Wednesday, November 24, 2010

Antara Belajar Hebrew dan Stigma Masyarakat...

Last weekend aku sedang browsing ke beberapa website...

Kemudian seorang rakan muda yang bijak di Facebook menulis tentang Silwan...mengingatkan aku kepada Silwan di Wadi Hilweh, sebuah perkampungan yang merupakan asas kepada Jerusalem hari ini dan dikenali sebagai City of David di kalangan Yahudi...Silwan yang merupakan sebuah kota yang pernah sampai kepadanya Khalifah Umar ibni Al-Khattab adalah di dakwa oleh Yahudi sebagai penempatan Necropolis terbesar mereka, antaranya menempatkan Tomb of The Pharaoh's Daughter....

Ada banyak sumber, kisah dan bergambar boleh korang cari lebih lanjut berkenaan Silwan atau dikenali di dalam Hebrew dengan Shiloah dan Greek menamakannya Siloam...cari sendiri...

Semasa aku dok menyelusuri (apasal bahasa aku mcm ni hari ni??) beberapa laman web bergambar Jerusalem tu, ada beberapa gambar yang ada tulisan Hebrew yang langsung aku tak tau macam mana nak baca atau apa bunyinya atau apa bentuk bacaannya...


Masa tu aku terfikir...kalau aku ditakdirkan dapat menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan berjalan2 sekitar Jerusalem, macam mana aku nak baca semua tu....

Jadi aku nekad nak belajar Hebrew...

AKu cari punya cari, terjumpa link yang membolehkan aku belajar Hebrew Online...aku register nama dan bagi segala maklumat yang dia nak...

Dalam tak sampai dua jam dah ada orang call aku...pompuan Israel, nama Galit...jangan tanya lawa ke tak sebab aku hanya dengar suara je...so dia cerita la segala keperluan dan yuran.then dia tanya soalan cepumas..."Why you want to learn Hebrew?"...

Aku cakap, "I love learning languages. As I'm fluent in Arabic writing and speaking, I found some basics Hebrew that doesn't differ much from Arabic. Then I thought, I should learn this language.."...dia kata ok...hehe...

So aku start la belajar sikit-sikit Hebrew, mula dengan Alphabet nya yang disebut Alef-Bet...


Sebenarnya memang betul pun, tak banyak beza sangat antara Arabic dan Hebrew...kedua-duanya adalah antara 6 bahasa teras dunia yang wujud dengan warisan 6 orang anak Nabi Nuh selepas peristiwa banjir besar...Antaranya Arabic, Hebrew ('Ibrani), Sanskrit, Yunani (Greek) dan dua lagi yang aku tak pasti apa ke namanya, dah lupa belajar dulu...

Kalau korang belajar Arab, abjad dalam Bahasa Arab mengikut perkiraan jumlah angkanya ialah bukan Alif Ba Ta...tetapi macam ni..:


Oh ya, dari angka-angka ini lah datangnya
786 yang selalu nampak kat kedai Mamak tu...
786 ialah jumlah huruf dalam Bismillahir Rahmaanir Rahim...
tak percaya cuba kira...

Perhati dan bandingkan dengan Alef-Bet Hebrew tadi...nak sama kan...

Perkataan-perkataan dalam Hebrew jugak banyak yang seakan sama dalam Bahasa Arab...sebagai contoh :

MelayuArabicHebrew

LangitSamaa' سماءשָׁמַיִם - šāmayim

Soalanسؤال - Su'alשְׁאֵלָה - Še’ēlāh

satuواحد - waahidאֶחָד - ehād


Cukup la tiga...jenuh aku nak taip tau...

Hari pun nak sama sebutan antara Arab dan Hebrew...

Persoalan timbul dalam benak aku...kenapa sesetengah orang kita bila kita sebut Bahasa Hebrew je kita kaitkan dengan perkara tak elok...

Banyak email, sms dan petikan dalam status Facebook menyebarkan beberapa perkataan yang kononnya di ambil dari Bahasa Yahudi dan mempunyai makna yang mengelirukan...

Bila aku fikir-fikir balik, salah ka kalau kita guna perkataan dalam Hebrew? Kalau kita tengok, orang putih tu dia berdakwah guna English...sebab semua orang sana cakap English takkan dia nak cakap Arab (atau Melayu)...kat Malaysia, ustaz-ustaz kita guna Bahasa Melayu sebab dah kita semua cakap Melayu...jadi kalau nak berdakwah kepada Yahudi di Israel, kena la guna Hebrew kan...

Semua bahasa mempunyai perkataan yang elok dan tidak elok...hatta Bahasa Arab sekalipun ada maki hamun nya...nak tau macam mana maki...aku dulu buat, masa 1st year, aku lalu kat pekan dan aku sepak bontot budak dalam umur 8 tahun kot tengah main bola...sebab nak dengar dia maki aku...memang dia maki...aku panggil dan tanya apa maknanya, dia bagitau...aku cakap terima kasih....hahahaha....mesti dia kata dia ni gila kot...

