Monday, December 10, 2012

Palestin vs Israel : Jihad atau Bukan Jihad?

Mungkin agak terlambat aku bagi reaksi berhubung kenyataan seorang ustaz pendakwah yang menyatakan tiada jihad di bumi Palestin, rakyat Palestin mesti berhijrah, tindakan memboikot adalah kurang bijak dan beberapa kenyataan lain mengenai perjuangan Palestin menentang Zionis.

Tapi lambat ke awal ke, aku tetap nak tulis sebab sejak mula aku dengar pendapat tu, aku rasa nak jawab sangat sangat tapi tak sempat...

Oh, kalau yang masih belum tau siapa empunya pendapat tersebut, pergi la cari kat dunia maya ni ye...mesti jumpa...hehe...

Sebelum korang baca ni, ada beberapa reminder aku nak letak :

1. Aku tak berniat menyanggah pendapat sesapa dan aku tak mau berbalah.

2. Aku bukan tahap Ulamak.Penulisan di bawah hanya berdasarkan pencarian ilmu saja.

3. Terpulang untuk semua memilih menyokong pendapat sesapa jugak pun.Aku tak paksa.

-------------------------------

Aku bahagikan kepada 3 segmen.

Segmen 1 : Adakah perjuangan di Palestin di kira sebagai Jihad?

Mengikut pandangan ustaz itu, tidak dikira sebagai Jihad. Menurut beliau Jihad memerlukan jumlah tentera Islam tidak kurang dari separuh jumlah tentera Kafir. Beliau bagi ayat 66 Surah Al-Anfaal :
الْآنَ خَفَّفَ اللَّـهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Bermaksud :
 Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar. 
Jawapan aku :

Kenapa tidak kita lihat pada ayat sebelumnya, ayat 65 Surah Al-Anfaal :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Bermaksud :

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
Ayat 66, seperti kata Ustaz tersebut, Allah meletakkan nisbah 1:2 untuk tentera Islam menentang musuh mereka, manakala ayat 65, Allah meletakkan nisbah 1:10.

Ini jelas menunjukkan bahawa, bukan arahan dari Allah SWT untuk kita berperang menggunakan nisbah angka tersebut, tetapi untuk tentera Islam berjaya menumpaskan tentera musuh dengan nisbah tersebut. Maknanya, dengan perancangan yang teliti dan bijak, tidak mustahil untuk seorang tentera Islam menumpaskan dua orang musuh Islam di dalam ayat 66 tersebut. Bukan satu lawan dua, tetapi satu mengalahkan dua.

Ini di buktikan oleh Sirah Rasulullah SAW di dalam peperangan yang disertai oleh Baginda SAW dan para Sahabat Radiyallahu Anhum.
Peperangan Badar Al-Kubra - 313 tentera Islam menentang 1000 Kafir Quraisy
Peperangan Uhud                  - 700 tentera Islam menentang 3000 Musyrikin Mekkah
Peperangan Khandaq            - 3000 tentera Islam menentang 10,000 gabungan tentera Ahzab
Peperangan Mu'tah                - 3000 tentera Islam menentang 200,000 tentera Rome
Adakah kita nak menidakkan kesemua peperangan di atas sebagai bukan Jihad berdasarkan hujah Ustaz tersebut?

As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz di dalam fatwa beliau telah menyatakan bahawa perjuangan umat Islam Palestin menentang Zionis Israel adalah satu Jihad Islami yang mesti disokong oleh semua negara Islam. Perjuangan mereka, menurut beliau, ialah untuk mempertahankan Agama Islam, mempertahankan diri mereka, mempertahankan keluarga dan anak-anak mereka dan mengusir keluar musuh Islam yang menjajah negara dan bumi mereka dan mereka adalah mangsa kezaliman Yahudi Zionis. Beliau turut menyertakan dalil, antaranya ayat 123 Surah At-Taubah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya). 
Berikut ini ialah petikan fatwa Bin Baz di dalam Bahasa Arab. Rujuk SINI.
لقد ثبت لدينا بشهادة العدول الثقات أن الانتفاضة الفلسطينية والقائمين بها من خواص المسلمين هناك وأن جهادهم إسلامي؛ لأنهم مظلومون من اليهود؛ ولأن الواجب عليهم الدفاع عن دينهم وأنفسهم وأهليهم وأولادهم وإخراج عدوهم من أرضهم بكل ما استطاعوا من قوة. 
وقد أخبرنا الثقات الذين خالطوهم في جهادهم وشاركوهم في ذلك عن حماسهم الإسلامي وحرصهم على تطبيق الشريعة الإسلامية فيما بينهم، فالواجب على الدول الإسلامية وعلى بقية المسلمين تأييدهم ودعمهم ليتخلصوا من عدوهم وليرجعوا إلى بلادهم عملا بقول الله عز وجل: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قَاتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُمْ مِنَ الْكُفَّارِ وَلْيَجِدُوا فِيكُمْ غِلْظَةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ}

Segmen 2 : Perlukah Umat Islam Palestin berhijrah keluar dari bumi mereka?

Menurut Ustaz tersebut, apabila tiada Jihad, maka pilihan yang ada untuk umat Islam Palestin ialah berhijrah keluar dari bumi Palestin ke negara-negara Islam lain. Beliau memberi contoh Rasulullah SAW dan para Sahabat yang berhijrah keluar dari Mekkah Al-Mukarramah menuju Madinah Al-Munawwarah kerana tidak dibenarkan oleh Allah SWT pada masa itu untuk berjihad peperangan.

Jawapan aku :

Pertama sekali kita perlu tahu apa definisi Hijrah di dalam Islam.

Hijrah, menurut kitab Misbahul Munir, ialah meninggalkan satu tempat (negara) ke tempat (negara) lain. Sekiranya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, ianya ialah Hijrah yang dibolehkan oleh Syarak, manakala Ustaz Sa'diy Abu Jaib di dalam Al-Qamus Al-Fiqhiy Lughatan wa Istilahan pula menambah, ianya ialah perpindahan dari Perkampungan (Negara) Kufur ke Perkampungan (Negara) Islam kerana takutkan fitnah atau ujian yang menimpa.

Kedua, kita tengok hukum Hijrah.

Hijrah pada asalnya ialah Harus. Sebab itu para Sahabat pernah berhijrah dua kali dari Mekkah ke Habsyah. Kemudian Rasulullah SAW mengepalai Hijrah ke Madinah, jugak hukumnya harus, bukan wajib.
Kemudian, setelah Baginda berada di Madinah, umat Islam yang tertinggal di Mekkah dianiayai dan ditekan, menyebabkan Hijrah menjadi Wajib hukumnya. Bahkan Allah SWT menjanjikan pelbagai ganjaran yang besar buat hambaNya yang berhijrah ketika itu.

