Monday, November 8, 2010

Antara Banjir, Aidil Adha dan Hijrah...

Nak tulis ke tidak pasal banjir ni? Dah ramai orang tulis pasal banjir...dah banyak gambar boleh tengok kat blog-blog dan Facebook...

Tapi since ada beberapa pengalaman tersendiri maka boleh la kita story sikit kan...

Alhamdulillah kawasan rumah kami tak kena teruk banjir. Hanya satu pertiga rumah di kawasan perumahan ni yang dimasuki air, selebihnya hanya porch kereta dan bilik air yang bertakung, antaranya rumah aku la tu...


few metres from my porch


from my porch


my neighbour tengok laman dah jadi tasik

ni masa air baru naik sikit


sebelum kereta dipindahkan


Pengalaman menghadapi banjir tahun 2005 mengajar kami untuk bersedia dengan bahan makanan beberapa hari selepas hujan mula tidak berhenti. My beloved wife pi market (pasar la, orang Utara suka speaking tau) dan stored sebanyak mungkin bahan mentah...dan aku pulak menyimpan bekalan air paip dan air minum sebanyak mungkin seandainya bekalan air terhenti macam 2005...

Tapi banjir 2010 ni lebih teruk rupanya. Walaupun rumah tak teruk tapi kawasan sekitar dan pekan Kangar (yes, it's pekan walaupun bandar, ok...)lumpuh terus, tahap naik bot atau jet ski baru boleh lepas...jadi nak mendapatkan bekalan makanan agak sukar. Alhamdulillah kami dah ada cukup, cuma kesian pada jiran-jiran yang tak sempat bersedia...bila jalan sekitar dah agak mula boleh di redahi selepas hari keempat, semua bertumpu ke kedai-kedai yang bukak, dan roti menjadi rebutan, la...semua nampak roti sebuku macam emas seketul...ok, tu imaginasi tambahan je..

Kat sini kita boleh timbulkan satu persoalan la...hampir semua bantuan banjir yang disalurkan ialah kepada mereka yang rumahnya ditenggelami air...mereka berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir dan makan minum disediakan kat situ...tapi siapa nak tolong bantu mangsa yang terperangkap tak boleh keluar beli barang makan?Bukan bantuan percuma yang diharapkan, kalau ada pihak agensi berwajib yang boleh bantu bawak bahan2 mentah makanan dengan lori dan masuk jual kat kawasan yang jadi pulau ni pun rasanya dah ramai yang boleh bersyukur...

Takpa la, learn your lesson. Next time kalau banjir, kita sewa lori tayar sepuluh, bawak bahan makanan dari luar dan jual kepada mangsa ok...oh tak boleh, sebab masa tu kita akan kena cop sebagai menangguk di air keruh walaupun niat kita nak menolong sambil mencari rezeki yang halal...kalau bagi free kita akan diangkat sebagai hero...susah jugak ya...

Tak berapa hari lagi Aidil Adha akan menjelang. Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Saudara-saudara seagama kita sedang bersedia untuk menunaikan Rukun Islam Kelima di Tanah Suci Mekah dan kita bersedia meraikannya di sini.

Kita akan menyambut Aidil Adha pada 17 November 2010. Rasanya kebanyakan sekolah mengisytiharkan 16 November tu sebagai hari terakhir persekolahan. Bagi anak-anak sekolah, Aidil Adha kali ni betul-betul raya sebab cuti sekolah panjang terus...tapi bagi kita yang dewasa ni, Aidil Adha tak lebih dari hanya satu cuti umum sehari. Ya hanya sehari. Beberapa negeri bercuti dua hari, antaranya Perlis.


it says: "Kambing Hari Raya Korban"

Tajuk buku tu: "How To Be Another Animal"


Bagi kita Aidil Adha bukanlah perayaan yang besar, tak sebesar Aidil Fitri, sedangkan sebenarnya mengikut Islam dan tatacara yang digariskan Rasulullah SAW, inilah perayaan yang besar buat umat Islam. Buktinya yang paling ringkas ialah di waktu Aidil Adha ini kita boleh bertakbir sehingga 4 hari, 10 DzulHijjah iaitu Hari Aidil Adha, 11, 12 dan 13 DzulHijjah iaitu Hari-hari Tasyriq. Pada hari Tasyriq ni, kawan-kawan kita kat Mekah menyempurnakan ibadah Melontar Jamarat dan kita di sini menyatakan kesyukuran kita dengan bertakbir sepanjang waktu itu. Kita boleh menyempurnakan ibadah korban selama 4 hari tu jugak.

Tak sampai sebulan selepas tu, 7 Disember 2010, kita akan memasuki Tahun Hijrah 1432.


Siapa tak pernah lihat logo nih???


Tarikh yang merupakan titik permulaan kepada Kalendar Islam Hijrah ini di dambil sempena Hijrah (perpindahan) Rasulullah dan para Muhajirin dari Mekah ke Madinah...bertujuan untuk kebaikan dan perkembangan Islam.

Sendainya Rasulullah dan para Sahabat masa tu sayangkan tempat tinggal mereka melebihi segalanya, maka mungkin Islam tidak akan sampai kepada kita hari ni. Semua ni adalah pengorbanan.

Hijrah untuk kebaikan adalah merupakan titik tolak kepada suatu kejayaan.

Ketiga-tiga yang berlaku pada masa yang singkat ni sungguh signifikan, malahan berkait dengan aku dan kehidupan aku.

Banjir, diibaratkan seperti membuang segala yang tidak aku mahu lagi. Air yang datang bertakung menghanyutkan macam-macam benda, akhirnya kita akan basuh selepas ianya kering. Selepas tu kita perlu berkorban, dan antara pengorbanan yang perlu ialah berhijrah.

So ironik all this happened in similar period. Semoga Allah SWT memberikan yang terbaik untuk semua kita dan menjadikan kita hambaNya yang taat dan kuat menghadapi segala dugaan dan ujian.

Oh ya...I only see my wakil rakyat on TV during this banjir...good enough I think..!!Apa nak dikata...

3 comments:

Hazrey said...

kat sana ada wakil rakyat eh? ohhhhhhhhhh

izawati ahmad said...

naaaasib baik wakil rakyat tu datang juga. tak datang kalu..

melayuangkat said...

Salam,

Semoga segalanya pulih seperti biasa InsyaAllah swt.