Wali yang aku nak cerita ni bukan kisah wali songo atau wali sepuluh ke hape ke...tapi pasal wali nikah...
Dalam Islam, setiap perempuan yang nak bernikah mesti ada walinya...samada wali nasab - ayah, abang, bapak sedara, adik atau yang menurut turutan dalam syaraknya, mahupun wali hakim - iaitu Kadi atau jurunikah yang ditauliahkan oleh pemimpin agama sesuatu kawasan atau negeri...
Kalau takde wali jangan harap nak boleh nikah...hatta kalau nikah kat Siam pun mesti pakai wali, selalunya diorang belasah wali hakim le...
Apa itu wali enggan?(apasal ayat macam ensiklopedia nih?)
Ok, kalau lah wali seseorang perempuan tu tak mahu atau tak bersetuju menikahkan anak perempuan (atau tanggungannya), maka si perempuan layak memohon wali enggan...
Perempuan tu mesti memfailkan permohonan wali enggan di Mahkamah Rendah Syariah tempat dia tinggal...ada la borang dan syarat-syarat, antaranya kena dapat pengesahan Imam Kariah tempat dia tinggal tu...then pihak mahkamah syariah pulak akan 'summon' (bukan saman, tapi panggil hadir) si wali yang enggan tu, masuk court dan nyatakan sebab kenapa dia tak suka dan tak setuju pernikahan dijalankan...andaikata Hakim berpuashati bahawa sebab tidak setuju itu tidak syarie, maka Hakim akan rule bahawa perempuan tersebut layak mendapat wali hakim...so boleh la menikah...tapi kalau kata Hakim berpuas hati bahawa sebab walinya tu syarie, maka tak leh la menikah jugak...
Antara sebab yang tak syarie ialah kalau wali tu memilih nak yang kaya ke...yang sama bijak ada PhD ke...atau nak yang pangkat Dato' ke baru nak setuju...itu tak syarie la...Yang syarie pulak, kalau lelaki yang nak menikah tu penjenayah ke...penagih dadah ke...atau memang diketahui takkan mampu memikul tanggungjawab seorang suami, maka itu syarie...
Baru kejap tadi abah aku call, ada sorang kawan dia, anak sedara kawan ni dah lari ikut lelaki boyfriend dia dan nak menikah kat Selangor pakai wali hakim...diorang ingat senang sangat kot, maka tak lulus lah...so tanya pendapat aku...
Aku bukan pandai bab Mahkamah Syariah ni, dan aku tanya kawan aku seorang Hakim Mahkamah Syariah tentang hal ni...dia terangkan kat aku prosedur yang aku sebut kat atas tu la...
Ok, sekarang nak sembang sikit...
Yang wali-wali ni, especially ayah la kan, kalau boleh cuba jangan terlalu menekan dalam memilih bakal menantu tu...kalau dia bukan penjenayah, dan kita yakin dia mampu jaga anak kita lepas kahwin nanti, bagi lah izin...kesian kat anak kita jugak...kalau dah sampai dia lari ikut jantan tu, maknanya dia betul-betul sayang dan sanggup kahwin dan menerima kehidupan lepas bergelar isteri nanti, waimma senang mahupun susah...
Jadi jangan lah keterlaluan...aku pernah handle satu kes dulu yang mana parents perempuan tu nakkan menantu yang sama level pendidikan dengan anak mereka...anak perempuan diorang ada Masters dan lelaki tu hanya SPM..tetapi mereka saling mencintai dan lelaki tu betul-betul sayang dan nak jaga perempuan tu...so aku bantulah apa patut, dan mereka berkahwin selepas prosedur wali enggan diluluskan dan Alhamdulillah mereka bahagia sampai hari ini..(I know you are reading this, and I keep praying for your happiness)...
See...kadang-kadang sebagai seorang ayah, kita terlalu overprotect anak kita, especially anak perempuan...kita tak mau diorang sedih lepas kahwin, tapi kita kena ingat bahawa semua ketetapan itu datang dari Allah...kalau kita usaha sebaik mungkin pun tapi mereka tak bahagia, itu luar kuasa kita. Bukan takde yang kahwin kaya raya tapi bercerai berai...kan..
