Friday, April 16, 2010

Wanita : Antara Menganiaya dan Dianiaya - An Email Response

Ok, ni kali pertama aku akan publish email dari pembaca blog ni...

Pembaca ni, yang hanya mahu dikenali sebagai Zana Syukri, menghantar email bercerita tentang pengalaman beliau dalam hal suami orang yang mengurat pompuan ni...hehe...

Aku akan copy paste sebijik semacam mana email dia...nanti last kita sembang balik...nah baca...panjang gak la...


salam,

saya adalah antara silent reader blog encik azhar. terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas isi kandungan blog yang saya rasakan selalu lain dari blog orang lain. saya tak pernah miss baca andai ada tulisan terbaru encik.

saya tak mahu komen di ruang komen tajuk tulisan encik yang tajuknya saya ambil buat tajuk email ni. sebabnya saya nak tulis agak panjang berdsarkan kisah sebenar yang berlaku pada saya.

saya seorang perempuan berusia 26 tahun, belum berkahwin dan bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. hidup saya seperti orang biasa lain, pergi kerja, balik ada sedikit sebanyak aktiviti menggembirakan diri, maklumlah tak duduk dengan family kan.

saya jugak seorang yang aktif di dunia cyber. facebook, friendster, myspace semuanya saya ada. saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui myspace asalnya, kemudian masuk ke facebook dan kami selalu sembang di Skype sama-sama. dia bagitau dia umur 31 dan belum berkahwin. saya tak kisah sangat sebab selalu tahu kalau lelaki mengaku tak kahwin lagi kat skype ni dah kahwin sebenarnya, kan.haha.

jadi kami berkawan terus dalam dunia siber. saling komen-komen kat FB, saling sembang skype. pernah jugak sekali dua webcam.

kemudian satu hari melalui FB dia saya dapat tahu dia dah kahwin sebenarnya, ada anak dua orang. asalnya dia tak letak status married, dia letak in a relationship saja. kemudian waktu saya scrolling gambar-gambar dia dalam FB, ada satu komen yang membuatkan saya faham dia dah berkeluarga. jadi saya tanya dia betul ke? dia macam kelam kabut, dan jawab betul. dia minta maaf, katanya dia nak kawan dengan saya sebagai kawan saja, jadi dia takut kalau saya tahu dia dah kahwin nanti saya tak mau kawan dengan dia. so lame kan.

so start dari waktu tu saya hadkan pergaulan kami. saya masih kawan dia di FB dan masih ada di skype, tapi saya bataskan. saya cuba letakkan diri saya ditempat isterinya andai dia dapat tahu apa yang saya dan suaminya bualkan (tak la teruk sangat, tapi mula-mula ingat bujang kan, so daring la sikit.haha)

then dia mula ubah status dia, married to -- nama isterinya. dia mesej saya dengan bagitau bahawa dia nak tunjuk sincerity nya pada saya. dia kata isteri dia pun ada FB dan akan tahu kalau dia menggatal lebih-lebih dengan saya. saya jawab ringkas, saya tak mahu jadi punca pergaduhan orang lain. saya hargai friendship, tapi saya tak mahu jadi perepmuan penghancur rumahtangga orang.

kemudian dia mula sms saya, sebab memang dulu kami selalu sms jugak. ya lah, dah ingat bujang kan, mula-mula ada la jugak plan nak buat istimewa.haha. dia selalu desak saya supaya terus berkawan dengan dia. saya kata yang sekrang ni kita tengah buat apa?bukan kawan?macam mana lagi u nak?dia ttak jawab pulak.

then datang la apa yang encik pernah tulis satu tajuk tu, yang pasal kongsi masalah. dia mula cerita isteri dia tak layan dia elok2. dia kata makan pakai dia terabai. isteri dia selalu keluar dengan kawan-kawan ja. macam-macam la dia cerita. saya hanya dengar je. ini semua samada dalam skype,atau sms atau dia call saya.

satu hari, saya tergerak untuk add isteri dia sebagai kawan FB tanpa dia tahu. saya add ja. dua hari jugak la baru isteri dia accpet, maknanya bukan lah kaki mengadap internet selalu. sebagai salam perkenalan saya hanya tegur macam biasa, thanks for accepting. dia balas thank you semula.

selepas beberapa lama, saya mula mengarang mesej inbox FB yang agak panjang, menceritakan kepada isterinya apa yang pernah dia ceritakan dan dari mula sampai habis.

saya tak sangka bahawa isteri dia akan bersikap macam tu. ingat kan nak serang suami dia atau saya, tapi dia amat rasional. balas mesej saya sambil ucap alhamdulillah adik (dia bahasakan saya) sudi cerita, dapat akak betulkan kesilapamn rumahtangga akak. dia jelaskan satu persatu kat saya, tak ada satu pun dakwaan si suami tu betul. semua dia buat cerita ja. isterinya tak bekerja, menjadi surirumah sepenuh masa dan layan suami sepenuh hati. cuma katanya ini bukan kali pertama si suami ada masalah dengan wanita lain. pernah sekali dulu katanya ada wanita call rumah untuk cakap engan suami, tapi dia yang jawab fon. maka wanita tu heran sebab katanya belum kahwin. rupanya memang kaki ayat wanita la suami dia.