Adakah wujud Hijrah selepas Pembukaan Kota Mekkah (Fathu Makkah)?

Terdapat dua hadis yang seolah-olah bercanggahan satu dengan yang lain. Hadis pertama yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, yang bermaksud :
Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda "Tiada Hijrah selepas Pembukaan Kota Mekkah, yang ada hanyalah Jihad dan Niat".
manakala hadis kedua yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud :
Dari Mu'awiyah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda "Tidak putus Hijrah kecuali apabila putusnya taubat, dan tidak putus taubat kecuali apabila matahari terbit dari sebelah Barat".

Para ulamak Ilmu Hadis telah berpendapat dengan tiga pendapat. Ada yang mengatakan tidak ada langsung Hijrah melainkan keluar untuk berperang atau menuntut ilmu. Ada pula yang mengatakan Hijrah yang dinafikan ialah Hijrah dari Mekkah ke Madinah setelah Pembukaan Kota Mekkah dan pendapat ketiga mengatakan Hijrah yang dimaksudkan di dalam hadis kedua ialah hijrah sikap atau perangai.

Kembali kepada isu Palestin, adakah perlu mereka berhijrah? Jawapan aku ialah TIDAK PERLU, malahan TIDAK BOLEH. Sebabnya :

1. Tidak ada sebab yang Syar'ie yang membolehkan Hijrah dilakukan. Umat Islam di Palestin tidak dihalang dari melakukan amalan Islam. Pencarian ilmu agama juga tidak sukar, malahan Ulamak dan Guru Agama masih ramai di bumi Palestin.

2. Kerajaan Palestin, yang berpusat di Gaza (Ghazzah) ialah Kerajaan Islam yang berlandaskan syariat Islam. Hijrah sepatutnya dari negara yang bukan Islam kepada negara Islam, bukan sebaliknya.

3. Yahudi, khusunya Zionis, sangat tinggi keazaman mereka untuk terus mengusir penduduk Islam di bumi Palestin sehingga habis semuanya keluar, bagi membolehkan mereka memiliki keseluruhan bumi suci itu.Boleh rujuk kepada beberapa perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini yang jelas mengusir penduduk Palestin.

4. Realiti semasa hari ini tidak memudahkan Hijrah. Keperluan kepada pasport, visa, pekerjaan, sumber pencarian untuk hidup dan sebagainya pasti akan lebih memberi tekanan kepada penduduk Palestin.

5. Palestin ialah bumi suci yang terdapat padanya Baitul Muqaddis yang merupakan salah satu dari tiga tempat yang disuruh umat Islam berusaha untuk mengunjunginya selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Menyuruh berhijrah keluar dari Palestin adalah seperti menyuruh berhijrah keluar dari bumi Mekkah dan Madinah.


Segmen 3 : Adakah tindakan boikot tidak menepati kehendak Al-Quran dan As-Sunnah?

Aku tak pasti apa Ustaz tu kata, tapi sesetengah pengikut beliau amat kritis terhadap tindakan memboikot sehingga ada yang mengatakan lari dari ajaran ahli Sunnah wal Jamaah.

Jawapan aku :

1. Ayat 59 dan 60 Surah Yusof :
وَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ قَالَ ائْتُونِي بِأَخٍ لَّكُم مِّنْ أَبِيكُمْ ۚ أَلَا تَرَوْنَ أَنِّي أُوفِي الْكَيْلَ وَأَنَا خَيْرُ الْمُنزِلِينَ ﴿٥٩ فَإِن لَّمْ تَأْتُونِي بِهِ فَلَا كَيْلَ لَكُمْ عِندِي وَلَا تَقْرَبُونِ
Bermaksud :
Dan ketika Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia:" (Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu? (59) Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak ada hak bagi kamu mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi". 

Pengajaran : Nabi Yusof A.S telah menghalang pemberian makanan kepada saudaranya dengan tujuan dapat berjumpa dengan ayahanda baginda. Tindakan menghalang makanan supaya dapat memenuhi hajat baginda ini adalah sebahagian usaha boikot.

2. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A :
Sesungguhnya telah berkata seseorang kepada Thumamah ibn Uthal selepas keislamannya, “Adakah kau telah disihir?” Lalu dia menjawab tidak. “Tetapi aku telah Islam dan mengikut agama yang dibawa Nabi Muhammad saw.” Lalu dia bersumpah, “Selepas ini tiada gandum dan hasil keluaran tempatku yang akan sampai kepadamu sehinggalah kau mengikut(agama) Nabi Muhammad.”
Pengajaran : Perbuatan Thumamah yang mengancam untuk menghentikan bekalan makanan adalah satu usaha boikot ekonomi yang akan pastinya melemahkan sumber kewangan musuh Islam.

Cukuplah satu dalil Al-Quran dan satu dalil Hadis aku bagi untuk usaha boikot ni.

Baiklah.

Apa implikasi bila kita kata tiada Jihad di Palestin?

Implikasinya besar. Bermakna, setiap usaha perjuangan mereka di bumi tanahair mereka yang terjajah itu adalah sia-sia. Setiap sumbangan yang umat Islam salurkan kepada saudara seagama kita di Palestin adalah sia-sia. Setiap jiwa, baik tua atau muda, wanita atau lelaki, kanak-kanak atau dewasa, yang mati mempertahankan tanahair mereka bukanlah syahid bahkan kematian biasa seperti kematian ketika kemalangan jalan raya di negara kita saja.

Besar kan.

Akhir kata, aku nak ajak kita semua, cuba renung situasi ini.

Negara kita sedang ditakluki oleh Zionis yang jumlah mereka melebihi dua kali ganda penduduk Islam Malaysia. Tiada Jihad. Jadi kita harus berhijrah keluar dari Malaysia. Harus meninggalkan Kuala Lumpur. Harus meninggalkan Petaling Jaya. Harus meninggalkan Sungai Kantan, Kajang. Harus meninggalkan semua kampung halaman kita. Andai kita berjuang mempertahankan bumi kita, kita bukan melaksanakan jihad bahkan kita engkar ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

Bayangkan situasi di atas. Apa agaknya reaksi kita andai kita dihadapkan dengan kenyataan di atas. Marah atau tidak? Bayangkan ayat yang sama kita persembahkan kepada saudara seagama kita di bumi Palestin. Apa agaknya reaksi mereka. Wallahua'alam. Apa nak dikata.


Azhar Abdullah
10 Disember 2012
Kuala Lumpur, Malaysia.

Monday, November 19, 2012

Qunut Nazilah : Jom..!!

Setakat entri ini ditulis, dah 84 orang syahid di Gaza akibat serangan Israel...

Boleh tengok senarai mereka yang gugur syahid, beserta usia diorang di SINI...

