Wednesday, January 20, 2010

Siapa Kata Tiada Larangan Dalam Al-Quran..??!!??

Kembali sekali lagi bercakap tentang konflik penggunaan kalimah Allah bagi menterjemahkan kalimah God oleh Herald:The Catholic Weekly...

Sekarang ni, umat Islam di Malaysia rata-rata terbahagi kepada dua kelompok :

1. Kelompok yang mengatakan bahawa penggunaan nama Allah oleh bukan Islam TIDAK BOLEH...ini ramai dan hujah pihak ini dah ramai yang bercakap dan tulis, boleh baca merata-rata...

2. Kelompok yang mengatakan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam BOLEH...kelompok ini ditunjangi oleh golongan agamawan yang arif selok belok Islam berdasarkan hujah mereka...

Ok, kali ni aku nak mengajak kita semua untuk merenung...sebenarnya kedua-dua pendapat kelompok ini perlu kita satukan dan bentuk satu ketetapan yang sebenar, berdasarkan hujah dari Al-Quran itu sendiri...

Aku akan menulis dalam bentuk point supaya nampak jelas apa yang nak aku suarakan...

1. Kelompok yang mengatakan TIDAK BOLEH berhujah dengan mengatakan bahawa kalimah Allah amat suci dan hanya boleh digunakan oleh Islam...hujah mereka disanggah oleh kelompok BOLEH dengan mengutarakan ayat Al-Quran Surah Luqman ayat 31:

وَلَئِن سَأَلتَهُم مَن خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ لَيَقولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلِ الحَمدُ لِلَّهِ ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ

yang bermaksud :

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


2. Aku nak bantah hujah pihak BOLEH, yang mengatakan tidak ada sebarang larangan di dalam Al-Quran supaya bukan Islam, khususnya Kristian tidak boleh menggunakan kalimah Allah...

SIAPA KATA TAK ADA LARANGAN DI DALAM AL-QURAN????

Di dalam Al-Quran ada ayat yang terang melarang mereka, khususnya Kristian menyebut kalimah Allah..jom tengok...

Surah An-Nisa', Ayat ke 171 :

يا أَهلَ الكِتابِ لا تَغلوا في دينِكُم وَلا تَقولوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الحَقَّ ۚ إِنَّمَا المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ رَسولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلقاها إِلىٰ مَريَمَ وَروحٌ مِنهُ ۖ فَآمِنوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلا تَقولوا ثَلاثَةٌ ۚ انتَهوا خَيرًا لَكُم ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلٰهٌ واحِدٌ ۖ سُبحانَهُ أَن يَكونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ وَكَفىٰ بِاللَّهِ وَكيلًا

Maksudnya :

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas di dalam agama kamu,dan janganlah kamu mengatakan kepada Allah kecuali perkara yang benar. Sesungguhnya Al-Maseeh, Isa anak Maryam itu ialah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Allah itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.

Ok, sekarang kita go through satu persatu nas dan terjemahan ayat di atas tu...

Ayat ini turun ketika Rasulullah SAW berdebat dengan pihak Nasrani (Kristian la tu)...pihak Nasrani mengatakan konsep trinity, sebab mereka kata dalam Al-Quran Allah banyak menggunakan kalimah نحن (nahnu) yang bermaksud Kami...maka diorang kata konsep trinity tu betul sebab kami bermaksud ramai (lebih dari satu)...

Akhirnya Allah menurunkan ayat ini menjawab mereka...

Mula-mula Allah bagi peringatan kepada mereka supaya tidak melampaui batasan dalam agama mereka...

Kemudian Allah menerangkan siapa itu Al-Maseeh, iaitu Isa anak Maryam, bukannya Isa anak Allah, wal'iya zu billah...Allah terangkan kejadian Isa A.S...

Seterusnya Allah memberi peringatan dan arahan supaya mereka beriman dengan Allah dan para Rasulnya, termasuk Isa A.S...

Kemudian Allah melarang mereka dari mengatakan Allah itu tiga, seperti konsep trinity dengan menggunakan perkataan إنتهو bermaksud BERHENTILAH, kalimah suruhan tegas atau disebut dalam kaedah nahu sebagai فعل أمر yang bermaksud suruhan atau larangan tegas..

Dari sini jelas bahawa Allah melarang mereka (Nasrani ataupun Kristian) menyebut nama Allah dengan bermaksud trinity...Allah jelaskan dengan nyata, BERHENTI LAH dari menyebut Allah itu tiga...

