It was on this day 12 years ago, aku menerima tanggungjawab suami kepada isteri tercinta..19 Julai 1997...
Dah dua belas (12) tahun dah...Alhamdulillah tempoh tu kami lalui dengan penuh suka duak, pahit manis, susah senang...
Bohong kalau rumahtangga tak bertengkar, bergaduh...Tipu kalau rumahtangga asyik aman damai tenang sentiasa...
Namun semua tu ujian yang mesti kita tempuh..itu semua mendewasakan kita...setiap detik yang kita lalui bersama menjadikan kita sedetik lebih mengenali pasangan kita...
Renungan matanya waktu marah lain, waktu tak berkenan kata-kata kita lain, waktu nak ajak balik dari mana-mana tempat lain...waktu horny pun lain...hehehe...
Cara dengusan...cara bernafas...semua nya perlu kita ambil berat dan fahami..dan rasanya dalam 12 tahun ni aku berjaya memahami diri isteri tercinta...waktu mana kata-kata dia perlu aku buat tak tau saja...waktu mana pulak kata-kata dia perlu aku sambut...waktu mana pulak perlu aku lawan tegakkan hujah aku...hehe..
Alhamdulillah jugak dalam 12 tahun ni kami dikurniakan 3 orang putera (ayat macam novel Melayu la pulak..eceh..). Adam, Rayyan dan Zain...tak sunyi rumahtangga...
Sesungguhnya, bila dalam bahasa omputih diorang kata 'my better half' tu...depa memang betul...sebab dalam rumahtangga ni, isteri atau suami ialah kita punya better half...
Isteri aku selalu bantu buat keputusan, especially keputusan yang besar-besar dalam hidup...
Aku pernah dikatakan takut bini oleh sorang kawan, hanya kerana dia ajak aku minum malam tu, so aku kata nanti nak tanya wife...dia kata apa la takut bini...aku jawab, aku bukan takut bini, tapi aku hormat bini aku...kalau aku nak keluar suka ria minum kat luar, dia dok rumah jaga anak-anak sorang-sorang, tanpa aku bagitau dia aku keluar minum, tak ke zalim namanya..member aku tersenyap...
Betul...takut dan hormat adalah dua benda berbeza...dan aku hormat isteri aku seperti mana dia hormat aku...kerana tidak hormat bini lah ada kes terajang bini..kan...
Kepada isteri tercinta, terima kasih kerana berada di sisi diri ini selama ini (fuh ayat..)...melengkapi diri ini...dan menjaga diri ini...dan masak sedap-sedap...
Sebenarnya terlalu banyak gambar yang nak letak, tapi banyak sangat...so ambik beberapa je la...the rest akan tetap diingatan...
Buat pembaca dan kawan-kawan...doakan kebahagiaan berpanjangan buat kami...terima kasih...
Loving n Caring,
6 comments:
happy anniversary uncle n maksu- a couple who were made for each other
Alhamdulillah...
Happy Anniversary uncle n maksu..
Pae doakan semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu.
Amin..
Dude, hepi anniversary to u both!
U r such a loving hubby. Baik untuk kesihatan. Hehe
Janet, thanks...I'm flattered..
Pae,Terima kasih ya..
Hazrey, terharu aku ko ucapkan...glamer tuh, masuk Nona boley??hehe...
two thumbs up for you paksu..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki k..sama untuk maksu jugak..
HEPI ANNIVERSARY UNKEL...
SMG KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT..
AMIN....
Post a Comment