then saya tanya, akak boleh bertahan sikap dia macam tu?jawabnya, suami tak pernah melangkaui batasan. tak pernah pukul dia kerana tu semua, tak pernah abaikan dia dan anak-anak, cuma suami suka bersikap macam tu, tak tau kenapa.suami jugak tak keluar sana sini lewat malam, semuanya dengan urusan yang dia tahu kerja.

logik la sebab dia selalu call dan sms saya hanya waktu kerja, malam tak pernah pun. takut bini jugak rupanya.haha.

start dari itu kami selalu berkawan baik. dan suaminya masih lagi dok sms, call dan sembang cyber dengan saya macam-macam tanpa mengetahui saya dan isterinya dah berkawan baik.cuma ada la beberapa kisah yang saya tak ceritak pada isterinya, takut jadi gaduh rumahtangga diorang pulk kan.

apa yang saya nak cerita kat encik ni ialah, kadang-kadang manusia yang bernama lelaki ni tak tahu apa yang dicari kan. dah dapat isteri yang memahami, yang bantu memudahkan hidupnya, yang jaga makan pakai elok-elok pun masih lagi nak cari extra kat luar, walhal masih takut-takut nak buat langkah seterusnya. nasib baik la saya tak sampai tahap mengharap cinta dia semata-mata kan, kalau tak memang hancur hati saya la.

cuba tengok wanita, isteri lelaki tu contohnya, masih setia menabur bakti tanggungjawab sebagai isteri walau dah tahu suami nya memburuk-burukkan dia di belakang kepada wanita lain. tapi, walau akak tu lemah lembut dengan saya, dia tetap tegas, katanya adik tak payah la tanam niat nak kongsi dengan akak ya, akak tak sanggup kongsi. harap adik faham.haha.saya gelak sambil kata tak mau la akak, saya pun tak suka kongsi.

saya tak tahu sejauh mana saya harus layan lagi suami dia bercerita. saya pun takut jugak kalau-kalau hasil pujukan rayu dia lama-lama saya cair dan termakan umpan. bila melibatkan cinta dan perasaan, susah nak selesaikan apa jugak masalah lagi. kalau tengok akak tu, sure saya kalah kalau bertinju macam gambar yang encik letak dalam blog tu.haha.

ok lah encik. maaf kerana ganggu masa encik. saya cuma nak tanya, betul ke apa yang encik tulis dalam blog tu encik ambil dari kisah benar orang lain? rupanya bukan sikit masalah macam ni ya.

terima kasih dan assalamualaikum.

ZS

____________________________________________________________


ok...dah baca??

aku pun agak excited sebab dapat respond yang macam ni...ya la, tak sangka ada silent readers...hehe...(gedik betul bunyi ayat ni)...hahaha...

Aku rasa lelaki macam dalam kisah Zana ni banyak kan...tak puas hati dengan apa yang dah ada...kalau yang dah ada tu teruk kot la nak cari ganti, tapi yang ada pun bagus, apa lagi nak..heran aku...

Then, pompuan isteri kepada si mamat bebal tu memang salute la...aku tabik sebab dia boleh pulak berkawan dengan si Zana ni, walhal terang-terang dia tahu diorang ada hubungan, walau tak sejauh mana...but still between a man and a woman kan...

And, si Zana sendiri pun kira bagus la jugak, takde la terus-terusan nak menyambar hak milik orang, masih lagi ada waras dia, sanggup dedahkan diri pada isteri mamat tu...

but above all, aku hanya ada satu nasihat buat Zana (aku tau dia akan baca ni)...jangan terlalu panjang dan jauh melepaskan tali layang-layang dik...nanti bila dah jauh, angin bawak makin tinggi, makin susah nak tarik layang-layang tu turun...masa tu akhirnya terpaksa la lepaskan layang-layang tu pergi mengikut angin...so tuan layang-layang hanya melopong la...apa nak dikata....

12 comments:

ibnu marzuki al firdaus said...
This comment has been removed by the author.
Hellioz said...

haha~
komen yang kelakar dari cyber maniac~

Unknown said...

yeap hellioz...tak leh biar..hehe

Hazrey said...

sebenarnya kiamat akan tiba pada.. ehh damn i sound like that asshole, stupid motherfucker, good for nothing, hope he will die dalam pari, you good for nothing ibnu marfucky.

He is mentally disturbed and aku kesian kat bini dia. Apa kata kita cari bini dia dan nasihatkan bini dia atau kita kenalkan bini dia dengan orang pakistan jual carpet. Wait, entah entah bini dia pun mental? Ok tak. Jangan buat andaian. Hahaha..

