Saturday, April 14, 2012

Bila Nak Raya....?

I used to write on politic...tapi dah terlalu lama tak sentuh bab politik...

Bahang Pilihanraya Umum 13 dah macam hujung bulan puasa nak menyambut raya ja...semua orang bercakap tajuk pilihanraya...yang selama ni tak ambik bab pun dah pandai bagi prediction...yang selama ni tak pernah tahu berapa jumlah kerusi Dewan Rakyat pun dah mula berkempen untuk parti yang dia suka...

Tapi apa lah gunanya Pilihanraya Umum andai calon yang nak diletakkan bertujuan melawan peribadi calon tertentu semata-mata...biar aku terus terang, macam cadangan suruh Umi Hafilda menentang Azmin Ali...

Apa pulak untungnya rakyat kalau calon yang diletakkan bertujuan melawan orang tertentu sampai keluar kawasannya....macam Mat Sabu yang masih tercari-cari mana kawasan nak bertanding...

Apa untungnya pada rakyat kalau kempen pilihanraya umum hanya berkisar bagaimana menjatuhkan parti lawan, tak kira parti pemerintah mahupun parti pembangkang...

Dah habis pilihanraya, yang nak menerima kesan negatif (atau positif) ialah rakyat yang diwakili....wakil rakyat hanya menerima kesan positif saja iaitu poket akan berisi dengan elaun dan gaji wakil rakyat, waimma pembangkang mahupun kerajaan.

Yang nak melalak mencari YB nak sign borang mintak kerja, borang biasiswa anak dan segala macam borang ialah rakyat...YB lepas pilohanraya dah boleh bersenang lenang bercuti makan angin sambil atas nama kerja...

Janji memang manis, bak kata Aisyah dalam lagunya Janji Manismu...baik kerajaan mahupun pembangkang semuanya bermanis janji kala ini...

Tapi bila part nak kotakan janji tu, especially lepas pilihanraya nanti, masing-masing liat...ada saja alasan tak boleh buat...

Korang tak percaya? Tunggu la lepas pilihanraya nanti....ada korang akan nampak orang yang jadi calon ni singgah jemaah kat surau?singgah pasar beli buah?singgah kedai kopi minum bayar semua yang dalam kedai?

Wakil rakyat yang jadi EXCO, yang aku bertugas membantu dia isi borang menjadi calon pilihanraya 2004 dulu, lepas jadi EXCO, aku makan kat kedai sebelah meja dia...pun dia tak pelawa nak belanja...apatah lagi yang tak kenal...eh, apa heran, aku pun boleh bayar setakat makan gulai ikan senangin tu...hehe...

Time ni ramai yang baik dengan orang ramai...samada parti kerajaan ataupun pembangkang...sama saja...

Lepas ni semua jadi sibuk...asal selisih kat jalan je tengah cakap telepon, tak sempat nak berbual sapa dengan kita...

Hati membeku mengingatkan....kata janji manismu...hehehe...apa nak dikata...

posted from Bloggeroid

No comments: