Friday, February 6, 2009

Arghh..!!Nak Saman Sultan Pulak Dah...!!

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan


Aku selalu teringat ayat Al-Quran yang bermaksud...:

"Sekiranya Allah hendak memenangkan kamu, maka tiada yang akan dapat mengalahkan kamu...dan sekiranya Dia hendak menewaskan kamu, maka siapakah yang akan dapat membantu kamu ketika itu..."

Belajarlah menerima qadha da qadar...bukan hanya berteraskan kehendak kita semata-mata...apa nak dikata....

6 comments:

Anonymous said...

Qada' dan Qadar bukan alasan untuk putus asa. Qada' dan Qadar adalah alasan untuk tidak kecewa walau semua medan mengikut syara' dan undang2 sudah dilupuskan dan masih tidak berjaya.
Selagi beliau masih mengikut lunas undang2 dan syari'e, tiada siapa yang patut beliau risaukan.
Kejayaan atau kegagalan itulah yang perlu diserahkan kepada Allah.
Semoga Allah memberkati mereka.
Insya-Allah. Amin

Kembara Politik said...

Assalamualaikum,

Dah Nizar tak ikut prosedur. Umum bubar tapi tak minta perkenan. Bila dah umum baru nak minta?

Lagi 1 kan Nizar dah bagi persetujuan dengan menyatakan akan terima segala keputusan Sultan. Kenapa dilawan lagi?

Kenapa ada double standard?

Masa rancangan 16 September Anwar PR bukan main bagi sokongan penuh. Tak ke senjata makan tuan namanya tu?

InsyaAllah, kerajaan yang diwakili majoriti Islam ini lebih baik daripada kerajaan boneka DAP Perak yang terdahulu.

Amin.

Mas said...

Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?
maka sanggup mencabar raja Melayu
Raja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!
di manakan maruah mu?

Tidak pernah Melayu
mencabar dan derhaka seperti kamu
di manakah nilai keislaman mu?
akibat hasutan iblis dan kafir keparat
maka kamu sanggup menjadi bangsat!
hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu
sedarlah kamu
kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
perhatikan keliling kamu
bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?
di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?

Janganlah kerana emosi
kamu derhaka kepada Sultan
ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
selagi Melayu tidak hilang di dunia
selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

pentakde said...

huhuhu...hidup tak semestinya indah...selalu...wait until next PR...kuasa di tangan rakyat....rakyat yang bijak la pemerintah yang sebenar...kalau bukan rakyat yang undi...depa mesti takleh cari makan punyaaaa....hahahaha

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

BUKAN SENANG seseorang itu mahu menerima hakikat kehidupan ini dan mahu ridho menerimanya.

Sesungguhnya mengaku beriman dengan lidah dan menampakkan zahirnya melalui pemakaian amat mudah tetapi hendak menifastasikan IMAN itu sendiri getir sekali.

Ramai keliru bahawa hanya dengan masuk ke Parti yang berlambangkan warna dan simbol Islam sahaja sudah cukup Keimanaan mereka. Inilah silap mereka dan ditambah dengan keyakinan yang diberi Pemimpin Parti yang mendakwa Islam itu.

Konsep berIman diluaran sahaja amat merbahaya dalam jangka masa panjang. Muda mudi khasnya wajib dilentur mengenai apa sebenarnya intipati ajaran Islam itu selain diajar fardu Ain. Ini supaya ruh mereka betul betul ada ruh Islam dan Semangatnya.

Tidak akan ada demonstrasi selepas Solat Jummat dan baru keluar dari Masjid jika benar Ruh Islam ada pada penyokong PAS pada Jumaat lalu. Peristiwa yang memalukan. Apa bangsa lain kata.

Sekarang ada email memohon bantuan hendak bayar jamin mereka yang direman.

Minta sahaja dari DAP dan Anwar Ibrahim. Mereka ini kaya raya. Tak usahlah susahkan sesiapa baik penyokong PAS atau yang lain.

WaAllahuAlam.

red rooster said...

Dulu demonstrasi segala ni takdak pun, tapi sejak PAS kamcing dgn PKR, org PAS pun dok terikut buat demo. Malah depa yg lebih pulak dah. Mcm di Perak, nyata PAS jadi kuda DAP.
Saya ada kawan di Perak yg jadi ADO Tanah dan selalu attend meeting dgn Nizar (masa jadi MB sah). Mmg dia kata segala apa yg Nizar ckp di dictate oleh Ngeh yg selalu ada kat sebelah.
Kalau sekadar jadi MB cucuk hidung... org PAS toksah la nak demo lebih2. Menang sorak kpg tergadai. Takut nanti Karpal suruh Nik Ajis bertobat pulak... mujog kat Peghelih takdak sampai mcm tu no...