Friday, February 6, 2009

Arghh..!!Nak Saman Sultan Pulak Dah...!!

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan


Aku selalu teringat ayat Al-Quran yang bermaksud...:

"Sekiranya Allah hendak memenangkan kamu, maka tiada yang akan dapat mengalahkan kamu...dan sekiranya Dia hendak menewaskan kamu, maka siapakah yang akan dapat membantu kamu ketika itu..."

Belajarlah menerima qadha da qadar...bukan hanya berteraskan kehendak kita semata-mata...apa nak dikata....

Permohonan Untuk Menderhaka...

Patik mohon derhaka – Nizar

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.

Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.


Kali pertama aku dengar ayat permohonan untuk menderhaka...at the age of 37 aku berpeluang dengar ayat ni...I'll make sure to tell my children one day of this statement...hehe...apa nak dikata...

Tuesday, February 3, 2009

Perihal Iklan Radio...

Aku yakin hampir semua kita dengar radio...paling kurang pun dalam kereta la kan...macam aku la...dengar radio dalam kereta...

Dan zaman ni aku rasa hampir semua jugak dengar radio swasta kan..macam-macam channel ada...yang terkini, yang retro, yang hot, yang cool....



Ada berita ringkas...ada info trafik...ada lagu baru, lama dan macam-macam lagi...

Yang paling tak tahan ada banyak iklan....

Iklan tu pulak hampir sama di setiap channel radio tu semua...semua suara yang sama ditukar watak...adakala jadi ibu yang anak menangis...adakala jadi nenek yang syorkan minyak angin....adakala jadi isteri yang rindukan kapsul kacip fatimah....adakala pulak jadi budak (???!!) yang nakkan kasut sekolah baru...

Yang menjelikkan selain watak yang dibuat-buat melampau tu, penggunaan bahasa dan loghat tempatan atau daerah....pelakon watak iklan radio yang bukan dari Utara cuba berbahasa Kedah, akhirnya jadi macam Bomoh Siam menurun dalam bahasa Melayu...yang bukan dari Pantai Timur tapi nak kecek Kelate, maka jadi macam Jackie Chan nak cakap ala-ala soul dalam Rush Hour....

Terbaru ni ada satu iklan ringkas selepas info ringkas ke hape ke aku pun tak ingat, bunyi dia macam ni....
"Dapatkan komputer riba murah pada harga RM 988, monitor dijual berasingan..." (* aku tak pasti skrip sama tak dengan ayat aku ni ye...)
Aku dengan wife saling pandang masa dalam kereta tu...ada kah komputer riba pakai monitor....dan kalau lah ada sekalipun, jual berasingan???
Untuk makluman, komputer riba ialah laptop ya...



Korang mesti pernah dengar iklan ..."Aduh sakit kepalaku...aduh sakitnya kepala...aduh sakit kepala (loghat Chinese man)..."...aku lupa iklan ubat apa...tapi wife aku kata setiap kali dengar iklan tu, dia sakit kepala....hahaha...apa nak dikata....