Friday, February 13, 2009

Tak Salah Berlembut Lidah...

Pagi tadi awal lagi dah ada orang call aku...rupanya caterer yang bekalkan makanan untuk program jabatan aku minggu lepas tu...aku faham dia ni caterer kecik je...dan aku ambik dari dia pun kerana nak bantu perniagaan dia jugak la..kesian kan...so dia nak roll modal la tu...

Jadi aku pun call la Baitulmal Perlis ni...sebab program aku kali ni dibiayai oleh Baitulmal...kebiasaannya aku akan call direct ke Pengarah Baitulmal atau pun Akauntan...sebab kedua-dua tu kawan baik aku, tapi pagi ni aku rasa malas nak menggesa orang, jadi aku call talian awam Baitulmal Perlis...bila operator tu jawab aku mintak cakap dengan **** yang jaga bahagian payment kat kaunter tu...dia pun sambung lah...

Aku : Assalamualaikum...**** ka tu?Ni Ustaz Azhar (memang ni nama glamer aku..jangan gelak haa...!!), Pengarah .... (aku sebut nama jabatan aku la tuh..)..

Dia : Waalaikumussalam, ya ustaz...

Aku : Nak tanya la claim yang saya masukkan hari tu, 3 invois semua..(aku sebutkan satu persatu invois tu kat dia...)..macam mana ya?

Dia : Ok dah terima.(dengan nafas singkat dan fullstop tanpa sangka)

Aku : Maksudnya dah keluar cek ka?

Dia : Dak lagi. (nafas dan nada yang sama)

Aku : Ooo...Pengarah dah tengok ka dak lagi tu?

Dia : Dah tengok (still nada sama)

Aku : Dia dah minit ka belum ****?

Dia : Dah..ada kat saya, tapi tak buat apa lagi.

Aku : Ooo..takpa..cuma agak-agak tu bila ****, pasai saya nak bagitau kat pembekal tu..

Dia : Takpa la, nanti saya habaq la. (nada makin keras)

Aku : **** akan call saya ka call depa terus?

Dia : Tak tau lagi, nanti saya tengok lagu mana (nada yang memang keras)

Aku : ****, saya call elok-elok ni...sepatutnya saya boleh call Pengarah atau Encik ****** (Akauntan) direct, tapi saya tak mau depa kejan (menggesa) **** jadi saya tanya la **** sendiri...dan saya harap **** pun boleh la cakap elok-elok dengan saya kot kan...saya bukan cakap kasaq pun...

Dia : Ok. (sambil menghela nafas dan letak fon)

Aku hangin..amat hangin...

Sebab aku memang dari zaman di Pejabat MB lagi, semua orang tau aku mempunyai etika bercakap telefon yang amat baik...bukan memuji diri tapi itu memang habit aku...aku pernah dapatkan appointment Ex-Bos aku dengan TPM dalam masa singkat hanya kerana PA kepada Ketua Setiausaha Sulit TPM kata dia tak daya nak tolak permintaan aku..hehe...jangan salah sangka yaa...

So..apa aku buat...?

Aku call Pengarah tapi dia meeting...jadi aku call Akauntan...dan aku bagitau perbualan tadi...cuma aku pesan jangan la marah **** tu...suma nanti2 pesan kat staff you all semua jaga la etika cakap telefon...mana tau tiba-tiba YB yang telefon menyamar dah silap jerkah pulak...

Yang menariknya, kawan aku tu kata apa..."Maklum lah pagi Jumaat ni...macam-macam benda boleh jadi kesan semalam woi.."..hehehe...apa nak dikata...

Thursday, February 12, 2009

Is Sharing Really Means Caring?

Terlebih dahulu aku ingin memaklumkan entri aku kali ni akan menyentuh tentang perkongsian perkahwinan, dalam ertikata lain kisah poligami...bini dua la beb...So awal-awal aku mintak maaf kiranya ada tersentuh di jiwa atau terguris di hati...tidak langsung terlintas menyinggung mana-mana pihak, hanya sekadar berkongsi dan mencari pengetahuan...terima kasih...
______________________

Kahwin dua...poligami...pasang dua...macam-macam istilah yang orang bagi untuk kahwin dua ni..(atau lebih jugak la...)...

Aku pun tak tau kenapa, tiba-tiba semalam tengah drive kereta sorang-sorang aku ternampak sepasang makcik dan pakcik tua yang tengah kemas-kemas halaman rumah diorang...berdua saja...

Hati aku teringat abah dan mak aku di kampung...jugak arwah bapak mertua aku dengan mak mertua aku...diorang pun macam ni jugak la...mak dan abah aku sama-sama spend time berdua...pi makan...pi shopping...pi masjid...pi mengaji....so does mak mertua aku dan arwah dulu masa masih hidup...duduk kat laman rumah sama-sama...tengok news sama-sama...

Tiba-tiba terlintas di hati aku...kalau pada usia emas macam tu ada dua rumah, macam mana ya?

Usia macam tu nak drive keluar rumah pun malas dah sangat...nak duduk rumah saja kan...kalau keluar pun berdua...

