Wednesday, January 6, 2010

Antara Tandas, Tandas dan Tandas...

Petang tadi anak aku Adam bawak buku latihan dan tanya.."Kita ada Kamus Dewan tak Baba?"..aku cakap tak de, nak buat apa...rupanya dia ada homework Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia sekarang nih?)..ada beberapa perkataan cikgu dia bagi dan perkataan tu ada lebih dari satu makna dan dia kena buat ayat membezakan makna tersebut...(ayat aku pun dah macam subjek BM..)

So aku kata, rileks...kita guna internet...aku pernah buka laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dulu dan tahu ada khidmat kamus Dewan online...


Korang nampak yang bertanda bulat merah tu...haa...kalau nak cari kamus klik situ la...bagus website ni, aku puji dan salute DBP dalam hal ni...

So aku pun bantu la anak aku..wife aku pun ada dekat situ...

Mana-mana perkataan yang mudah terus wife aku terangkan aje...antaranya 'hampa' (kecewa/hampa padi), 'jarang' (renggang/kadang-kadang) dan beberapa lagi...

Perkataan last tu kami pelik...'TANDAS'...

Betul..dan kami gelak sebab ingat kan cikgu salah bagi...

Adam marah dan kata cikgu memang dah cakap semua perkataan tu ada lebih dari satu makna...

Ok-ok...jangan gaduh-gaduh...aku pun taip 'tandas' kat keyword search tu...


Korang boleh klik gambar tu untuk besarkan dan tengok hasilnya...kalau tak puas hati jugak korang pergi sendiri laman tu semak...

Rupanya 'tandas' ada banyak makna...antaranya habis licin, tegas, potong (penggal kepala), dan ada satu dua lagi yang berkaitan...

Sungguh aku tak sangka...rupanya setelah 37 tahun aku hidup di muka bumi ni baru aku tau bahawa tandas yang selalu aku masuk tu ada maksud lain...ish ish...

Aku cuba buat ayat..:

" Setelah tandas semua makanan tersebut, Ah Seng bertandas mahu ke tandas, tetapi di pintu tandas beliau bertengkar kerana penjaga tandas bertandas tidak ada wang kecil untuk beliau."

Ok tak...hehe...tak paham?Pegi buka cari maknanya...

Jadi jangan pelik kalau bila dah umur banyak baru kita nak belajar satu perkara baru...dan belajar tu pulak dari anak, kalau tak kerana dia tanya takde la sesaje aku nak search makna tandas kan...

Jadi jangan lupa, tandaskan makanan di dalam pinggan...pergi tandas...dan tandaskan pendirian anda...hehe..apa nak dikata...

8 comments:

Amak Kongsi said...

yes uncle, tandas sangat penting untuk kita semua...

Jalaks said...

jom kita menandas..sumpah memen teperanjat tengok meaning tandas tuh..nape kite tak didedahkan dari dulu..agagaga..

kalu tandas tu tukar jamban?

setelah jamban makanan tersebut,ah seng bejamban mahu ke jamban..bla ..nbla..

tak leh blah..hahaha

penyapubaru said...

bagus uncle, sesama la kita belajar...
belilah kamus besta..ade muka dr fazley *iklan tidak berbayar..ahaks

WAN ZUHA ISHAK said...

huhuhu... memang tak penah tau pun tandas ada banyak makna. yang tau tandas tu tempat org memerut. hahahaha.

terimas kasih bro share info =)

azieazah said...

Salam. Terimakasih berkongsi pengalaman dan ilmu.

Memang laman kamus DBP tu juga menjadi kamus segera bagi saya.

Jika inginkan lagi juga boleh lihat di web ini:

http://prpm.dbp.gov.my/

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Web ni pun sangat best untuk dirujuk...

Che' Pit said...

salam ziarah..

hmm x tau pun tandas tu ada banyak makna lain, huhu..

Solehah Muhammad said...

hebat! hehee

Ayah said...

Setelah tandas semua makanan tersebut, Ah Seng bertandas mahu ke tandas, tetapi di pintu tandas beliau bertengkar kerana penjaga tandas bertandas tidak ada wang kecil untuk beliau.

sambung : -

Ah Seng menjadi marah lalu menandas kepala penjaga tandas tersebut ... ok dak?