Harap-harap nya takde la sesapa nak marah aku belajar Hebrew...oh ya, dan satu lagi tujuan aku belajar Hebrew ialah, mana la nak tahu kan, nak dijadikan rezeki, kot-kot la pihak yang ajar online ni nak jemput aku pergi ambik sijil ke apa ka...boleh la aku jejakkan kaki ke Baitul Muqaddis...bukan boleh saja-saja kita nak pi sana...kan...

Sebelum terlupa...perkataan "Walla.." yang selalu kita gunakan untuk gambarkan sesuatu yang excited, berasal dari Hebrew yang bermaksud (Wow..!!; Really.?!) dan jugak Arabic yang merupakan perkataan (والله ) - satu bentuk Qasam atau sumpah berbentuk soalan menunjukkan "Really??"...apa nak dikata...

Saturday, November 20, 2010

Scam Cepat Kaya...

Heboh betul sekarang ni pasal skim cepat kaya ni...ada yang pelaburan, ada yang MLM, ada yang jual barang, ada yang bagi orang manage duit kita...macam-macam cara, semuanya menjurus satu je, iaitu kaya dalam masa yang singkat dan cara yang mudah...

Oh ya, sebelum aku lupa, aku ada dapat satu email ni, siapa-siapa nak cuba Scam Cepat Kaya ni boleh la hubungi mamat yang ada nama kat gambar bawah ni...yang tak best tu, email dia ialah {jangan_balas_email_ini@gmail.com}....tak ke something fishy tu kan...

bukan main nama, Gadis Pinggiran...konon nak menggoda la tu...

Sebenarnya skim cepat kaya ni bukan benda baru...cuma setiap kali masa beredar, dia datang dengan cara yang baru dan berbeza mengikut perkembangan teknologi masa tu...

Bermula dengan zaman Pak Man Telo yang menggunakan sistem pelaburan, sehingga lah sistem klik Facebook dapat RM100 sekali klik...

Betul-betul cakap la kan, kalau klik FB boleh dapat RM100 sekali klik, aku ni dah lama jadi jutawan tau...silap-silap billionaire sampai aku boleh beli FB ni dari Zuckerberg...

Yang kita heran tu, dalam pada ramai yang tertipu, masih lagi ada yang sanggup try tu...kalau baca paper tu, selalu ada je yang terkena...

sekadar satu dari beribu laporan akhbar...

Macam jenis yang konon dia anak orang kaya kat Nigeria tu, pas tu bapak dia mati, nak transfer duit kat kita bla bla yada yada...then kita tolong dia bagi duit untuk transfer fee...last-last jadi transfer Pi lah kat dia...kita nganga...masih ada tu yang sanggup transfer duit kerana nak duit...

Pernah ada seorang kawan cerita kat aku...dia ni nak cari duit poket tambahan sampingan la...so terjumpa iklan kat internet mencari pekerja sambilan dari rumah untuk memasukkan data, kira macam taip kat rumah diorang bayar per page la...dia pun email la berminat...then si pengiklan tu bagi dia akaun number untuk dia bayar RM30, sebab nak bagi dia kit data kononnya...dia pun terus bank in...tahu apa kejadah kit data yang dia dapat?...diorang send kat dia satu ebook, memberitahu bahawa kalau dia buka satu laman web dan iklankan dia akan dapat bayaran per-click, makin banyak maka makin dia dapat la...kalau takde orang klik maka takde la...

Kan cilaka tu...kawan aku tu dah la desperate, nak buat kerja yang halal mencari duit poket...ko makan RM30 seorang...kalau 10 orang sehari yang email ko, dah RM300 buta-buta sehari ko makan...

Aku ni agak skeptikal bila bercerita tentang untung besar secara mudah tanpa penat lelah...sebab tu bila aku tengok orang baca buku "Menjadi Jutawan Internet"..."Mari Kita Jadi Jutawan"..."Jom Kita Pakat-Pakat Kaya"...dan sebagainya, aku rasa nak marah...tahu sebab apa?Bukan dengki, tetapi rasa jijik sebab korang tak de pun menceritakan apa rahsia kejayaan korang, tetapi lebih kepada memanipulasi kehendak orang yang membeli buku kamu tu nak jadi kaya. Orang yang beli tu terkabur dengan kehendak dia sampaikan dia tak nampak bahawa buku kamu tu zero sebenarnya. Yang kaya ialah kamu. Bayangkan, satu buku yang isinya hampas, dijual pada harga RM39.90, RM25.90, RM42.90, walhal moda kamu tak lebih dari RM10 satu buku pun...bukan full colour cetakan dalaman nya...bukan ada illustrasi atau gambar, bukan pakai kertas berkualiti...jadi kamu untung paling lekeh satu buku RM10...kalau seratus orang beli buku kamu dah RM1000 kamu untung...sudahnya memang kamu jadi jutawan dan berjaya membuktikan apa yang kamu tulis, tetapi dengan cara yang hina...

yang makan duit orang secara tipu ialah Syaitan...