Yang terkini...


Apa yang boleh kita buat pada diorang?

Ya, doa.

Kita buat apa yang Rasulullah S.A.W. ajarkan...iaitu membaca Qunut Nazilah dalam setiap Solat Fardhu kita setiap hari...

Kalau korang Imam ke, Bilal ke, Tok Siak ke, Jawatankuasa Surau atau Masjid ke, JKKK ke...silalah laksanakan di surau dan masjid tentuan jugak secara berjemaah...Hatta Solat Jumaat pun bagus kalau kita buat Qunut Nazilah ni...

Doanya boleh kita baca seperti ni...





Terjemahannya :

"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Kalau tak hafal, baca lah doa yang boleh anda faham asalkan ianya untuk kebaikan umat Islam seluruhnya...


Fakta Qunut Nazilah :
-Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

-Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

-Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.

-Bacaan ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran." -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-


Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Dari Abi Hurairah RA beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.


Please pray for them...hanya itu yang mampu kita buat...



Thursday, November 15, 2012

Again It Happen...

Ya Allah....Bantulah Islam dan Umatnya...khususnya di Palestin dan Syria...

Tuesday, November 6, 2012

Nasib Si Playground...

Sebenarnya entri ni tak tau nak tuju kat siapa...pernah email aduan pasal playground kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, depa kata bukan bawah depa...bawah pemilik premis...jadi tulis dalam blog lah..hehe

Ok, sebagai seorang bapa yang prihatin, ehem, aku kengkadang bawak la jugak anak-anak aku ke playground. Sejak zaman Adam, Rayyan dan kini Zain, sejak dari Perlis sampai la ke Melaka...kami kerap jugak singgah playground. Ada yang outdoor, ada yang indoor, ada kat padang, ada tepi pantai, ada free, ada berbayar...macam macam la...

Agaknya memang menjadi tabiat kita di Malaysia ni kurang memberi perhatian kepada keadaan playground..asalkan ada je...

Nak salahkan pihak berwajib pun tak leh jugak...kengkadang salah pihak yang menggunakan kemudahan tu...

Berikut ada beberapa keping gambar yang aku ambik dari dua playground (dulu banyak tapi dah delete sebab nak save storage...hehe), satu di Alamanda Putrajaya dan satu lagi di Pantai Puteri, Melaka.

Lokasi : Pantai Puteri.
Keadaan berpasir dan banyak tiang struktur dah goyang sebab pasir pantai berubah bila kena hujan dan angin kuat.

Lokasi : Pantai Puteri
Budak slide,landing atas pasir..nasib lagi best kalau pasir tu basah...

Lokasi : Pantai Puteri

Lokasi : Pantai Puteri



Lokasi : Pantai Puteri
Bucu tajam akibat simen pecah.

Kesimpulannya, playground yang terlalu hampir dengan laut agak kurang sesuai, melainkan kena ada tapak yang kemas dan penuh ruang untuk budak berlari bermain...


Lokasi : Alamanda, Putrajaya
Kotor.

Lokasi : Alamanda, Putrajaya.
Merbahaya untuk kanak-kanak.

Lokasi : Alamanda, Putrajaya
Kalau budak baru pandai lari, sangat bahaya nih...

Lokasi : Alamanda, Putrajaya.
Slide basah bertakung air, pastu tempat landing pun penuh selut...


Lokasi : Alamanda, Putrajaya.
BONUS: Mat Bangla sedang berehat di atas playground. Kalau aku ada anak pompuan memang aku hambat Bangla tu...

Kesimpulannya, ingatkan dah Putrajaya mesti semua tip top la...rupanya tak jugakkkk...maklumlah, mana la ada anak Menteri ka, anak KSN ka, anak KSU ka yang nak main kat playground sini kannn...apa nak dikata...

Wednesday, October 3, 2012

Mampukah Kita..?



Sabtu yang lepas, awal pagi sebelum pukul 7, aku dan wife ditemani Zain dah pergi Pasar Melaka...sebab nak collect kek hantaran anak buah kawen dan beli fresh flowers...

On the way balik, macam biasa kena la singgah breakfast kat nasi lemak sedap yang ada kangkung rebus tuh...meleleh kalau teringat sambal dia...isk...

Macam biasa jugak, hujung minggu kedai tu memang akan penuh...nasib baik dapat table tak yah beratur...

Tengah makan tu, ada sorang budak muda ni galas beg besar, sambil tangan dia pegang dua bungkus kerepek, satu yang mcm bentuk pasta tu dan satu lagi kerepek bentuk keropok ikan biasa. Dia jual dari meja ke meja. Sampai je di meja kami, aku dengan sopannya bagitahu dia "Terima kasih ya.."..dan dia pun berlalu ke meja-meja lain.

Hampir semua meja yang dia pergi tapi takde satu bungkus pun yang berjaya dia jual. Sebab nya ialah keropok tu aku tahu, jenis pakai MSG..tu pasal aku tak beli sebab kalau dapat kat Zain, memang tak nak breakfast dah jawabnya...

Sudut kerusi aku duduk memang membolehkan aku tengok budak tu dari meja ke meja...sampai satu tahap, dia berdiri di satu tempat sambil menunggu pelanggan baru akan masuk ke gerai tu.

Aku kata kat wife aku, "Budak ni sekolah lagi ni. Kesian tengok."

Tak lama lepas tu dia lalu tepi meja kami, mungkin nak menuju ke belakang sikit menunggu orang masuk.

Wife aku panggil dia. Tanya dia sekolah lagi ka...dia jawab "Tingkatan dua".

Beberapa soalan lagi wife aku tanya, dok mana la apa la. Kemudian wife aku tanya dah sarapan belum, ajak dia duduk makan. Dengan penuh sopan dia jawab "Terima kasih, saya dah sarapan".

Dia jual kerepek tu sebab bantu mak dia. Ayah dah meninggal dunia. Hanya Sabtu dan Ahad dia jual tu. Maybe petang weekdays la kot.

Masa dia nak berlalu pegi, aku hulurkan RM10 kat wife suh bagi kat dia, sebab wife aku dok tepi laluan. Wife aku kata "Ni pakcik ni bagi buat belanja sekolah".

Tau apa dia buat?

Dia kemaskan genggaman tangan dia, tak nak terima duit tu langsung. Dia geleng-geleng kepala sambil kata dia tak boleh ambik duit ni kecuali pakcik beli keropok. Aku tanya berapa harga, dia kata "sebungkus RM5".

Dia nak letakkan dua bungkus, aku kata tak yah, anak pakcik tak makan ni. Dia memang keras dengan pegangan dia. Dia kata tak boleh jugak.

Last-last aku kata "Pakcik ambik satu je, yang lagi RM5 Pakcik sedekah kat awak, tolong lah."

