Friday, December 11, 2009

Tragedi Nikah Empat Jam...

Aku rasa by now dah ramai yang tengok news dan baca paper online berkaitan tragedi yang berlaku di Perlis siang tadi...

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Apsah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.




Aku amat terasa dengan tragedi tu...mangsa yang terkorban semuanya jiran aku dulu masa aku tinggal di Taman Melati Indah, Beseri...rumah aku sebelah rumah Allahyarham Abdul Kadir tu...

Lepas waktu solat Jumaat tadi, aku terbaca Mutakhir Berita Harian tentang tragedi yang mengorbankan empat nyawa termasuk seorang pengantin yang baru bernikah di Jalan Kangar-Padang Besar...aku terus bagitau isteri, betapa kesian nasib mereka...masa tu belum disiarkan nama yang terkorban...

Lewat petang aku dapat call dari seorang jiran jugak kat situ dulu, dia menangis bagitau Abang Kadir meninggal dunia...macam tak percaya, aku ulang ayat kata dia nak kenduri kahwin anak dia Ahad (13/12) ni...Pemanggil bagitau aku suruh datang rumah mayat sekarang...

Sambil isteri dan anak-anak siap, aku telefon seorang jiran lagi nak tanya sahih...Aku call Abang Musa...suara Abang Musa sedih bagitau aku.."Bukan Kadir sorang Azhar...anak kami pun ada sama.."...aku macam tergamam...kami terus pi rumah mayat..

Bila sampai kat situ, aku tegur dua tiga orang, tetiba wife aku terus menangis...baru kami dapat tau jumlah yang terkorban dan sapa yang terkorban...Abang Kadir, Kak Apsah isterinya, Arif anaknya (pengantin) dan Mat Farhan, anak Musa jiran depan rumah diorang...sedih tak tau nak cakap masa tu..

Then diorang panggil aku dan family masuk...rupanya jenazah Abang Kadir dah dikafankan..aku bawak anak-anak pi depan jenazah dan ajar diorang sedekahkan Al-Fatihah...

Then kami ke sebelah dalam lagi, baru nampak Abang Musa dan Kak Noriah isteri dia...lepas ucapkan takziah dan console diorang, nampak pulak Hafiz anak kedua Abang Kadir..Hafiz doktor kat Hospital Tuanku Fauziah ni...Hafiz peluk aku menangis kuat...then jumpa Azli anak sulung diorang...

Keluarga kami dan keluarga Abang Kadir dan Musa memang rapat...sangat rapat..

Walaupun aku dah tak duk kat Taman Melati Indah lagi, tapi saling menghubungi dan mengunjungi...

Antara kenangan paling kuat sekali ialah masa tragedi yang menimpa aku dan Adam, masa tu sliding door pecah, kena muka anak aku...Abang Kadir yang drive kami ke hospital...dan jiran-jiran bersihkan kaca dan darah sampaikan bila aku balik je dah clear dan bersih...

Sama jugak tadi..waktu keluarga Abang Kadir dan keluarga Musa sibuk di rumah mayat, jiran-jiran kawasan tu take the liberty untuk arrange rumah kedua-dua keluarga tu, untuk persiapan bawak balik jenazah...siap pasang spotlight sebab dah tahu malam baru akan balik...aku amat respect kejiranan situ...

Allahyarham Arif, anak bongsu Abang Kadir baru saja balik dari UK..dan Abang Kadir dan Kak Apsah sendiri baru balik dari konvo Arif kat sana...teringat lagi masa aku pi tu lagi seminggu Abang Kadir nak pi London...dia dok bagitau rezeki dapat pi sana tengok anak...dan dia bagitau aku bila balik nanti dia nak nikahkan Arif..memang stail dia tak suka anak-anak usung kawan pompuan lama-lama katanya, baik bagi nikah...Arif pulak sepatutnya lapor diri 1 Disember sebagai tenaga pengajar kat UiTM, tapi minta tangguh 15 Disember sebab kahwin...dan Arif ni yang paling rapat dengan kami, sebab waktu kami berjiran tu, dia selalu bawak balik anak aku Adam ke rumah...masa tu dia sekolah lagi...

