Pagi tadi awal lagi dah ada orang call aku...rupanya caterer yang bekalkan makanan untuk program jabatan aku minggu lepas tu...aku faham dia ni caterer kecik je...dan aku ambik dari dia pun kerana nak bantu perniagaan dia jugak la..kesian kan...so dia nak roll modal la tu...
Jadi aku pun call la Baitulmal Perlis ni...sebab program aku kali ni dibiayai oleh Baitulmal...kebiasaannya aku akan call direct ke Pengarah Baitulmal atau pun Akauntan...sebab kedua-dua tu kawan baik aku, tapi pagi ni aku rasa malas nak menggesa orang, jadi aku call talian awam Baitulmal Perlis...bila operator tu jawab aku mintak cakap dengan **** yang jaga bahagian payment kat kaunter tu...dia pun sambung lah...
Aku : Assalamualaikum...**** ka tu?Ni Ustaz Azhar (memang ni nama glamer aku..jangan gelak haa...!!), Pengarah .... (aku sebut nama jabatan aku la tuh..)..
Dia : Waalaikumussalam, ya ustaz...
Aku : Nak tanya la claim yang saya masukkan hari tu, 3 invois semua..(aku sebutkan satu persatu invois tu kat dia...)..macam mana ya?
Dia : Ok dah terima.(dengan nafas singkat dan fullstop tanpa sangka)
Aku : Maksudnya dah keluar cek ka?
Dia : Dak lagi. (nafas dan nada yang sama)
Aku : Ooo...Pengarah dah tengok ka dak lagi tu?
Dia : Dah tengok (still nada sama)
Aku : Dia dah minit ka belum ****?
Dia : Dah..ada kat saya, tapi tak buat apa lagi.
Aku : Ooo..takpa..cuma agak-agak tu bila ****, pasai saya nak bagitau kat pembekal tu..
Dia : Takpa la, nanti saya habaq la. (nada makin keras)
Aku : **** akan call saya ka call depa terus?
Dia : Tak tau lagi, nanti saya tengok lagu mana (nada yang memang keras)
Aku : ****, saya call elok-elok ni...sepatutnya saya boleh call Pengarah atau Encik ****** (Akauntan) direct, tapi saya tak mau depa kejan (menggesa) **** jadi saya tanya la **** sendiri...dan saya harap **** pun boleh la cakap elok-elok dengan saya kot kan...saya bukan cakap kasaq pun...
Dia : Ok. (sambil menghela nafas dan letak fon)
Aku hangin..amat hangin...
Sebab aku memang dari zaman di Pejabat MB lagi, semua orang tau aku mempunyai etika bercakap telefon yang amat baik...bukan memuji diri tapi itu memang habit aku...aku pernah dapatkan appointment Ex-Bos aku dengan TPM dalam masa singkat hanya kerana PA kepada Ketua Setiausaha Sulit TPM kata dia tak daya nak tolak permintaan aku..hehe...jangan salah sangka yaa...
So..apa aku buat...?
Aku call Pengarah tapi dia meeting...jadi aku call Akauntan...dan aku bagitau perbualan tadi...cuma aku pesan jangan la marah **** tu...suma nanti2 pesan kat staff you all semua jaga la etika cakap telefon...mana tau tiba-tiba YB yang telefon menyamar dah silap jerkah pulak...
Yang menariknya, kawan aku tu kata apa..."Maklum lah pagi Jumaat ni...macam-macam benda boleh jadi kesan semalam woi.."..hehehe...apa nak dikata...
1 comment:
apa yg terjadi semalam?..ahahahha...
hampeh betul
Post a Comment