Ok back to the entry. Sebenarnya bro, ramai jantan macam tu, dan excuse me, bukan lelaki sahaja, POMPUAN pun ramai, jadik fb whore, letak gambar tunjuk tetek membuak, bagai nak suruh kena isap.

Sebenarnya penggunaan fb kat Malaysia ni lebih banyak buruk dari baik.

Orang Malaysia ni kan jakun, macam monyet dapat cincin. Macam red indian dapat senapang.

Cuba kau buat analysis, yang letak gambar tetek membuak, mesti berlambak lambak, seperti lambakan tetek mereka dengan jumlah friends.

So, it goes two ways. Jantan setan, pompuan pun sama gak ada setannya.

Tapi mamat tu bodohlah kata I takut u taknak kawan dengan i sebab i dah kahwin. Aku setuju, itu alasan yang sangat lame. (pergi bagi tips sikit bro Hahahaha).

Salah pick up line tu. Hahahahah..

Takper, bro, Zana boleh kawan dengan kita jerlah sebab kita dah awal awal declare. Hahahahah

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Azhar, kasih sayang adalah soal HATI masing-masing. Kalau ikutkan HATI maka akan MATI.

Kita manusia biasa, kita sering tertipu dengan Nafsu dan HATI kita sendiri.

Mak Cik dah masak sangat dan dah penat dengar cerita sebegini. Pada pendapat Mak Cik bila seseorang Lelaki itu telah berubah hati tidak ada apa yang boleh menyelamatkan lagi sesebuah rumahtangga itu.

Maksud Mak Cik bukan bercerai berai, Maksud Mak Cik, kalau dia sudah ada HATI diluar rumah susah nak cerita lagi. Tentu macam mana pun dia akan cari AKAL untuk capai pada HATI yang satu lagi itu. Biasanya mengikut pengalaman Mak Cik, HATI sebegini hanya seolah dijangka tenang bila telah tercapai cita-cita tanpa mengetahui bahana yang bakal menunggu akibat terlalu mengikut kata HATI.

Sebab itu kita semua kena jaga HATI kita. Tak kiralah lelaki atau perempuan jika kita hargai Rahmat Kasih Sayang Allah pada diri kita dan pasangan masing-masing. Kita gilap hati kita menghargai cinta dan kasih serta pengorbanan masing-masing.

Kita pelihara HATI kita dari menyimpang pada landasan asal sebab kalau dah tergelincir buruk akibatnya.

Maha Kuasa Allah di atas HATI HATI kita semua, diberi kita HATI untuk merasa pahit manis hidup tapi pada masa yang sama kita disarankan agar tidak meremukkan HATI orang lain disekeliling kita, sebab bagaimana kita hancurkan hati orang lain satu hari pasti hati kita pula dihancurkan orang lain.

WaAllahuAlam.

Puan Anim said...

cool gila bini laki tu..

Zamie a.k.a Az said...

salam..
aku setuju ngan Hazrey...fb byk buruk dr baiknya...cuma sebilangan shj yg berjaya cr kwn2 lama...tapi yg lebihnya add member2 baru...dahi licin terutamanya...tersembul sana sini..!!
ada gak balas membalas...kalau laki boleh add aweks-aweks...bini pun nk balas balik..."dia boleh kenapa saya x boleh..". itu antara ayat2 yang aku penah dengar isteri2 ni mengadu kat wife aku....kalau takde kepercayaan,apa guna perkongsian hidup...

echah_syed said...

kepada zana >> mmg ramai suami kat luar sana mcm gini.cuma satu jer nak pesan (mmg ayat klise):

kalau hari ini dia sanggup buat kat bini dia yg baik giler ngape dia tak buat jugak kat ko bila dah kawin nanti.satu lagi kena ingat hukum karma itu pasti!

hari ini ko ambek laki org one day org akan ambek laki ko.percayalah!

hidup mcm roda so berfikir lah sejuta kali.


*** hamboi en gegula...marah betul dia dgn org pompuan.mesti x-gf dulu kena sambar dek jantan puaka dlm fb teheheee *gurau jer en gegula jgn saman ai tau*

Unknown said...

Salam bro, I have linked your blog from mine.

Hope you don't mind.

Thanks.

penyapubaru said...

wooo.. sama cam kisah kwn aku..kwn aku sgt cool bila tau about kwn2 cyber suami dia..but yelah kan, dalam hati siapalah yang tahu, maybe terpaksa cool sbb sygkan suami n anak2 lg..

err to zana : cut terus sementara ada masa...good luck :D

Hasrul Halid said...

Errr... yang lain aku paham.. tapi masuk bab layang-layang tu, aku macam blur-blur sikit... kekekekek!

Hanim Sarawakian said...

kalo yang dah tau die beristeri tanpa terikat apa ngn si lelaki xpela....kalo dah terikat antara masa depan dan maruah....mcm mana?