Dia kata "Pakcik halalkan ke?"

Aku kata "Ya".

Dia kata "Terima kasih banyak pakcik, makcik. Saya doakan Pakcik dan Makcik akan dimurahkan rezeki dan selamat sentiasa"

On the spot kuah roti canai ada rasa masin sikit...aku kontrol je perasaan masa tu. Wife dah kesat mata.

Budak tu pun berlalu meneruskan apa yang dia perlu lakukan.

On the way balik rumah, wife aku menimbulkan beberapa persoalan yang aku rasa memang perlu aku, anak-anak dan kita semua renung bersama.

Andai kata anak-anak aku lah, ye lah, Adam tu setahun je muda dari budak tadi, mampu ke diorang untuk jadi setabah itu?

Mampu ke diorang untuk jadi manusia berprinsip sekuat itu?

Mampu kat diorang untuk memberikan reaksi mendoakan orang yang memberi hanya RM5 sahaja dalam hidup mereka sebegitu?

Aku tak yakin mereka mampu.

Berapa banyak yang aku dah jumpa, meminta tanpa berusaha langsung, apabila diberi pulak, langsung tidak menunjukkan rasa syukur pada Allah dan terima kasih pada makhluk yang memberi.

Budak tu mungkin telah diajar dan dilatih oleh ibunya supaya jangan ambik duit orang tanpa usaha. "Ingat nak, walau sebungkus keropok RM5 yang kamu jual, itu titik peluh kamu sendiri. Jangan meminta-minta tanpa usaha nak.." Mungkin itu ayat ibu beliau.

Dia mungkin miskin harta, dia mungkin kurang wang ringgit, dia jugak mungkin berpakaian tidak cantik...tetapi sebenarnya budak itu dah buktikan kat aku hari tu bahawa dia sangat kaya budi bahasa, sangat mewah pekerti mulia dan sangat tinggi nilai akalnya...apa nak dikata...

p/s: Aku terjumpa gambar bawah ni masa search gambar bersyukur kat Google. Jangan marah aaaa...hehe...


Syukurrrrrr.....

Thursday, September 27, 2012

Siapa Nak Membela Polis??

Aku republish tulisan kawan aku blogger Syahril Kadir. Tulisan beliau boleh dibaca di SINI.

------------------------------------------------------------------------------


dua anggota polis ditembak di Sungai Besi, ada mana-mana wakil rakyat nak membela mereka?

sepanjang aku jadi wartawan jenayah dulu, aku dah sampai nak muak berkumpul depan pintu pagar Bukit Aman
bila ada je penjenayah mati, siaplah akan ada YB-YB dan Ahli Parlimen tertentu yang akan terpekik terlolong kat situ
tak cukup dengan itu, nak serah memorandum pulak…lagi diaorang tengok ada wartawan terutama wartawan Mat Salleh, lagi ‘berkepak’ dan bersungguh-sungguh para YB ni
tak cukup dengan memo dan sidang media, diusung sekali keluarga si mati dan penyokong parti diaorang…sampai naik sesak depan pagar tu
tapi takpelah, hak diaoranglah nak buat apa pun, mungkin mereka rasa berlaku KETIDAKADILAN dalam kes-kes berkenaan
apa yang aku cerita ni kes petang tadi
kisahnya begini
tindakan dua anggota polis peronda mengejar sebuah kereta dinaiki empat lelaki berakhir dengan kedua-dua mereka cedera parah akibat ditembak penjenayah terbabit di Jalan Kuchai Lama
kedua-dua anggota polis berpangkat koperal itu yang berusia 41 dan 52 tahun terkena tembakan masing-masing di leher dan perut
difahamkan, pemandu kereta peronda jenis Proton Waja itu terkena tembakan di leher manakala rakannya cedera di perut setelah terkena tembakan dipercayai pistol
kejadian berlaku pukul 6.45 petang ketika dua anggota polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki empat lelaki berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Jalil
baik, aku ingin bertanya kepada para YB yang suka sangat ‘bertenggek’ depan Bukit Aman, berdemo dan menjerit-jerit bila ada kes penjenayah ditembak mati
soalannya mudah saja, di saat korang para YB ni nak BELA sangat para penjenayah yang korang dakwa mati disebabkan ‘kekejaman’ polis itu, pernah tak korang terfikir nak BELA nasib anggota-anggota polis kita yang bekerja siang malam, bertarung nyawa macam dua anggota polis tadi dalam usaha mereka menjaga keselamatan kita, termasuk rumah banglo korang dan harta benda korang itu???
maaf, aku sangat emosional dalam hal ini
ini kerana mereka, para YB yang kuat berdemo depan Bukit Aman ni , aku lihat hanya bersifat selektif, hanya memilih isu yang mereka lihat dapat memberikan ‘mileage’ dalam karier politik mereka semata-mata, bukan nak perjuang hak asasi sangat pun!
kalau betul mereka perjuang hak asasi, aku harap mereka jangan perjuang hak asasi penjenayah semata-mata, tolonglah, pleaselah
dua anggota polis yang ditembak tu pun ada hak asasi mereka juga…kecualilah para YB ni anggap mereka  aliens yang datang dari planet Marikh
aku personally benci polis yang zalim,  yang korup, yang pemalas, yang lembik dan semua yang sewaktu dengannya
tapi pada masa yang sama, aku juga benci YB-YB yang double standard cenggini
tak kira lambang apa, parti mana, sokong siapa…SELAMAT MENJADI BARUA KEPADA PENJENAYAH!
pissed off.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sependapat dengan beliau dan kalau aku nak cakap isu ni pun akan bunyi sama...

Tuesday, September 25, 2012

Kerja dan Kita....

Aku ni jarang la nak membebel pasal budaya kerja orang kita, khususnya kakitangan awam ataupun kakitangan kerajaan ni...ye lah sebab dulu aku pun orang gomen jugak walaupun aku adalah lantikan politik secara kontrak...gomen bayar gaji..

Sekarang ni aku dah kerja swasta...takde beza antara sekarang dan dulu sebab budaya kerja aku dulu di pejabat politik tu sama dengan swasta jugak...

Aku rasa nak menulis pasal orang gomen kali ni bersebab...

Abang ipar aku baru-baru ni mengalami satu kemalangan ketika bekerja...dia pemandu lori treler bawak muatan besar dan ketika sedang mengisi barang naik ke lori di Terengganu, kren yang angkat barang tu terputus rantainya dan sebat muka dia...

So sekarang dia tak boleh bekerja akibat kecederaan di mata dan tulang pipi. Majikan dia bagus, bagi bantuan kewangan dan buat segala keperluan untuk tuntutan PERKESO ataupun SOCSO.