Allahyarham Muhd Farhan, kami panggil Mat Farhan pulak anak bongsu Abang Musa dan Kak Noriah...abang Musa anggota Polis dan Kak Noriah kerani sekolah...baru tahun ni Kak Noriah kena tukar ke Selangor, jadi Mat Farhan duk rumah dengan ayah dia berdua...sejak kecik memang samada anak aku bertandang rumah dia atau dia bertandang rumah kami...

Tadi suasana kejiranan yang meriah jadi sayu...ramai orang berkunjung tadi...dan jiran-jiran situ yang amat prihatin dah siapkan rumah kedua-kedua keluarga mangsa...terang benderang...rumah diorang pun dibuka supaya tetamu ada tempat duduk...kerusi penuh di keluarkan...siap ada sapa tak tau dah keluarkan tong air, bancuh air oren untuk tetamu minum...

Dan hampir kesemua jiran tadi masih dalam keadaan termangu...tak cakap banyak pasal masing-masing masih susah nak swallow kejadian yang berlaku mengakibatkan kehilangan empat orang jiran serentak...

Kematian memang boleh diterima, tapi tragedi tu yang agak sukar...sebab Abang Kadir memang terkenal berhemah di jalan raya...itu lah kan, kalau dah ajal, tak siapa boleh halang...

Pilu bila teringat ayat Abang Kadir waktu dia call aku jemput kenduri..."Abang Kadir jemput siap-siap pakai telefon ni, kot-kot tak dan jumpa Azhar.."...

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita bakal kembali...

Semoga roh mereka berempat ditempatkan Allah bersama kalangan para solihin...kepada isteri Arif, semoga tabah menghadapi dugaan ni...setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi...

Kepada pembaca blog yang budiman, sudilah kiranya kita pakat sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mereka yang terkorban tadi, Abdul Kadir Awang, Apsah Osman, Muhd Arif dan Mohd Farhan Musa....


24 comments:

shahadan said...

yg pergi ttp pergi... yg hidup nih kena teruskan perjuangan...

zaman Rasullullah pn ade gak camni, br jerk langsung perkahwinan, time tuh gak kebetulan ade peperangan, pengantin lelaki nih trus sambut seruan jihad bersama rasullullah, xdan nk merasa mlm pertama, trus pergi berperang bersama Rasullullah, akhirnye si pengantin lelaki ni pun syahid...

insyaAllah ade hikmah yg tersembunyi nih... hanya Allah SWT shj yg tau...

myQza said...

Allahuakbar..

Kadangkala, kita begitu mudah minta orang bersabar atas menghadapai satu kehilangan. Tapi mereka yang menanggung sahaj yg tahu berat beban yang di pikul.

Al-Fatihah untuk mereka.

Takziah untuk keluarga...

*salam bro.. terjun dari blog SAK

Anonymous said...

meremang bulu roma membaca kisah keluarga ini...saya juga bakal menjadi pengantin tidak lama lagi,namun dugaan terhadap kelurga ini maha hebat ,saya sendiri mugkin tidak mampu menanggungnya ...

Terima kasih bro..kisah ini benar2 menyedarkan saya ,bahwa dugaan yg saya tempuhi tidakklah seteruk mana berbanding kelurga mangsa dan Teh Afifah.

Al-Fatihah.

umi_e said...

Al-fatihah...

Memang tragis dan menyedihkan... saya yang hanya membaca dan mendengar berita juga terasa kesedihan dan kesayuan... apa lagi mereka yang menghadapinya...

semoga keluarga arwah semua akan terus tabah...

ihsan_huhu said...

bagus la diorg diingati sbg org baik2
alfatihah

white rose said...

salam en.azhar...
sy singgah baca sebentar cerita ni...maaf ye...

masya'Allah...Allah telah pun sempurnakan hajat mereka sblm mereka diambil semulaa...hnya Allah yg mengetahui apa yg DIA tlh tetap...

bila DIA berkata "kun faya kun", maka jadilah dgn kehendakNYA...

smoga Allah merahmati & menenmpatkan mereka bersama2 dgn org2 yg beriman...

yg masih hdup masih pnjg perjalanan kta...

ASH said...

