Monday, February 22, 2010

Antara Kerenah Bercinta dan Cinta Berkerenah : Part Two


Ok, hutang entri mesti kena tulis...walhal aku dah kira nak abaikan je...haha...

Ingat lagi Antara Kerenah Bercinta dan Cinta Berkerenah?

Kita sambung ke kisah kedua...

Kisah 2 : Singkong dan Keju

Sebenarnya kisah ni takde kena mengena pun dengan lagu Bill Broad tu...tapi saja aku sensasikan tajuk dia nak bagi laris blog aku...haha...

Sebenarnya ada beza besar antara singkong dan keju...korang tahu apa itu singkong?

Singkong tu ubi kayu la...tak caya?Google la try...

Dan keju pulak sure semua orang tahu kan...kalau tak tahu boleh kawan dengan anak aku Zain yang kecik tu...dia belum faham lagi...

Ok, now, since masing-masing dah tahu apa itu singkong dan apa itu keju, korang rasa ada banyak beza tak antara dua tu?Banyak kan...sebab tu Bill Broad nyanyi lagu tu sebab nak bayangkan betapa besarnya beza antara diorang berdua...aku suka Jaipong kau suka Disco...kan...

Yang aku nak kisahkan ni lain sikit actually...

Aku nak kisahkan tentang pasangan yang bersikap Singkong dan Keju di dalam menceritakan perihal kehidupan sebenar demi mencari cinta baru...tak faham?Tunggu aku cerita...

Kena ada watak la baru best...

Lelaki bernama Armand Assante sudah berkahwin dengan Julia Roberts...kehidupan diorang macam rumahtangga biasa...si suami pergi kerja, si isteri pun pergi kerja jugak...mencari rezeki...balik rumah isteri masak, kemas rumah, suami kekadang tolong kekadang curi tulang...

Cuma pasangan ni belum dikurniakan zuriat...tak de sapa yang bermasalah, dua-dua subur bumi Tuhan, cuma belum rezeki la kan...

Then satu hari si Armand Assante ni dalam pada curi-curi tulang ni terjumpa seorang gadis, Salma Hayek...

Kenal mengenal...berkawan...cerita lebih kurang..makan sama-sama, minum sama-sama...bertepuk bertampar...jatuh lah hati...

Bila Salma Hayek tanya Armand Assante kenapa dia selalu makan kat luar tak makan kat rumah...dia kata "Bini I si Julia Roberts tu pemalas la...tak pernah masak pun. I dah lama tak rasa masakan seorang isteri..."

Dan dan tu jugak la si Salma Hayek ni kata..."eh tak baiknya...kalau I la, I akan masak yang sedap-sedap untuk suami I bagi dia makan puas-puas..". Dialog lebih kurang ni ada jugak kat tajuk aku dulu Berkongsi Masalah : Masalah Berkongsi...

Then Armand Assante kata..."Wah, untung nya sapa jadi suami you la..."

Macam bodoh kan dialog...sangat mudah tertipu la diorang ni semua...

Korang jangan terpedaya..kat rumah, isteri dia sajikan keju, tapi demi menambat kasih dan menjerat jiwa anda, dia sanggup tipu bagitau isteri dia sajikan singkong je...

Sama la si pompuan yang nak mengendeng tu pun...belum dapat kat dia, janji manismu dok kat bibir je...nak masak la, nak kemas la, nak manjakan le...macam-macam janji keju di baginya...nanti bila dah kawen, jadi bini nombor dua ke....singkong jugak yang dihidangnyaaa...hahaha...

Moral of the story:

Kalau orang bercinta, sesama bujang tak pe...tapi bila melibatkan satu dari dua orang tu dah berpunya, maka kisah Singkong dan Keju ni akan terjadi...kalau tak 100% keju bertukar jadi singkong pun, at least mesti ada jugak sedikit sebanyak yang jadi singkong...

Dan semua tu hanyalah halwa pemanis kata bertujuan mendapatkan cinta...

Yang jadi mangsa ialah yang mendengar halwa tu la...lepas kawen tunggu la nak makan sedap-sedap dah si Salma Hayek janji tadi...rupanya lebih teruk dari Julia Roberts...hahaha...dah elok-elok ada keju, makan la singkong...apa nak dikata...

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

AlhamdulillahiRobbilAlamin..Syukur.Mak Cik tumpang gembira kamu akan ke Tanah suci! Semoga kamu semua dapat berIbadat sepenuhnya dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin!

Bab mencari pasangan hidup ini, kalau boleh elakkanlah 'ambil lauk dari periuk orang lain'...memang jodoh itu ditangan Allah swt tapi kita sendiri ada peranan mencorakkannya. Contohnya kalau seseorang perempuan tu dah tahu si A tu suami orang, elakkanlah ada kaitan dengannya.

Begitu juga jika lelaki tu dah tahu perempuan tu isteri atau tunang orang elalkkanlah dari memulakan apa apa ikatan. Kita boleh elakkan jika kita mahu, terpulanglah pada diri sendiri. Bagaimana kuat melawan nafsu dan Syaitan.

WaAllahuAlam.

penyapubaru said...

yup, masa bercinta semua indah...
Pastu bila tanya semua tak kisah... tapi bila dah benci isk isk isk..

melayuangkat said...

Assalamualikum Azhar,

Mak Cik ucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci. Semoga sihat dan dapat menjalankan ibadat dengan tenang dan sempurna. InsyaAllah swt akan mendapat Umrah yang mabrur. Amin!

Mak Cik
10-3-2010