Tuesday, February 3, 2009

Perihal Iklan Radio...

Aku yakin hampir semua kita dengar radio...paling kurang pun dalam kereta la kan...macam aku la...dengar radio dalam kereta...

Dan zaman ni aku rasa hampir semua jugak dengar radio swasta kan..macam-macam channel ada...yang terkini, yang retro, yang hot, yang cool....



Ada berita ringkas...ada info trafik...ada lagu baru, lama dan macam-macam lagi...

Yang paling tak tahan ada banyak iklan....

Iklan tu pulak hampir sama di setiap channel radio tu semua...semua suara yang sama ditukar watak...adakala jadi ibu yang anak menangis...adakala jadi nenek yang syorkan minyak angin....adakala jadi isteri yang rindukan kapsul kacip fatimah....adakala pulak jadi budak (???!!) yang nakkan kasut sekolah baru...

Yang menjelikkan selain watak yang dibuat-buat melampau tu, penggunaan bahasa dan loghat tempatan atau daerah....pelakon watak iklan radio yang bukan dari Utara cuba berbahasa Kedah, akhirnya jadi macam Bomoh Siam menurun dalam bahasa Melayu...yang bukan dari Pantai Timur tapi nak kecek Kelate, maka jadi macam Jackie Chan nak cakap ala-ala soul dalam Rush Hour....

Terbaru ni ada satu iklan ringkas selepas info ringkas ke hape ke aku pun tak ingat, bunyi dia macam ni....
"Dapatkan komputer riba murah pada harga RM 988, monitor dijual berasingan..." (* aku tak pasti skrip sama tak dengan ayat aku ni ye...)
Aku dengan wife saling pandang masa dalam kereta tu...ada kah komputer riba pakai monitor....dan kalau lah ada sekalipun, jual berasingan???
Untuk makluman, komputer riba ialah laptop ya...



Korang mesti pernah dengar iklan ..."Aduh sakit kepalaku...aduh sakitnya kepala...aduh sakit kepala (loghat Chinese man)..."...aku lupa iklan ubat apa...tapi wife aku kata setiap kali dengar iklan tu, dia sakit kepala....hahaha...apa nak dikata....

2 comments:

Bahie said...

hai yak!! itu punya iklan pun ada ka? bengong ke ape iklan tu? maybe laptop tu jual keybeard je kot..huhahah..
alia mmg dah lama xdengar radio sbb menyampah dengar iklan je banyak.

Kimi Kay MS said...

saya memang tak boleh bersetuju lebih dengan pandangan saudara terhadap iklan2 di radio. iklan di radio yg sangat2 menyakitkan telinga, memeningkan kepala & mengganggu konsentrasi terhadap pemanduan membuatkan saya berhenti mendengar radio, terutamanya radio melayu. bukanlah saya mengagungkan sangat radio berbahasa Inggeris tapi saya tak sanggup dengar gelagat2 bodoh dan suara2 DJ2 perasan best di radio melayu...
hehe terhibur pula baca blog saudara neh.