Saturday, April 3, 2010

Keganasan dan kekuranghajaran pendatang...

Semalam pagi (Jumaat) aku cuti sebab taska Zain tutup atas sebab-sebab tertentu. Dalam pukul 9 pagi, dapat call dari abang ipar aku di KL,rumah kakak ipar aku di Bangi kena pecah masuk sebelum Subuh. 4 orang Indonesia masuk, ikat tangan biras dan mak mertua aku...dan mak mertua aku adalah orang pertama diorang pegang,dengan parang panjang di lehernya...

Aku terus ajak wife ke KL, sebab mak mertua aku ada masalah jantung, so korang bayangkan mcm mana keadaan dia waktu tu...

Aku sampai sebelum Maghrib...terima kasih banyak pada Bapak Gula-Gula Hazrey yang dah minta crew 999 datang sebelah awalnya. Laporan polis dibuat pagi, tp masa tu dalam pukul 3 lebih Polis belum sampai. Crew 999 la telefon tanya Polis lambat lagi ke, dalam 5 minit je dah sampai...magik kan...

Anyway, habis jewelleries mak mertua aku, kakak ipar, duit cash dalam 3k lebih dan 7 bijik handphone...rasanya cecah 100k jugak kot...

Yang kurang hajarnya, penyamun tu siap berak kat backyard rumah...tak cukup dgn tu, CCTV menunjukkan laknat tu siap cebok berak dan kencing dalam swimming pool kat backyard tu...jahat kan...

Ni aku post pakai email je...nanti aku update lain ok...

Posted via email from Azhar's posterous

3 comments:

shahadan said...

takziah laa sy ucapkan... semoga family mertua uncle sabar byk2 :(

azieazah said...

Tumpang simpati... Kesian ibu mertua Azhar. Terkejut dan trauma..

Apapun syukur semua ahli keluarga selamat dan tidak diapa-apakan..

Moga tabah dengan ujian ini...

Memang bangsat sungguh si durjana itu..!

Anonymous said...

harap hadapi denganm senyuman .....tapi kalau dah jumpe org jahat itu sila2 call kami disini untuk join sekali tag team........!