Ok, now the best part.

Setelah segala keperluan untuk SOCSO tu dipenuhi oleh majikan, ada beberapa keperluan lain yang perlu dipenuhi oleh pemohon, iaitu abang ipar aku ni la.

Dokumen berkaitan yang senang ok la, tapi SOCSO minta pemohon mendapatkan laporan perubatan dari Hospital. Dalam kes abang ipar aku ni, ada 3 laporan perubatan yang diperlukan, Pakar Mata, Pakar Pergigian dan Pakar Tulang. Setiap satu laporan dikenakan bayaran sebanyak RM40. Setiap laporan akan siap dan boleh diperolehi dalam tempoh dua minggu bekerja.

Ok, aku buat points senang.

1. Pemohon, yang sedang tidak bekerja dan tiada gaji, yang duit simpanan pun dah barai sebab raya, kos hospital, kos ulang alik hospital...terpaksa keluarkan RM120 untuk laporan perubatan.

2. Pemohon, yang sedang tidak sihat dan sakit, perlu berulang alik ke hospital berkali-kali untuk mendapatkan laporan perubatan.

3. Pemohon, setelah mendapat segala laporan, perlu berkunjung ke pejabat SOCSO untuk menyerahkan laporan perubatan tu, atau kalau tak nak pergi boleh courier atau pos, yang akan memakan duit atau masa yang lama.

Soalan aku :

Apa kejadahnya yang susah sangat untuk SOCSO berurusan dengan pihak Hospital terus dapatkan laporan perubatan tu?
Gambar Hiasan - mana ada orang kerja takde buat apa-apa kan...

Setiap bulan kita mencarum EPF dan SOCSO...

EPF kita tau, umur 55 nanti boleh la kita nikmati segala yang kita carum sepanjang hayat bekerja dan mencarum..

Yang nama SOCSO ni, kalau kita tidak mengalami sebarang kecelakaan ketika atau akibat bekerja, kita tak claim. Sepanjang pengalaman aku berkeja gomen di pejabat SUK Perlis 5 tahun 9 bulan dulu, tak pernah ada sorang pun yang claim dari SOCSO...

Jadi susah sangatkah untuk SOCSO apabila ada pemohon yang amat memerlukan, tolong bantu melaksanakan benda tu bagi mudah?

Furthermore, mesti boleh claim kan segala perjalanan ke hospital bagai tu.

Ya betul, SOCSO akan bayar kepada pemohon segala kos tu, tapi sementara nak dapat duit SOCSO tu jenuh la pemohon tu nak ikat perut...

Yang hospital pulak, nak sediakan laporan perubatan makan masa sampai dua minggu???

Perghh...zaman orang boleh menaip dokumen ketika menunggu lampu isyarat merah di jalan raya ni rupanya masih ada dokumen yang perlu disiapkan dalam masa dua minggu ya...

Oh, sebelum aku terlupa, kalau korang rajin, pergi la jenguk Wad Kecemasan HKL...sebelah dalam wad tu mungkin diorang blok signal telefon, jadi kebanyakan Doktor, Attendan, Misi pakat-pakat kejap-kejap keluar ke muka pintu sambil mengkelebek smartphone masing-masing...ye la, Twitter kena update, Facebook kena update, Whatsapp nak kena check kot-kot ada kawan ajak lunch terlepas pulak...

Ok.

Baru-baru ni aku berbual dengan sorang kawan kat opis ni. Dia pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dari salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat. Suami dia omputih warga New Zealand.

Dia bercerita tentang suami dia ketika muda dulu pernah bekerja sebagai guru sekolah di New Zealand untuk satu tempoh masa yang agak singkat. Kemudian suami dia berpindah ke United Kingdom dan bekerja di sana.

Walaupun sekejap, New Zealand tetap meberikan pencen kepada semua yang pernah bertugas di sektor awam diorang. Jadi suami dia layak dapat pencen la kan. Diorang cuba memohon supaya wang pencen tu disalurkan terus ke akaun di Malaysia tetapi oleh kerana Malaysia dan New Zealand tidak ada perjanjian sektor awam maka tak dapat. Tetapi pihak sektor awam New Zealand maklumkan, suami dia boleh sekalikan dengan wang pencen di United Kingdom sebab New Zealand ni kira UK kecik la..hehe..

See...nampak tak. Diorang yang syor dan cadangkan. Takde pulak la si pemohon ni yang bukak file mintak ke hape ke...diorang yang proses sekalikan dengan yang kat UK.

Kalau kat Malaysia tu mahunya...

Yang aku heran, dalam pada macam tu pun, kakitangan awam di negara kita sangat bertuah. Mintak apa pun kerajaan bagi. Ni yang terbaru untuk Budget 2013, ada 6 permintaan yang Cuepacs bagi kat PM...


  1. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang 
  2. Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
  3. Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
  4. Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
  5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
  6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Yang best, part nih...:

Andaikata daripada 6 tuntutan Cuepacs di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan supaya anda, anda semua yang merupakan penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini nanti tanpa sebarang ganjaran…Butirannya ialah :
  • Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
  • Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran
Ini bukan kat negara kita...   
  Hehehe... nak tergelak pun ada bila kakitangan awam nak berkorban setengah jam sehari untuk negara...terharu dengar...

    Jangan jadi macam gambar ni dah la ye...apa nak dikata...

Kat negara kita takde yg main Solitaire nih..

    NOTA : Masih ramai kakitangan awam yang bekerja secara penuh dedikasi dan menghormati perkhidmatan awam. Syabas kepada mereka dan tahniah. Segelintir seperti yang ditulis di atas lah yang banyak menjahanamkan nama baik mereka ini.

Wednesday, September 5, 2012

Romantik Islamik??

Sambil tersangkut dalam jem kat KL ni, aku layan radio.

Ada promo filem apa tah hari tu...dia kata "filem romantik Islamik.."

Aku terkedu. Romantik Islamik??Waddehel nih..!!?!

Tak dapat dinafikan sekarang ni dah makin banyak lambakan filem genre Romantik Islamik nih. Tak caya Google la tengok. Ni aku letak semuanya sebagai HIASAN ya..jangan kena saman plak..



Nak kaitkan 7 Petala Langit yang Allah ciptakan dalam masa enam hari tu dengan cinta?



Apa pasal nak tunjuk Islamik je kena ada Langit??



Ooiii...ni yang paling tak boleh blah...Dengan kalimah Bismillah ku Hulurkan Salam Cinta...

Dengan kalimah Bismillah ku teguk Whiskey ini..boleh???



Assalamualaikum....tak jawab berdosa..hehe...

Gitu?



Hmmm...cinta bertasbih...hmmm...



Ok...

Apa masalahnya? Tak boleh ke dalam Islam nak menzahirkan unsur romantik??

