Foto Masjidil Haram - Takde masalah pegawai masjid yang bengap di sana...
Macam mana nak mula cerita ni...hmm..ok macam ni..
Antara tugas aku kat Institut As-Sunnah ni adalah menganjurkan program-program keagamaan di masjid, surau, dewan, balai raya atau mana-mana tempat yang sesuai..kalau diminta buat program agama kat gelanggang futsal pun aku jalankan je...
So aku dan staf dah aturkan siri mingguan Kursus Pengurusan Jenazah menjelajah masjid-masjid di dalam negeri Perlis ni...kursus tu kami buat setiap hari Khamis, sebab dah pernah buat hari cuti (Sabtu dan Ahad) timbul alasan kata ramai yang bercuti dan nak bawak anak-anak jalan-jalan, walhal dok rumah tengok Maya Karin kat Nona je...
Macam-macam reaksi yang kami terima dari pihak pengurusan masjid dan anak-anak kariah...kebanyakannya suka dan membuka tangan seluas mungkin menerima kunjungan kami buat program tu kat tempat diorang, ye la, bukan kosong kami datang, dah la buat program, sediakan makan tengahari siap...masjid cuma sediakan tempat je...
Ada jugak pihak AJK masjid yang takut-takut nak terima kedatangan kami...diorang kata nanti takde sambutan la, nanti kurang orang la, nanti sapa nak pantau la...macam-macam alasan..tapi tak banyak masjid macam tu...
Kisah berlaku dalam dua minggu lepas, sepatutnya dah ditetapkan satu masjid ni menerima kunjungan kami untuk program tu dan aku dah aturkan segala persiapan, tenaga penceramah, catering, kain kapan..pendek kata semua dah siap...
Suddenly hari Rabu staf aku terima call dari Tuan Imam masjid tu bagitau terpaksa batalkan program esok...katanya ada masalah sikit di pihak masjid...dia tak mau elaborate..tapi staf aku terpaksa menerima alasan tu dan kami pun kensel la segala persiapan yang dah buat...
Tak puas hati, aku pun selidik dengan dua tiga orang jemaah anak kariah kawasan tu, apa punca sebenarnya...rupanya antara Pengerusi Jawatankuasa Kariah dan Pegawai-pegawai Masjid tu tak sebulu...ada pertelingkahan...
Nak tau punca?
Sangat bodoh...sebabnya ialah kerana pertikaian peribadi...bukan politik, bukan agama...tapi masalah keluarga peribadi...pertikaian bab tanah antara pengerusi tu dan salah seorang pegawai masjid...
Disebabkan pertikaian kecik tu, pengerusi jawatankuasa kariah tu tak mau membenarkan masjid tu digunakan untuk program anjuran kami hari tu...sebabnya adalah kerana aku dan staf hantar surat kepada Imam, yang merupakan seorang pegawai masjid, bukannya kepada dia sebagai pengerusi jawatankuasa kariah...
Aku suruh mamat tu sampaikan kepada pengerusi yang bengap ni, setiap masjid aku pergi aku hantar surat pada imam, sebab imam lah yang akan jaga dan kawal selia masjid...kenapa aku nak hantar surat pada dia sedangkan dia tu nak jumpa waktu solat harian pun susah, nak harap Jumaat je baru ada kat masjid..tak tau la mesej aku sampai tak kat dia...
Kedegilan dan kekerasan kepala (dan hati) pengerusi tu menyebabkan seluruh anak jemaah yang sepatutnya mengikuti kursus pengurusan jenazah di kariah tu pada hari tersebut terbantut...satu aktiviti keagamaan terpaksa dibatalkan...satu majlis ilmu terpaksa ditiadakan...
Nak je aku jumpa pengerusi tu dan sekolahkan dia, tapi demi menjaga nama baik Institut As-Sunnah ni aku terpaksa buat dek ja...
Kekecewaan aku terubat bila dalam selang tiga hari lepas tu kami terima panggilan telefon dari 3 buah masjid yang belum tersenarai, mintak sangat-sangat kami adakan program tu kat masjid diorang...dan yang telefon tu adalah Imam, katanya mesyuarat dah setuju nak minta kami adakan program...tengok, macam ni la orang yang tahu tanggungjawabnya pada anak kariah...
Sedih bila masih ada orang yang berakalfikiran singkat macam ni mentadbir sebuah rumah ibadat...sepatutnya dia lebih cari supaya lebih banyak majlis ilmu dibawa masuk, tapi ni dia pulak halang, semata-mata nak tunjuk power dan nak puas kan hati dia
Aku nak pesan satu la, andai ada kalangan readers yang duduk dalam satu jawatankuasa masjid ke surau ke atau apa-apa persatuan ke...kalau satu-satu perkara tu untuk kebaikan orang ramai, buangkan lah sikap bodoh sombong kita tu...kerana kebodohsombongan kita tu, satu kampung akan rugi...tapi kalau kita buang sikap tu dan beralah dengan semua, InsyaAllah, perselisihan pun boleh selesai, nama kita pun boleh bersih dan naik di kalangan masyarakat...
Tapi kalau dah bodoh tu memang akan bodoh la jugak...kan...apa nak dikata...