Tak aku nafikan, semua orang nak kaya..aku pun nak kaya, mewah dan hidup senang...tetapi kita perlu ingat bahawa Allah SWT pun mengajar kita melalui kehidupan Rasulullah SAW yang paling dicintaiNya, tiada yang mudah. Allah boleh bagi segala kesenangan pada Muhammad SAW supaya semua manusia akan lebih terpangaruh dengan mudah sebab Muhammad kaya dan mewah, tetapi Allah tak buat begitu. Rasulullah SAW sendiri menyuruh umatnya supaya berusaha mencari rezeki yang Allah bagi. Saidina Osman diceritakan kepada kita sebagai seorang yang amat kaya...tetapi tidak pernah diceritakan kepada kita beliau mengajak orang ramai buat pelaburan jangka pendek yang menguntungkan tanpa penat lelah di kalangan para Sahabat...

Selagi manusia masih ada nafsu dan kehendak, selagi itu lah akan ada skim cepat kaya...

Kisah-kisah tertipu ni bukan hanya di kalangan orang Melayu...orang bangsa lain pun banyak malahan di luar negara pun ada...cuma sebab kita hidup di kalangan orang kita maka kita nampak orang kita yang tertipu...

kat luar negara pun ada jugak...

Yang menipu ni pulak bukan orang lain, orang kita jugak...dan yang tertipu bukan lekeh-lekeh manusia, tetapi yang berpelajaran tinggi pun ada...

Itu la tadi cakap, selagi ada nafsu...dan nafsu tak mengenal siapa...semua kena goda...

Siapa tak tergoda nampak orang kibar-kibar duit not RM50 atau RM100 depan mata kita kan...


aku tak kenal siapa mamat ni...tapi kalau aku ada duit begitu banyak,
aku pasang Astro Beyond HD dah, tak pakai decoder kelabu tu je...

Kalau betul nak tahu macam mana skim piramid tu, tengok gambar bawah ni...

ko julang aku, aku pijak ko...

Nampak tak, dalam nak naik ke atas, dia pijak orang bawah dia...itu la hakikat sistem piramid cepat kaya ni...

Satu-satunya MLM yang aku percaya ialah apa yang disarankan oleh Rasulullah SAW, suruh kita ajak orang beramal kebaikan...setiap kali dia beramal kebaikan, kita akan dapat pahala dari amalan yang dia buat tu...itu je MLM yang betul...lain-lain tu...wallahua'alam la....apa nak dikata....

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha dan Apakah Hari Tasyriq...



Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laa Ilaaha Illa-lLah walLahu Akbar,
Allahu Akbar wa lilLahil Hamd...

Salam Aidil Adha dari saya sekeluarga....semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu...

Hari 10, 11, 12 dan 13 DzulHijjah ialah hari yang diharamkan berpuasa. Hari 10 ialah Aidil Adha manakala 11, 12 dan 13 ialah Hari-hari Tasyriq.

Rasulullah SAW bersabda :

أيامُ التشريق أيامُ أكل وشرب وذكر لله عز وجل

bermaksud : "Hari-hari Tasyriq ialah hari-hari untuk makan, minum dan mengingati Allah Azza wa Jalla"

Hari Tasyriq dinamakan dengan nama sedemikian kerana pada hari-hari tersebut umat Islam ketika waktu Rasulullah SAW dan para Sahabat menjemur daging-daging sedekah qurban kerana waktu itu tiada peti ais. Jadi atas kepanasan yang sanggup diorang tempuhi untuk menjemur daging tu dinamakan Tasyriq, yang bermaksud menuju ke arah Timur bagi mendapatkan matahari awal terbit.

Berdasarkan hadis di atas, kita faham bahawa Rasulullah SAW menyuruh kita makan dan minum pada ketiga-tiga Hari Tasyriq tu. Maknanya ianya adalah hari kebesaran bagi Umat Islam. Walaubagaimanapun, janganlah dalam makan dan minum tu sampai kita membazir dan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah SWT.

Di akhir hadis itu pula Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa hari Tasyriq ini ialah untuk mengingati Allah Azza wa Jalla...kalau kita dalami sikit, mengingati Allah SWT ialah makanan untuk hati kita, manakala makanan dan minuman yang zahir ialah untuk jasad kita. Jadi Rasulullah SAW dah ajarkan kita bahawa hari Tasyriq ni ialah untuk menjamu zahir dan batin kita..

Semoga Allah menerima segala amalan kita. Banyakkan bertakbir di Hari Aidil Adha dan Hari-hari Tasyriq ni....


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laa Ilaaha Illa-lLah walLahu Akbar,
Allahu Akbar wa lilLahil Hamd...