Ya...romantik dalam Islam hanyalah untuk yang dah berkahwin...dah berumahtangga...dah diijabkabulkan...dah sah suami isteri...

Ko nak beromantika macam mana pun dengan suami atau isteri ko, itu memang dibenarkan dalam Islam...

Tapi ko nak bercerita romantik sebelum kahwin..pergi dating...tengok wayang...pergi beraya rumah orang...semua tu dalam keadaan Islamik??Dalam keadaan bertudung litup??Dalam keadaan berpurdah??

Assalamualaikum Cinta....

Waalaikumussalam Rindu...

Chaiittt....untuk membolehkan romantik tu kamu alaskan dia dengan ucapan yang paling baik sekali iaitu Assalamualaikum??

Ko tahu apa persamaan itu...mai aku senaraikan..

Ia adalah seolah-olah :

1. Restoran Lam Yam Soon, menyajikan masakan babi yang disembelih secara syarak.

2. Kami menyajikan Bak Kut Teh yang dimasak memenuhi piawaian sijil Halal.

3. Semua pelanggan di bar ini yang ingin meminum minuman keras dikehendaki membaca Bismillah dan doa makan terlebih dahulu.

4. Burrpp...Alhamdulillah..kenyang aku makan stew babi tadi..


FAHAM TAK???

Sebab berpegangan tangan bukan muhrim itu adalah Haram di dalam Islam...

Merenung mata bukan muhrim tu adalah merupakan asas zina di dalam Islam...

Berkata-kata sesuatu yang bukan merupakan tuntutan dan keperluan hidup dengan seorang yang bukan muhrim adalah tidak dibenarkan di dalam Islam...

Jadi atas asas apa ko nak halal kan yang haram dengan cara Islamik??

So renti kan lah buat filem Romantik Islamik nihh..

Rentikan lah menulis novel-novel Romantik Islamik nih..

Melainkan ianya mengisahkan antara Suami dan Isteri...yang tu ok...

Jangan nak mencari untung kekayaan dengan menggunakan sekelumit kesedaran dia kalangan masyarakat kita...

Yang orang kita ni pun satu...dah dia rasa dia Islamik...segalanya nak cari jalan bagi boleh buat seperti yang bukan Islamik...terima la hakikat bahawa kita memang sebagai Muslim, terbatas dengan Syarak dah Hukum...tak yah nak kasi boleh jugak...

Kalau nak tengok wayang tu, pi la tengok yang betul-betul filem...kang ada yang hentam aku nih...sekurang-kurangnya kami pergi tengok filem berunsurkan Islamik berbanding yang berunsurkan Yahudi Illuminati Zionis segala tu...

Ko buat satu kebaikan dengan menonton filem Romantik Islamik kononnya...tapi ko melanggar batasan syarak yang banyak dengan Romantik Islamik ko tu...apa nak dikata...

Monday, August 6, 2012

Dato' Lee Chong Wei : Ada Orang Takde Akal

Puas aku cari nak letak tajuk apa atas tu. Boleh la eh macam tu.

Takde apa nak tulis, cuma nak kasi tengok beberapa keping gambar je.




Korang rasa muka macam kat bawah ni muka sedih sebab terlepas habuan RM4 juta ka?
Atau muka sedih sebab tak dapat hidangkan Emas pertama negara kepada seluruh rakyat Malaysia.



Yang bawah ni pulak, tak yah cakap banyak la kan...




Yang paling best...baca dan amati setiap perkataan...serius, mata aku berkaca baca yang nih..


Tahniah Dato' Lee Chong Wei...kami bangga ada atlit macam Dato'.

Thursday, July 19, 2012

15 Years...and still counting...

Ya, aku janji kan nak tulis hari ni..

19 Julai...Ulangtahun perkahwinan kami..

Kali yang ke 15 tahun ni..

Takde celebrate besar-besaran...dah rancang macam-macam tapi perancangan Allah mengatasi segalanya...

Sekembalinya kami dari Sumatera hari tu, terus berada di Hospital Melaka kemudian di Institut Jantung Negara sampai la hari ni...so celebrate ala kadar je..

Doakan kesejahteraan rumahtangga kami berkekalan ke akhir hayat yee..terima kasih..




Wednesday, July 18, 2012

Esok...

Aku ada banyak tajuk yang dah aku plan nak tulis...tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tangguh dulu...

Aku nak tulis pasal :

1. Perjalanan ke Pagaruyung dan Batusangkar di Sumatera Barat...banyak chapter nih, dah ada draf tapi pending dulu sebab..

2. My mother in law dikejarkan ke Hospital Melaka sejurus tiba dari Pekanbaru, Sumatera..kemudian ke IJN, kemudian menjalani pembedahan pintasan koronari...masih di IJN sekarang...

3. Nak tulis pasal perkembangan politik yang seiringan dengan agama sekarang di Malaysia...

4. Nak tulis pasal nak sambut Ramadhan...

banyak laaaa...

Esok, aku akan mula menulis dengan satu tajuk yang penting...amat penting...

Esok ok. InsyaAllah.

Saturday, June 2, 2012

Hijau vs Kuning

Himpunan Hijau di Kedah menghimpunkan 100ribu orang, membuktikan :

1. Perhimpunan aman boleh dilakukan dengan jayanya di dalam stadium
2. Tak de sapa marah kalau buat dalam stadium
3. Polis pun takde kena provoke dan bertindak kasar sebab semua aman dan mengikut persetujuan
4. Perhimpunan aman tak semestinya kena buat kat KL tengah jalan raya

Lain la kalau memanh sengaja nak buat kacau dan hendakkan Polis bertindak, kemudian ko boleh upload gambar teargas la, trak FRU la...kannn..

Terima kasih PAS sebab memberikan rakyat Malaysia tanggapan yang tepat dan wajah sebenar berkenaan BERSIH.

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

Haramkah Hari Ibu?

Setahun sekali ramai yang akan jadi ustaz, ustazah, pemikir Islam dan segala bentuk penganut Islam yang baik dengan cara menulis dalam blog, meng'klik' share button kat FB dan menghantar email. SMS dengan surat cyclostyle dah tak main sekarang ni kan.

Apa yang pakat difatwakan? No, bukan wajib atau haram BERSIH tu. Pasal Hari Ibu.

Ya, Hari Ibu.

Secara seriusnya, aku tak tau sangat bila sambutan Hari Ibu. Aku akui, aku ni anak yang kurang bertanggungjawab sikit. Nak dapat aku call mak aku bersembang tanya khabar dengan dia amat susah, sampai selalunya wife aku yang akan ingatkan aku "You ni dah lama tak call mak tanya khabar"...samada dia bagi arahan suruh call on the spot atau aku akan kata, Ok, nanti I call. Mak aku selalu cakap, dah lupa kat mak ka...ayat cover aku macam biasa, lupa lah Mak, ralit lah Mak, hehe...then pandai la aku ayat Mak aku dan kami sama-sama akan kembali bergelak seronok. Sorry eh mak, tapi Isnin hari tu dah call kan...hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk.

