Kami | Anda |
Kalau anda ditimpa musibah atau kematian, kami ucapkan Innalillah.. | Kalau kami dilanda malang atau kematian, anda katakan itu bala dari Allah SWT... |
Kalau orang kami hilang, kami cari sampai jumpa atau buat report Polis (tapi jarang nak hilang la...) | Kalau orang anda hilang, terus kata kami culik la, nak beli la...walhal tah ka bini dia dah tambat kaki dia sebab 'rahsia' dah terbongkar... |
Kalau orang kami dilihat membaca Al-Quran atau bersolat, dikatakan kami bermuka-muka depan pengundi dan entah diterima atau tidak ibadat kami... | Kalau orang anda memaki hamun, berbuat maksiat dan perkara tak betul pun akan ada 'fatwa' yang bakal keluar membolehkannya... |
Orang anda melompat kat kami semuanya pengkhianat dan tidak beriman... | Orang kami yang melompat kat anda pulak semuanya berakal, matang dan bagus... |
Anda ungkit kisah lantikan MB Terengganu, tapi kami akur (walaupun ada sikit ketidakpuasanhati sebelah awalnya) dengan Titah Tuanku... | Anda sampai ke saat ini masih belum menerima Titah Tuanku, sebaliknya menyatakan kami dulu pun macam tu jugak...tapi kami patuh jugak la akhirnya... |
Kami kritik pemimpin kami yang lemah dan tak betul..(tak percaya tanya Pak Lah...) | Anda pernah kritik pemimpin anda yang tak betul dan lari perjuangan?? |
Sebenarnya banyak lagi...setiap aspek kita berbeza...kerana setiap yang anda buat pasti akan disusuli dengan fatwa yang membolehkan ia...sehinggakan ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW pun ditafsirkan bagi mengikut kemahuan anda...
Jadi apa pun yang anda buat, pada mata dan otak anda, anda la paling betul...penyakit ini kita panggil "SINDROM PERASAN BEST"....apa nak dikata...
p/s : Takziah buat keluarga Allahyarham YB Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para solihin....Ameen...
Pilihanraya kecil datang dua serentak, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau...
2 comments:
Assalamualaikum Azhar,
Syukurlah, sekurang kurangnya kita masih diberi Allah Aqal yang boleh menimbangkan yang mana hak dan yang mana bathil.
Semoga KeAmpunan Allah swt bersama kita semua dan hidup kita terus diberkati dengan Rahmatnya.
Juga, Semoga Allah swt Selamatkan Negara kita tercinta.
inilah masalahnya bila akal dikuasai ketaksuban.
taksub itu sangat bahaya sifatnya..
Post a Comment