Ada promo filem apa tah hari tu...dia kata "filem romantik Islamik.."
Aku terkedu. Romantik Islamik??Waddehel nih..!!?!
Tak dapat dinafikan sekarang ni dah makin banyak lambakan filem genre Romantik Islamik nih. Tak caya Google la tengok. Ni aku letak semuanya sebagai HIASAN ya..jangan kena saman plak..
Nak kaitkan 7 Petala Langit yang Allah ciptakan dalam masa enam hari tu dengan cinta?
Apa pasal nak tunjuk Islamik je kena ada Langit??
Ooiii...ni yang paling tak boleh blah...Dengan kalimah Bismillah ku Hulurkan Salam Cinta...
Dengan kalimah Bismillah ku teguk Whiskey ini..boleh???
Assalamualaikum....tak jawab berdosa..hehe...
Gitu?
Hmmm...cinta bertasbih...hmmm...
Ok...
Apa masalahnya? Tak boleh ke dalam Islam nak menzahirkan unsur romantik??
Ya...romantik dalam Islam hanyalah untuk yang dah berkahwin...dah berumahtangga...dah diijabkabulkan...dah sah suami isteri...
Ko nak beromantika macam mana pun dengan suami atau isteri ko, itu memang dibenarkan dalam Islam...
Tapi ko nak bercerita romantik sebelum kahwin..pergi dating...tengok wayang...pergi beraya rumah orang...semua tu dalam keadaan Islamik??Dalam keadaan bertudung litup??Dalam keadaan berpurdah??
Assalamualaikum Cinta....
Waalaikumussalam Rindu...
Chaiittt....untuk membolehkan romantik tu kamu alaskan dia dengan ucapan yang paling baik sekali iaitu Assalamualaikum??
Ko tahu apa persamaan itu...mai aku senaraikan..
Ia adalah seolah-olah :
1. Restoran Lam Yam Soon, menyajikan masakan babi yang disembelih secara syarak.
2. Kami menyajikan Bak Kut Teh yang dimasak memenuhi piawaian sijil Halal.
3. Semua pelanggan di bar ini yang ingin meminum minuman keras dikehendaki membaca Bismillah dan doa makan terlebih dahulu.
4. Burrpp...Alhamdulillah..kenyang aku makan stew babi tadi..
FAHAM TAK???
Sebab berpegangan tangan bukan muhrim itu adalah Haram di dalam Islam...
Merenung mata bukan muhrim tu adalah merupakan asas zina di dalam Islam...
Berkata-kata sesuatu yang bukan merupakan tuntutan dan keperluan hidup dengan seorang yang bukan muhrim adalah tidak dibenarkan di dalam Islam...
Jadi atas asas apa ko nak halal kan yang haram dengan cara Islamik??
So renti kan lah buat filem Romantik Islamik nihh..
Rentikan lah menulis novel-novel Romantik Islamik nih..
Melainkan ianya mengisahkan antara Suami dan Isteri...yang tu ok...
Jangan nak mencari untung kekayaan dengan menggunakan sekelumit kesedaran dia kalangan masyarakat kita...
Yang orang kita ni pun satu...dah dia rasa dia Islamik...segalanya nak cari jalan bagi boleh buat seperti yang bukan Islamik...terima la hakikat bahawa kita memang sebagai Muslim, terbatas dengan Syarak dah Hukum...tak yah nak kasi boleh jugak...
Kalau nak tengok wayang tu, pi la tengok yang betul-betul filem...kang ada yang hentam aku nih...sekurang-kurangnya kami pergi tengok filem berunsurkan Islamik berbanding yang berunsurkan Yahudi Illuminati Zionis segala tu...
Ko buat satu kebaikan dengan menonton filem Romantik Islamik kononnya...tapi ko melanggar batasan syarak yang banyak dengan Romantik Islamik ko tu...apa nak dikata...
2 comments:
say setuju sangat...yang paling sedih bila nak buat filem kesedaran masih diselitkan maksiatnya...apa yang islamik...konon nak bagi pengajaran...niat x halalkan perbuatan..tahniah info terbaik
suka ngan komen anda....
membawa kesedaran pada yg x sedar2 lagi....
sume point2 penting ad dalam hujah2 d atas....
ap yg anda katakan sy sokong...
yg haram x bole nak d halalkan...
Post a Comment