Salam,
Al fatihah..untuk semua mangsa.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

salam..

takziah buat mereka sekeluarga
baru dgr cerita ni dari family pagi tadi.. sayu hati dgr.. harap wife pada allahyarham ariff tabah dgn ujian ini..

fateh saleh said...

kawan kami tu di nottingham dulu

[z@ck] said...

salam..
sy junior abg ariff dekat MRSM Langkawi dulu..
terkejut sgt2 bila dpt tau arwah yg accident..

abg ariff dekat sekolah dulu mmg budak baik, siap jadi pres BWP lagi..pndai pn pndai..

tp umur x pnjng..moga roh mereka sekeluarga di tempatkan dikalangan org2 beriman..amin

Sembrol said...

innalillahiwainnailaihirojiun......

Aku yang tak kenal diorang pun sebak giler baca kisah diorang. Bila fikir balik, Rasa bersyukur tuhan panjangkan umur aku sempat kahwin dan beranak. Semoga diorang ditempatkan dalam golongan orang yang baik2. Al-Fatihah.

www.80an.blogspot.com

joegrimjow said...

arif tu blajar kat nottingham kan?
macam kenal..

speechless...
al-fatihah kepada keluarga mangsa

Unknown said...

Dian masih x dapat terima lagi semua ni, Cik Azhar. Bila teringat, sebak. Depa dah mcm family Dian, terutama Ann. Teringat kata2 Abang, lepas ni nak lepak dengan sapa, Ann dah xda...

ILA HonEyBuNNy said...

al-fatihah...

Siti said...
This comment has been removed by the author.
Jalaks said...

Bile baca memen tekejut sbb Paksu kenal dioang..

betul lah..

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita bakal kembali...

Semoga mereka tergolong dalam orang-orang yang soleh..insyaAllah..

teharu memen baca..

Nurul Farhana said...

semoga Allah tempatkan mereka di kalangan golongan org-org yg beriman. terima kasih cik Azhar. kehilangan adik, sgt lah dirasai satu family, lebih-lebih lagi ayah. kakak doa, ayah dapat sabar dan tabah utk teruskan kehidupan. amin.

yana lyana said...

memang mengharukan.
al-fatihah..

Dak Wan® said...

Innalillahhiwainalilahhirajiuun...

Semoga roh mereka tenang dan diberkati Allah...

Al-Fatihah.

Nurulhuda|Adlie said...

im bride to be blogger, saya baca berita ni from a very close friend to teh's sister, bride to be blogger juga yang bakal berkahwin minggu ini, rasa sangat sangat terkejut, walaupun tak mengenali pengantin dengan dekat tapi dugaan yang Allah turunkan pada mereka sangat meruntun jiwa saya, sedikit sebanyak saya faham perasaan seorang pengantin perempuan yang mengharapkan permulaan hidup yang baru bersama suami, memang sudah tertulis pengantin lelaki adalah jodoh hidup dan mati teh..

takziah, hanya dapat sedekahkan al-fatihah buat semua arwah.. semoga teh dan keluarga farhan tabah..

nur_islam said...

Assalamu'alaikum...

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Ariff dan keluarga serta sahabatnya.

Ana sendiri terasa amat pilu apabila membaca cerita ini walaupun tdk mgenali Allahyarham atau isterinya. Apatah lagi keluarganya terutama sekali isterinya Teh Afifah.

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kpd Teh Afifah utk mharungi ujian ini.

Utk kita juga ambil lah ibrah dari kisah ini.

Skrg masa terlalu pantas berlalu dan sesunggunya maut semakin mendekati kita.

Kembali kpd Al-Quran dan Sunnah. Bykkan amal ibadat utk bekalan akhirat.

Hapuskan penyakit Wahn iaitu penyakit cinta dunia dan takut mati.

Tepuk dada tanya iman. Adakah kita sudah bersedia utk menemui Khalid kita?

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" - Surah Al-'Ankabuut ayat 64

The Bismarck said...

al fatihah buat mereka semua..

sy mengalir air mata bl bc n dgr berita ni kt tv n media massa..

buat saudari teh..
bersabar byk2..
dugaan dan cabarn buat anda..

azieazah said...

Salam...
(salam perkenalan Azhar)

Tumpang sedih dan sayu dengan berita kematian mereka ni..

Takziah kepada seluruh warga keluarga, saudaramara, rakan taulan..

*Kurang sesuai Kak Azie nak bertanya banyak di entri ni...
lain kali, ada benda lagi nak sembang..

MiLLaFirDauZ said...

alfatihah... moga adik Teh tabah n kuat hadapi ketentuanNya...