Bila tak tahu tarikh sebenar Hari Ibu ni, samada aku tanya wife aku atau aku Google la kan. Bila Google, aku jumpa banyak tarikh rupanya sambutan Hari Ibu ni. Tak sama antara negara-negara. So kalau tak silap aku, kat Malaysia ialah Ahad, 13 Mei 2012. Eh, gerun pulak tengok 13 Mei nih...hehe..

So no wonder lah semenjak dua menjak ni kat news feed dah ramai yang berkongsi petua-petua fatwa-fatwa tentang haramnya sambutan Hari Ibu. Katanya kerana perayaan Hari Ibu ialah perayaan Kristian merayakan Mother Church.

Hmmm.

Bila aku godek-godek cari, jumpa la sejarah perayaan Hari Ibu nih. Aku copy paste je la eh, malas nak taip sendiri. Korang yang kata Haram pun copy paste je kan...

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Aku saja bagi kecik sikit font supaya siksa mata korang. Haha...nak jimat ruang, kang panjang sangat korang tak nak baca part last, itu yang penting.

So berdasarkan sejarah tu, banyak riwayat rupanya asal-usul Hari Ibu ya.

Korang tau macam-mana Hari Ibu mula di Mesir? Haaa, meh aku story. Pernah dengar nama Mustafa dan Ali Amin? Diorang dua beradik yang memulakan Percetakan Dar Akhbar Al-Yaum di Mesir. Pi cari baca pasal diorang. Somewhere in 1956, yang Ali Amin ni terima satu surat pembaca dari seorang perempuan yang cerita pasal anak-anak dia yang tak ambik peduli kat dia selepas diorang dah berjaya. Selang tak berapa hari plak, sorang janda pergi pejabat diorang dan jumpa Mustafa Amin, mintak kerja dan bagitau kisah dia ketepikan keinginan nak kawin lain sebab nak besarkan anak-anak tak mau bapak tiri.

Jadi si Ali dan Mustafa ni tulis dalam sokkabar diorang "Fikrah" masa tu tentang idea apa kata kita tiru stail negara omputih, diorang ada satu hari dimana diorang kenang ibu diorang. Tak dapat setiap hari pun, kurang-kurang sekali setahun kita bawak mak kita makan best, masakkan dia ka, bagi hadiah ka..amacam? So survey pun masuk la jawapan bertali arus..yang kutuk ramai la jugak kata kenapa nak tiru kapir, ada yang setuju dan yang setuju adalah ramai...maka start tu la diorang buat 26 Mac, hari pertama musim bunga sebagai tanda ibu ialah permulaan musim yang cantik. So sweet kan...hehe.

So haram ke tidak ni?

Nanti la dulu, baca sikit lagi la...

Bila nak cari halal haram, aku suka rujuk website Arab. Aku jumpa ada yang kata tidak haram, ada yang kata haram.

Kita ambik yang kata haram dulu.

Yang kata haram kebanyakannya dari Arab Saudi. Ben Baz, Mufti Arab Saudi dulu kata, haram sebab meniru perayaan bukan Islam sedangkan dalam Islam hanya ada dua perayaan saja AidilFitri dan AidilAdha. Pi la Google cari fatwa Ben Baz.


Jeng jeng jeng.....jadi, kepada yang berpegang Hari Ibu adalah Haram, HARAM jugak untuk kamu merayakan Hari Kekasih, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Lahir Kamu Sendiri, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan hari-hari yang sewaktu dengannya. Wahhh...besday ko bukan main besar kek, tak jadi haram ye...datang Hari Ibu bukan main haram. Jangan ambik sekerat-sekerat weih...

Ok, kita ambik yang tak haram plak. Aku suka part ni jadi aku letak yang Arab sekali...hehehe..:



ويقول الدكتور عبد الفتاح عاشور ( من علماء الأزهر ) : الاحتفال بأيام فيها تكريم للناس , أو إحياء ذكرى طيبة لم يقل أحد بأن هذا احتفال ديني , أو عيد من أعياد المسلمين , ولكنه فرصة لإبداء المشاعر الطيبة نحو من أسدوا لنا معروفاً , ومن ذلك ما يعرف بالاحتفال بيوم الأم , أو بعيد الأم , فإن الأم لها منزلة خاصة في دين الله , بل في كل دين , ولذلك يجب أن تكرم وأن تحترم وأن يحتفل بها , فلو اخترنا يوماً من أيام السنة يظهر الأبناء مشاعرهم الطيبة نحو أمهم وآباهم لما كان في ذلك مانع شرعي , وليس في هذا تقليد للغرب أو للشرق , فنحن نحتفل بهذا اليوم بما لا يخالف شرع الله , بل بالعكس نحن ننفذ ما أمر الله به من بر الوالدين والأم على وجه الخصوص


Ok, tak paham? Jap aku translate kan.

Menurut Dr Abdul Fattah 'Asyur (seorang Ulamak Universiti Al-Azhar) : Perayaan hari-hari tertentu yang bertujuan memuliakan manusia lain atau yang bertujuan peringatan untuk sesuatu yang baik, yang mana perayaan tersebut tidak berbentuk keagamaan di sisi agama lain ataupun merupakan satu perayaan di sisi Islam, yang mewujudkan peluang menyebarkan kebaikan kepada mereka yang telah berbuat baik kepada kita. Antaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu, yang mana Ibu mempunyai martabat yang amat tinggi bukan saja di sisi Islam, malahan di sisi semua agama lain dan Ibu wajib dimuliakan, dihormati dan diraikan. Andai kita memuliakan satu hari tertentu di dalam setahun untuk menzahirkan kasih sayang ana-anak kepada ibu mereka, tidaklah menjadi kesalahan di sisi syarak.Tidak pula ia menjadi satu ikutan budaya Barat atau Timur. Kita meraikan hari ini bukan dengan cara yang bertentangan dengan Islam malahan sebaliknya kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak di dalam berbuat baik kepada dua Ibubapa.

Tambahan yang aku dapat dalam satu kitab lain :



إن عيد الأم هو من بدع العادات لا من بدع العبادات , وبدع العادات لا يأمر بها الإسلام ولا ينهى عنها إلا إذا كانت تتصل بالدين من قريب أو من بعيد , فإذا كانت هذه العادات تُعبّر عن الوفاء فلا مانع منها 


Sesungguhnya Hari Ibu ialah bid'ah (amalan yang direka yang bukan dalam syarak) yang berbentuk Adat, bukannya Ibadat. Bid'ah Adat tidak disuruh di dalam Islam dan tidak dilarang selagi tidak berkaitan dengan ibadat dan kegamaan. Sekiranya Adat ini dianggap sesuatu yang boleh menyempurnakan maka tidak menjadi masalah untuk perkara itu.


