_______________________________________________
Dalam hidup kita ni, kita akan menjadi salah satu dari dua pihak...pemangsa atau mangsa...penjual atau pembeli...pemberi atau penerima...penganiaya atau yang dianiaya...
Jom kita kecik kan skop kepada hanya wanita...
Then kecik kan lagi kepada wanita yang terlibat dalam poligami sahaja...
Why poligami?..Sebab selalunya orang akan kata wanita menjadi mangsa lelaki dalam poligami...so aku nak ajak semua tengok siapa yang menjadikan wanita tu mangsa...lelaki atau wanita jugak...
Setiap perkahwinan, tak kira yang pertama atau kedua atau ketiga atau keempat melibatkan lelaki dan perempuan...itu baru nama nya kahwin...
Kalau lelaki dengan lelaki bukan kahwin...tapi GAY...so does kalau perempuan dengan perempuan...namanya LESBIAN/LESBO...tu dua-dua pelik dan masalah jiwa...
Ketepikan diorang...
Kita ambik yang normal la...lelaki dan perempuan, kahwin...
Then ada perempuan lain yang menjengah dalam hidup lelaki yang sama...pun nak kahwin...
Ok, semua (perempuan) at this time akan kata "ala...apa pasal lelaki tu layan, kalau tak layan tak jadi..kan.."..
tapi jangan lupa bahawa tepuk sebelah tangan tak berbunyi...
Jadi perempuan kedua tadi jugak adalah punca separuh hati lelaki tadi dicuri...
So now it's perempuan against perempuan..kan...
Then perempuan kedua berkahwin dengan lelaki tu, menyebabkan kesedihan pada perempuan pertama...
Ok, from here we take case by case..
Andai kata perkahwinan kedua itu mendapat persetujuan dari isteri pertama dan isteri kedua jugak pandai menghargai peluang berkongsi yang diberikan...maka dunia akan aman...
Tetapi...
Andai kata isteri pertama berdegil tak mau berdamai, tak mau menerima sistem giliran, tak mau berkongsi...maka isteri kedua akan menjadi mangsa...akibatnya kita selalu tengok kehidupan isteri kedua tak ubah seperti perempuan simpan, hanya menjadi santapan suami secara curi-curi, disiang hari, ketika outstation...tu je...lebih teruk kalau mereka dapat zuriat...anak yang tak tau apa-apa tu akan hanya dapat jumpa ayahnya seminggu sekali dua saja...dan ada kes yang lebih teruk, si suami akan suruh isteri kedua gugurkan kandungan supaya tidak bawak masalah, ataupun langsung tak benarkan dia mengandung anaknya sendiri...
Andai pula isteri kedua yang mengawal segalanya...kontrol suami barunya sampai nak balik jumpa isteri pertama pun susah, nak jumpa anak-anak pun tak boleh, nak shopping barangan rumah pertama pun dihalang...maka yang jadi mangsa adalah isteri pertama (dan anak-anak)...
In both cases, perempuan menganiaya perempuan...
gambar hiasan (jangan gaduh gini ye...)
Ok...so, bila bercakap pasal poligami dan penganiayaan terhadap wanita, jangan hanya menuding jari pada lelaki, tapi jugak mesti tengok pada wanita...
Sebab itu, dalam entri yang lepas-lepas berkaitan poligami (malas nak link, korang selak la satu-satu entries lama-lama aku tu baca...hehe) aku selalu bagitau bahawa setiap keputusan dalam nak poligami mesti kena betul-betul nekad, takde belas kasihan dan tak de patah balik..
Nekad :
Lelaki nekad sanggup membahagikan kasih sayang dengan paling adil antara dua wanita...
Perempuan, nekad untuk menghadapi apa jugak cabaran yang bakal mendatang dalam kehidupan berkongsi kasih bersama seorang wanita yang lain...
Takde Belas Kasihan :
Lelaki mesti sanggup mengenepikan sebarang sentimen atau naluri terlebih sayang, terlebih memanjakan, terlebih masa bersama isteri (pertama atau yang lain..)
Perempuan mesti sanggup membuang rasa simpati pada seorang lagi perempuan yang lain bila tiba soal gilirannya, soal keadilannya dan soal haknya...
Takde Patah Balik :
Lelaki, bila dah poligami, tak ada patah baliknya...sebab kalau dia nak patah balik jadi monogami, maka dia perlu hancurkan hati salah seorang wanita yang berkongsi mengasihinya...
Perempuan, bila poligami pun tak ada patah baliknya...sebab kalau dia berpatah balik menjadi single, statusnya dah berubah...hati suami terpaksa dilukai dan yang paling utama...hak menjadi single itu di tangan suaminya...
Mungkin ada yang salah faham aku ni anti poligami...