Tapi orang yang berumah dua ni, kena adil saksama...maka kena la kunjung mengunjung ikut giliran...bayangkan dah usia emas, kena pulak drive dari satu rumah ke satu rumah...

Masa tua jugak sakit demam datang tak kira masa...buatnya masa giliran di rumah nombor satu, tiba-tiba nombor dua (sama-sama tua la nih) telefon kata jatuh bilik air ke apa ke...dah nak kena bergesa-gesa balik ke sana...yang nombor satu tak jeles ka?Ada lagi ka sense of jealousy masa usia tu ya?



Masa tu pulak anak-anak akan balik kampung...samada Raya atau bukan, tetap akan ada yang balik kampung...so adakah masa anak-anak dari isteri pertama balik kampung maka isteri kedua akan ditinggalkan berseorangan?Macam mana suasana raya anak cucu tanpa ayah dan tok wan yang beraya di rumah satu lagi?

Terus terang aku katakan persoalan-persoalan ni mengganggu jugak la pemikiran aku...bukannya apa..aku tak pernah kenal atau baik dengan orang usia emas ini yang berumah dua...yang aku kenal dan baik hanya yang muda-muda...so aku tak pernah tau macam mana diorang deal masalah ni...

Oh ya...terlanjur bercakap tentang pasang dua ni, ada sorang kawan aku...dia ni tua setahun dua je dari aku...dah pasang dua rupanya ko F**** ye...dengar khabar isteri keduanya seorang wanita kaya di KL...dia berulang alik Perlis-KL pun pakai flight la nih...hehe...aku jumpa kat Kangar drive Perdana V6 tuh....rezeki masing-masing...

Aku..?Aku berdoa agar Allah tetapkan aku dengan hanya isteriku sekarang...susah payah nak masuk 12 tahun ni dia sanggup bersama...segala kesusahan dan kesenangan selama ini dia terima...kekurangan aku tak menjadi masalah pada dia...jadi kenapa aku kena cari lagi kan...hehe..

Semalam aku chat dengan kawan aku...bila timbul bab anak lelaki semua (ya, aku mempunyai 3 anak lelaki)...so dia kata try la bagi dapat perempuan...aku kata tak lah kot...biarlah isteriku menjadi the only girl dalam hidup aku...maka kawan aku taip..."Terus rasa nak koma..."...hahahaha...

Tapi betul...ketentuan itu dari Allah, tetapi kita mampu berdoa dan berusaha mendorong atau menghindarkan sesuatu...

Kalau ada antara pembaca yang boleh kongsi kisah yang mampu menjawab persoalan aku tentang kesan poligami di usia emas tu tadi, aku alu-alukan komen yang ilmiah dan membina...aku bukannya belajar kerana nak poligami tau...tapi aku nak jadikan ia sebahagian pengetahuan aku...hehe...apa nak dikata...

Monday, February 9, 2009

Beza Antara Kita...

Antara kita amat berbeza...

KamiAnda
Kalau anda ditimpa musibah atau kematian, kami ucapkan Innalillah..
Kalau kami dilanda malang atau kematian, anda katakan itu bala dari Allah SWT...


Kalau orang kami hilang, kami cari sampai jumpa atau buat report Polis (tapi jarang nak hilang la...)
Kalau orang anda hilang, terus kata kami culik la, nak beli la...walhal tah ka bini dia dah tambat kaki dia sebab 'rahsia' dah terbongkar...



Kalau orang kami dilihat membaca Al-Quran atau bersolat, dikatakan kami bermuka-muka depan pengundi dan entah diterima atau tidak ibadat kami...
Kalau orang anda memaki hamun, berbuat maksiat dan perkara tak betul pun akan ada 'fatwa' yang bakal keluar membolehkannya...

Orang anda melompat kat kami semuanya pengkhianat dan tidak beriman...

Orang kami yang melompat kat anda pulak semuanya berakal, matang dan bagus...

Anda ungkit kisah lantikan MB Terengganu, tapi kami akur (walaupun ada sikit ketidakpuasanhati sebelah awalnya) dengan Titah Tuanku...

Anda sampai ke saat ini masih belum menerima Titah Tuanku, sebaliknya menyatakan kami dulu pun macam tu jugak...tapi kami patuh jugak la akhirnya...

Kami kritik pemimpin kami yang lemah dan tak betul..(tak percaya tanya Pak Lah...)

Anda pernah kritik pemimpin anda yang tak betul dan lari perjuangan??



Sebenarnya banyak lagi...setiap aspek kita berbeza...kerana setiap yang anda buat pasti akan disusuli dengan fatwa yang membolehkan ia...sehinggakan ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW pun ditafsirkan bagi mengikut kemahuan anda...

Jadi apa pun yang anda buat, pada mata dan otak anda, anda la paling betul...penyakit ini kita panggil "SINDROM PERASAN BEST"....apa nak dikata...

p/s : Takziah buat keluarga Allahyarham YB Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para solihin....Ameen...

Pilihanraya kecil datang dua serentak, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau...