Sunday, September 27, 2009

Antara Lalat dan Najis...


Gambar hiasan, susah nak cari lalat hurung najis sambik baca sok kabar, tapi manusia banyak yang buang najis sambil baca sok kabar..kan...


Entri merapu...serius aku bagitau siap-siap, tapi ada jugak ilmu yang bakal kita dapat walaupun dari benda merapu...kan...

Sejak malam tadi aku asyik mengutarakan (eceh ayat) persoalan lalat yang menghurung najis...(aku segan nak tulis taik, so pakai najis la ya nampak macam baik sikit...)

Malam tadi kat Facebook aku dah soal...
Fenomena lalat yang selalu menghurung najis; adakah :
A. Mmg perangai lalat hurung tak kira apa benda,najis ke tidak...
B. Sifat najis yg mahukan perhatian ramai pihak,tetapi hanya lalat yg berminat memberi perhatian tu.Yg lain hanya pandang & mencebik...
C.Memang lalat & najis ditakdirkan bersama...
D.Sama je level dua2 tu,jadi biarkan la diorang bersama...
Apa pendapat anda?

Ada la jugak respons dari kengkawan dalam persoalan aku tu...

Aku nak teruskan lagi analogi lalat dan najis ni...

Andai kita dah usaha untuk meng-cover najis tu...siap dah bungkus dengan sok kabar lama, masuk plastik, letak kat tong sampah...masih ada jugak lalat yang berlegar-legar nak cari jalan masuk dan hurung...tak boleh dekat-dekat, jauh pun dia nak gak datang....kenapa?

Adakah memang tabi'ie si lalat akan mencari jugak si najis walaupun najis dah tak menonjolkan diri...

atau adakah memang sifat semulajadi si najis itu akan terus menggamit si lalat, walaupun dah kena cover oleh manusia (atau haiwan) lain pun tetap jugak dia melepaskan satu aroma yang mampu dihidu oleh si lalat lantas datang lah lalat tu...

Seterusnya...aku nak tahu jugak...adakah ada pihak lain yang ingin mendekati najis selain dari lalat tu?Pernah lihat binatang lain yang mendekati najis dengan penuh berahi dan keinginan?Manusia lagi jauh la, bau je dah lari apatah lagi rupa parasnya...

Dan adakah lalat tu memang ikhlas benar terhadap si najis? Adakah lalat akan bersama dengan najis hingga akhir nanti...atau nanti kejap je, bila najis dah kering maka lalat pun blah la cari port atau najis baru...

Perlu jugak kita ingat bahawa nafsu lalat bukan hanya pada najis..tetapi jugak pada sampah, bangkai, air sungai kotor, longkang...dan tak terkecuali jugak makanan dan minuman yang lazat dan manis-manis...

Jadi bukanlah 24 jam akan diperuntukkan oleh lalat kepada si najis, malahan si najis akan perlu berkongsi masa beliau dengan pemilik-pemilik nafsu lalat yang lain...

Aku, andai kata masa aku rehat, makan atau apa jugak sekalipun di ganggu gugat oleh si lalat ni, penyelesaian aku hanya satu..lalat itu mesti pergi...samada pergi jauh atau pergi terus...aku halau, kalau degil aku bantai...teruk sangat aku spray Ridsect (ini bukan iklan racun serangga ok...)

So, apa caranya nak selesaikan kisah lalat yang menghurung najis ni?

Senang...

Musnahkan lalat dan musnahkan jugak najis...sebab kalau ada salah satu darinya, ia akan menggamit memanggil yang satu lagi je...so kasi pangkas dua-dua sekali...

p/s : Entri ni boleh dibaca secara semantik luaran mahupun dengan niat memerli...haha...
Andai anda membaca entri ni, dan faham sedikit sebanyak pengajaran dari lalat dan najis tu, maka tahniah la, maknanya anda dewasa dan faham bahasa...bagus.
Tapi kalau anda tak faham yang tersirat...pergi toilet jangan lupa flush dan simbah air banyak-banyak, supaya kedua-dua najis dan lalat akan hanyut dan hancur jua akhirnya...

5 comments:

penyapubaru said...

nice one uncle, tapi persoalan aku yang aku tak mampu/tak sanggup nak jwb dtg balik...hahahha

Unknown said...

janet, kalau persoalan malam tadi tu, kan ke dah ada jawapan kat atas tu.."Perlu jugak kita ingat bahawa nafsu lalat bukan hanya pada najis..tetapi jugak pada sampah, bangkai, air sungai kotor, longkang...dan tak terkecuali jugak makanan dan minuman yang lazat dan manis-manis..."

Amak Kongsi said...

dalam maksud entry kali ni..hehehe boleh suruh orang2 tertentu refer kisah lalat dan najis yang uncle huraikan ni. tapi akan faham kah mereka nanti??

Hellioz said...

mkn dlm
kalo kene kt btg idung org yang buat neyh....
zehahaha~

Isteri said...

citer pasal najis yer... pesan dari aku jgn buang pampers merata².. hehe..