Tidak..aku bukan anti poligami, tapi aku anti poligami yang tidak berperancangan...
Kalau korang dah baca entries aku sebelah awal-awal dulu, aku dah bagitau bahawa dulu aku amat terlibat dalam urusan poligami ni...membantu mendirikan masjid kedua orang lain (aku pakai satu masjid je ye..hehe)...
Tapi aku selalu tengok masjid kedua yang aku bantu bina tu akhirnya membawa masalah kepada masjid pertama...
Sebab tu aku jadi kesian pada wanita yang jadi mangsa bukan hanya kepada lelaki tapi jugak kepada wanita yang lain...
Sebab tu jugak la aku sekarang dah tak mau terlibat membantu kerja-kerja pembinaan masjid kedua ni...
Jadi sekarang ni, para wanita yang terlibat dalam poligami ni, tak kira lah isteri pertama atau kedua (atau ketiga dan keempat)...jangan abaikan hak anda...tuntut hak anda sebagai wanita dan isteri yang sah...
Atas sebab ini lah anda mesti kena sahkan hubungan anda..pernah ada kes yang tidak pernah mendaftarkan perkahwinan kedua mereka di Thailand, mengakibatkan anak-anak tiada sijil kelahiran...ada pulak yang tidak pernah daftarkan di Malaysia, akhirnya apabila nak bercerai maka isteri kedua ditinggalkan hanya begitu saja, nak failkan kan Mahkamah Syariah Malaysia takde sebarang rekod perkahwinan...jadi haknya terabai..
Fahami hak anda sebagai wanita dan isteri...
Manakal lelaki yang pandai berpoligami pulak...jangan la hanya nak dabik dada hebat menjadi dambaan dan buruan wanita saja...tetapi fikir lah bahawa kalau dulu usaha anda hanya 100 untuk sebuah rumah dan seorang wanita...kini mesti 200 untuk dua buah rumah dan dua orang wanita...
Oh ya...nak tau satu fakta menarik??
Daripada kes-kes yang aku bantu bina masjid kedua mereka...perbualan mula antara aku dan mereka dimulakan oleh wanita yang ingin menjadi isteri kedua...hanya dua kes saja yang aku dihubungi oleh lelaki yang nak poligami tu...selebihnya wanita tu yang contact aku...
Apa kesimpulannya???
Adakah lelaki yang nak poligami rasa malu atau tak berani nak berterus terang bagi mencapai maksud niatnya...
atau pun wanita yang nak berkongsi kasih tu yang tak sabar-sabar nak kongsi, hingga sanggup menyatakan apa jugak kesediaan di masa tu, yang akhirnya memakan diri sendiri dan wanita lain..?
Wallahua'alam...apa pun, yang penting sekarang ni no more tolong orang menikah dua ok...hehe...apa nak dikata...
4 comments:
hidup saya dari kecik sampai besar, dikelilingi sistem poligami. Ayah saya poligami. 1 abang nyaris poligami, 1 abang lagi poligami yang gagal, dan 1 abang lagi poligami yang sangat berjaya. banyak kesan sampingan yang diterima malah mempengaruhi cara saya berfikir. menyebabkan bila ada lelaki atau perempuan yg dekat dengan saya menyuarakan keinginan untuk terjebak dalam hal ehwal poligami ni, saya akan suruh dia kaji serta fikir betul2. sebab, macam dalam ayat uncle: "lebih teruk kalau mereka dapat zuriat...anak yang tak tau apa-apa tu akan hanya dapat jumpa ayahnya seminggu sekali dua saja"
salam,
rasanya boleh menyokong entri ni. mmg sokong sangat2, walau x de sejarah poligami dalam keluarga terdekat. aku juga bukan menentang hukum Allah & sunnah Rasul Nya, cuma biarlah sistem yang berperancangan sebagaimana di syariatkan agar tiada pihak yang teraniaya. TQ
http://eelobor.blogspot.com/2009/10/10-sebab-jangan-bercinta-dengan-suami.html
http://eelobor.blogspot.com/2009/10/luahan-hati-lelaki-yang-dibenarkan.html
entri yg paling best pernah saya baca...give me ten! :)
huby selalu berkata...ngape mesti hancurkan kebahagiaan yg ada hanya kerana mengejar sesuatu yg belum pasti.
..........
saya mmg bersetuju hanya kerana seorang wanita akan ada wanita lain yg dilukai.hebatnye wanita kerana mereka mmg selalu ingin menang dan menjadi juara.tapi akhirnye memakan diri dan menikam wanita lain.
kerana wanita jugak dunia ini berwarni warni dan wanita dicipta dgn begitu indah dan unik! :p
wanita oh wanita.
Entri yg sgt bagusss..
Post a Comment