Jika kita mengatakan tidak ada nas dari Al-Quran melarang mereka menyebut nama Allah, di mana kita nak letak ayat ini? Dimana kita nak letak perdebatan Rasulullah SAW dengan puak Nasrani?

Ok, sekarang bagaimana pula dengan hujah pihak tadi yang mengatakan boleh berdasarkan ayat 31 Surah Luqman tadi?

Jawapannya ya, tidak ada halangan untuk mereka menyebut nama Allah sekiranya ia tidak berkaitan dengan akidah dan kepercayaan mereka.

Larangan Allah tadi di dalam Surah An-Nisa adalah larangan mereka menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada trinity, tetapi apabila merujuk kepada Pencipta alam di dalam Surah Luqman, mereka boleh menyebut Allah...

Dari sini kita boleh buat satu kesimpulan, bahawa pendapat kita sekarang adalah mereka boleh menyebut nama Allah sekiranya tidak merujuk kepada kepercayaan agama mereka...contohnya seorang Kristian mendoakan seorang Muslim yang sakit, "semoga Allah sembuhkan kamu segera.."...ini boleh...(contoh ini saya ambil dari status Facebook seorang ulamak yang membolehkan penggunaan kalimah Allah pada bukan Islam secara mutlak, dan berniat mempermainkan golongan yang menentang)...

Berbanding sekiranya dia berkata.."Sesunggunhnya Allah amat menyayangi kita, maka diutusnya anakNya sendiri untuk memimpin kita"...maka ini tidak boleh...

Wallahua'alam...saya bukan pakar hadis seperti tokoh hebat lain, tetapi saya mengkaji dan membandingkan nas-nas yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis...apa nak dikata...

p/s: Maaf kerana teks Al-Quran tidak dapat saya paste dalam bentuk yang lebih baik berikutan mutu internet yang agak kurang memuaskan...tapi anda boleh dapatkan dengan lebih jelas di SINI...

dan InsyaAllah, selepas ini saya akan menulis tentang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian di negara Arab...ianya buka terjemahan Tuhan/God, tetapi merupakan dialek atau lahjah bangsa Arab sendiri...


3 comments:

Desert Rose said...

Very well said.

My understanding, awat dok seksa sngt depa nak digest benda ni (dlm context Herald Tribune)...I hope those yg sokong penggunaan nama Allah dlm agama lain tu jawab soalan ni

1. Why at the first place do they need to have their publication in Malay?? Saper target reader???

kalaupun tak mau rujuk Al Quran awat tak mau refer to Federal Consti

Article 11 kata, "Though Islam is the religion of the Federation, provides that every person has the right to profess and practice his own religion. Every person has the right to propagate his religion, but state law and, in respect of the Federal Territory, federal law may control or restrict the propagation of any religion, doctrine or belief among persons professing the Muslim religion.

(tak reti nak hilight la plak) it does mentioned that Federal Law n State law may control or restrict the propagation of any religion to Muslims. So the Govt acted accordingly with the said Article when preventing Herald from using the word Allah in their Malay publication, beacause of its shadowy aim n goal, fir the purpose of Article 11.Byright I think The shouldnt have let them even to have the Malay Publication at all.
If they meant for it to be for the Sabahan, well by all means have it in bahasa Dusun ka Bajau ka pa la. And all this while depa dok baca dlm bahasa apa?? Elok ya paham.

Or the Govt fail dlm hujah2 nak membuktikan yg tindakan pengharaman tersebut adalah perlu with regard of prevention the propagation of Christianity to Muslims as provided in Article 11 tu kot....judging from track record DPP yg asyik kalah kes, well I think it speaks for itself.

2. Kalau nak sangat pun buat, dlm dictionary English -Malay yang mana yg sebut God = Allah? Sila belajar Bahasa Malaysia dulu okay

On the other hand, I tak heran sngt kat Herald tu der, tapi lagi melugai dgn umat Islam sendiri yg bermati-matian mempertahankan teory jahiliyah tu.

Dunia Akhir zaman...

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Terima Kasih atas huraian panjang lebar akan perkara ini. Harap SEMUA akan lebih faham lagi dalam isu ini.

Unknown said...

Penggunaan istilah khusus dalam Al-Quran seperti nama Allah, semestinya merujuk kpd takrifnya dalam Al-Quran.

Surah Luqman adalah surah dalam al-Quran, bukan surah dalam bible!.

Tiada makna ianya dibaca merujuk definasi Tuhan dalam bible.

kalangan umat islam yg berkempen bagi pihak kristian menyekutu Allah, sepatutnya bertaubat dan berhenti kerja sia2 mereka