Gambar Hiasan
Tengok tajuk atas tu, aku bukan ulamak.
Aku akui yang ilmu agama aku tak tinggi...aku hanya ada Degree cabok dalam Bahasa Arab (Linguistic & Literature) dan Pengajian Islam...tak sampai ke PhD, Pengkhususan Hadis, Sabatikal sana-sini,Berpuluh tesis dan kajian...tiada..aku tak de semua tu...
Jadi aku tak mampu nak menulis dengan penuh lenggok bahasa dan dalil di setiap perenggan...
TAPI
Aku tak sanggup gadaikan akidah anak bangsa aku...
Dalam begitu ramai pihak yang menentang keputusan Mahkamah Tinggi tu, ada golongan hebat dalam agama bertindak mengatakan bahawa buat apa kita nak gaduh2 pasal nama Allah sedangkan kita selama ni tak sibuk pun nak selamatkan akidah anak-anak Melayu...
Ok aku mengaku memang betul la apa awak kata tu...
Setiap sambutan tahun baru kita tengok masih sama kadar maksiat dan dosa yang berlaku...
Setiap kali Merdeka, sama jugak setiap tahun apa yang berlaku...
Cuma aku nak tanya...Apa yang awak buat untuk kukuhkan akidah anak Melayu kita tu?Setakat sembang nak tunjuk hebat masa orang semua menuju satu arah dan awak nak kata bahawa awak paling hebat??
Awak tahu tak...perjuangan umat Islam Malaysia yang tidak berilmu tinggi seperti awak tu pada hari ini bukan untuk hari ini...tapi untuk satu masa yang awak pun mungkin dah tak dak kat muka bumi ni...
Kalau hari ini Herald boleh mula mencetak penerbitan versi Bahasa Melayu mereka dengan menggunakan kalimah Allah menggantikan Tuhan...maka tak mustahil setiap penerbitan tu akan masuk ke ruang rumah kita...samada bercetak melalui peti surat rumah masing-masing, diselit kan kat wiper kereta di pusat membeli belah...ataupun soft copy melalui laman web, forward email, laman forum dan sebagainya...
Semua yang mendambakan memberi asuhan didikan dan asas agama yang kuat kepada anak-anak harus tahu bahawa setiap dakyah dilakukan dengan teliti..bukan dia datang depan awak dan cakap "Encik, saya nak ajak anak encik masuk Kristian,"...ingat dia bodoh sangat
Awak boleh sekat semua tu?
Kalau awak boleh, tahniah...dan awak teruskan dengan fahaman awak bahawa tak perlu nak pertikai masalah penggunaan nama Allah tu...
Tapi saya (dan kami) rasa sukar nak bendung, walaupun kami akan berusaha sedaya upaya kami membendungnya...jadi kami tak mahu menyediakan satu ruang yang kecil sekalipun untuk mereka berupaya mencucuk jarum kepada anak bangsa kami...
Jadi silakan lah berjuang atas apa yang anda perjuangkan...mesti masuk paper, front page...kalau nak masuk TV3 boleh bagitau, saya ada kawan baik kat Johor, nanti dia shoot awak masuk TV3...perjuangan kami tak perlu masuk paper atau TV...perjuangan kami ikhlas untuk anak bangsa kami demi Islam...
You know me, I know you...and I know your story...
Maaf ye para readers sekelian..terasa nak marah pulak dengan manusia perasan best macam ni...apa nak dikata...
2 comments:
Assalamualaikum Azhar,
Seperti kamu, Mak Cik pun marah juga pada Ularmak yang konon sahaja tinggi Ilmu, kuat Iman di dada dan memperjuangkan Islam.
Kalau Kalimah Allah pun tak boleh diperjuang dan dipertahan, bagaimana nak jadi pejuang Islam? Dengkel sungguh permikiran mereka. Lurus bendol tak bertempat, tak boleh baca dan rasa MOTIF pada mahunya mereka beriya-iya pada Kalimah suci Allah. Tiba-tiba kemaruk sangat. Sampai bawa ke Mahkamah.
Ada sesuatu yang tak kena, yang tersirat pada permintaan mereka tu, hati hatilah.
Salam...
kali ini bukan lagi "apa nak dikata"... tapi ada banyak yang hendak dikata... dan perlu dikata...
Post a Comment