called the Son of God.'"

Terjemahan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi hari ini :

"Malaikat itu menjawab dan menyatakan kepadanya, 'Roh yang suci akan datang kepada kamu, dan kuasa yang paling tinggi akan mengatasi kamu; dan untuk sebab itu anak yang suci akan digelar Anak Allah.'"

3. Isaiah 9:6 "For to us a child is born, to us a son is given, and the government will be on his shoulders. And he will be called Wonderful Counselor, Mighty God, Everlasting Father, Prince of Peace."

Terjemahan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi hari ini :

"Pada kita akan lahir seorang anak, kepada kita akan dikurniakan seorang anak, dan tanggungjawab akan berada di atas bahunya. Dia akan digelar perunding yang indah,
Allah yang berkuasa, Bapa yang berkekalan, putera keamanan."

Apa macam?

Anda masih merasakan bahawa God itu wajar diterjemahkan kepada Allah??

Allah is God, but God is not necessarily Allah...

Allah adalah merupakan Tuhan (yang sebenarnya yang berhak disembah) tetapi Tuhan tidak semestinya Allah, kerana mungkin Tuhan kamu bukan Tuhan kami iaitu Allah...

klik gambar untuk besarkan dan lihat bahagian bertanda merah

Jangan kerana hendakkan kuasa dan pengaruh politik, semua benda kita gadai dan jual...apa nak dikata...

6 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

APA Sebenar MOTIF mereka beriya-iya sangat mahu menggunakan perkataan "ALlah" sebagai Tuhan mereka di Malaysia ni?

Jalaks said...

memen kene baca balik nih..serius benda nih..sebenar nye fikir logik pon boley agak nyer..

azieazah said...

Salam AZHAR...
bimbang yang keliru akan semakin keliru...

Kembara Politik said...

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Kembara Politik said...

Pas dah gadai awal-awal lagi kalimah Allah semata-mata gila nak berkuasa.

MPP said...

Salam Ustaz.

Lepas ni bolehlah pastor2 kristian berdakwah kepada semua dengan ayat ni,

""Jika kita berdosa kepada ALLAH, jumpalah paderi di gereja untuk pengampunan"

Tahniah kepada Khalid Samad dan juga Pas kerana memberi ruang untuk kafir laknatullah ni menghuru harakan pemikiran Islam di Malaysia.