Dan di pihak anak pulak, cubalah selami dan fahami kehendak ayah atau wali anda...apa yang mereka inginkan...andai pilihan hati anda bukan pilihan mereka, cuba yakinkan mereka bahawa itu ialah yang terbaik buat anda...ajak la yang lelaki tu sama main peranan, dia nak menikah dengan anda, jadi jangan la dia pandang dari belakang jauh-jauh je...kata orang, sekeras-keras kerak nasi, kena rendam air lembut jugak...so pandai-pandai la ambik hati bakal pak mertua tu...jangan bila dia keras ko pun nak keras sama...makan batu le jawabnya...
Bukan apa, kalau kita tengok, kadar yang lari rumah ni makin hari makin banyak...kadang-kadang sebab remeh macam ni la...ayah tak suka pakwe dia...ayah tak berkenan tunang dia...so lari...
Jangan ambik mudah sangat...dua-dua pihak kena bertolak ansur dan give and take...ayah kena fahami hati anak dan bakal menantu...anak dan bakal menantu jugak kena faham kehendak ayah...baru aman dunia...kahwin pun senang, boleh buat kenduri...boleh jemput orang ramai...
Prosedur wali enggan memang ada, tapi kalau masing-masing boleh selesaikan masalah tanpa prosedur tu, lebih manis dan elok...tak le timbul ayat.."Dia kahwin tu ayah dia bukan restu tu..."..."Menantu sikit hensem macam tu boleh bapak dia tak suka..."...
Dan korang yang kahwin setelah direstui oleh ayah dan wali tu, jaga elok-elok rumahtangga...jangan sampai terkeluar kata..."Tu pasal la dulu aku tak berkenan...tengok, anak aku dah jadi janda...!!"....apa nak dikata...
p/s : Ni satu contoh akad nikah kat Siam...tah betul ke tak video ni,tapi aku gelak keras perut la jugak...hehe..
5 comments:
hmmm...thanks for the info..... aku teringat zaman nak kawin dulu.... pihak lelaki kena main peranan...... habih baik aku project drama depan mak dan pak mertua aku...... tapi kan... syukur alhammdullilah....aper yang aku dramakan dulu aku kekalkan sampai sekarang.. maksud nyer ikhlas la.......
kalau pihak pompuan buat solat sunat istikharah mintak petunjuk, sure takde kes camni kan?
opssssssss
saya ingin berkahwin dan telah menetapkan tarikh bulan oktober ni. saya mengalami wali enggan dan menetap di johor bahru. apakah cara yang mesti saya lakukan sekarang, apakah perlu saya menikah lebih daripada 2marhalah dr bapa saya?
Salam,
Saya pun sedang menghadapi masalah yang sama, bab perkahwinan neh lagi susah bagi saya sebab parents saya tak terbuka bile saya nak membincangkan tentang keinginan saya untuk berkahwin. asal saya sebut pasal ade lelaki nak dtg umah jumpe ayah mak..diorang akan melenting kate saya suka mengarut. gatal dan etc. pasangan saya tuh memang sudah pun datang ke rumah walaupun tidak mendapat izin mak ayah saya. dihalau dan sebagainya.pihak lelaki pun dah tahu yang family saya tak suke anak mereka. tp yang saya nampak family lelaki lebih banyak beralah. dan family saya terlalu protective, tidak mahu beralah, elak berbincang atau bersua muka pun tidak mahu. jikalau saya mengemukakan ke mahkamah syariah yang wali sya enggan menikahkan saya, alamtnya, perang besar akan berlaku. dan mereka lagi marah dan tidak mahu terima saya.apa perlu saya buat,? saya seolah olah tersepit...maka, jalan penyelesaian saya fikir, untuk mengelakkan pergaduhan, tambahan saya juga ingin tenang dan focus pada hidup dan target saya.. saya hanya tinggal pilihan untuk bernikah di siam.
Thank you for the info.. Nak tanya pasal prosedure wali enggan. Ibu bapa bakal pengantin perempuan dah bercerai. Si ayah tidak mahu mewalikan anak nya dengan alasan dia pernah berkata yang dia tidak akan jejak kaki ke rumah tempat pengantin perempuan akan dinikahkan. Si ibu pula mahu majlis tersebut diadakan di rumah. Si ayah juga bersetuju menyerahkan kuasa wali pada abang lelaki bakal pengantin tersebut atau berwalikan hakim..Adakah alasan ni boleh di katakan syarie atau tidak?
Post a Comment