Faham dah?

So, pada aku Hari Ibu tidak haram.

Selamat Hari Ibu aku ucapkan pada ibu tercinta, ibu mertuaku, Isteri Tersayang yang menjadi ibu kepada 3 anak lelaki ku, kakak aku, kakak-kakak ipar aku, saudara mara jauh dan dekat yang bergelar ibu, kawan-kawan dan pembaca blog yang bergelar ibu....dan seluruh ibu di luar sana... SELAMAT HARI IBU...tidak horrrooooommmmmm....!!




Tuesday, April 24, 2012

Undang-Undang Dataran Merdeka.

Here is the best article so far, written by blogger SatD...

By-Law 4. OffencesNo person shall, unless approved by the Commissioner in writing, in the Dataran Merdeka- (a) eat any food, drink or smoke any cigarette, cigar or any tobacco; (b) cut, remove, damage, pluck any leaf, branch, flower or seed of any plant or tree; (c) cut, uproot, dig, remove or damage any plant, tree or grass; (d) excavate or remove any earth; (e) climb any tree or structure; (f) dirty, deface, make alteration to, displace or damage any structure; (g) nail, tie, bind, chain, draw, scribble, paint, spray, mark, affix, inscribe, display, place or hang anything on any tree, plant or structure; (h) walk over, step or stand on any planting bed or shrubbery; (i) enter or climb the hundred metre flag pole; (j) ride, drive, pull or push any vehicle whether mechanically propelled or otherwise or slide with a skate; (k) contaminate or pollute the water in any fountain; (l) deface or remove any notice displayed by the Commissioner; (m) spit, urine or defecate; (n) displace, make any alteration to, remove, deface or tamper with anything displayed, exhibit, affixed, hung, placed, constructed or set up by the Commissioner; (o) erect any tent, booth, shed or other structure;(p) drop, throw, deposit, place or leave anything whatsoever; (q) kindle any fire or any fireworks or crackers; (r) lie down or sleep in any part of Dataran Merdeka; or (s) allow any animal which is under his control to enter or remain in any part of Dataran Merdeka.

Read the rest of his writing HERE.

Friday, April 20, 2012

Sekurang Ajar Ini Kah Rakyat Kita?

Politik lagi.

Opis aku ni dok tengah-tengah antara Dataran Merdeka dengan Bangunan Parlimen.

Semalam disebabkan budak-budak yang dah terlebih credit hours dalam course mereka di IPT yang dok berkampung kat Dataran Merdeka tu kata nak buat press conference, aku yang bukan wartawan ni pun saja celah pi tengok.

Bila balik opis kengkawan bagitau kat Parlimen ada apa tah ramai kat luar tu berhimpun. Sebab ada benda penting nak buat maka aku abaikan ja apa yang berlaku tu.

Apa yang berlaku ialah sekumpulan "rakyat Malaysia" dari kaum India berhimpun untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada Kerajaan Malaysia kerana mereka tidak mendapat taraf warganegara sebaliknya masih memegang taraf Pemastatutin Tetap, kad pengenalan merah la tu.

Korang boleh baca butirannya kat SINI dan SINI...(aku tak quote Utusan sebab kang orang kata tipu plak..)

Diorang kata, diorang KEBANYAKANNYA, baca lagi sekali, KEBANYAKANNYA dilahirkan di Malaysia tetapi tidak mempunyai surat beranak atau nama yg lebih sedapnya Sijil Kelahiran Malaysia.

Chop...chop...

Aku ada soalan.

Setiap rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia, samada Klinik atau Hospital Kerajaan mahupun Swasta, pasti akan dengan mudah mendaftar Sijil Kelahiran anak kan.

Kalau yang lahir di luar negara, boleh mendaftarkan Sijil Kelahiran anak diorang di pejabat Kedutaan atau Konsulat Malaysia di negara berkenaan.

Setahu aku, dulu orang yang menikah di luar negara, sebagai contohnya Thailand, kemudian tak daftarkan pengesahan nikah di Malaysia, mempunyai kesukaran mendaftarkan Sijil Kelahiran anak, tetapi perkara tersebut telah diatasi oleh Jabatan Pendaftaran dengan cara ibubapa boleh membawa Sijil Perkahwinan mereka dari Thailand dan Jabatan Pendaftaran akan memeriksa dengan pihak berwajib agama adakah pernikahan tersebut dijalankan di tempat dan oleh kadi yang bertauliah. Kemudian boleh daftar Sijil Kelahiran anak.

So, soalan aku, SALAH SIAPA KO TIDAK ADA SIJIL KELAHIRAN?

Takkan salah Kerajaan? Mampus lah weih kalau sampai mak ayah ko tak daftarkan ko masa lahir pun ko nak salahkan Kerajaan.

Kalau macam tu baik ko salahkan sekali Kerajaan masa anak ko fail periksa, masa ko termengandung tanpa perancangan walhal anak ko dah 18 orang, masa ko sembelit, masa ko jatuh pokok dan lain-lain. Semua tapau la kira.

Ok, berbalik pada depa yang berhimpun tu.

Paling kurang hajar pada aku ialah ko buat ni.


1. Ko tahukan YAB Perdana Menteri ialah seorang Muslim. Nama beliau Mohd Najib BIN Abdul Razak.
Ko letakkan kat situ Najib A/L Razak. Ko tak rasa kurang hajar ke? Ok, buang sentimen politik kejap. Ko tahu tak kalau ko letakkan orang Islam di tempat bukan Islam, maknanya ko dah mengatakan dia bukan Islam. 

2. Ko letakkan taraf Perdana Menteri sebagai Pemastatutin Tetap. Bapak dia, Alhamdulillah seperti bapak aku jugak, amat bertanggungjawab untuk mendaftarkan kelahiran kami. Maka kami adalah WARGANEGARA Malaysia.

3. Ko letakkan gambar PM terlelap. Sebagai manusia memang ada masa kita terlelap sambil kerja, meeting dan lain-lain. Ko pun lepas ambik susu getah kat estet ko bantai minum samsu haram sampai tertidur kat tepi pokok getah jugak. Nak tanya ko, agak-agak Jabatan Pendaftaran akan terima ke gambar macam tu untuk IC? Oh aku lupa, ko kan tak berdaftar, mana ko reti semua tu.

Ok, ni satu. Baru ni dah ada satu lagi puak buat benda yang lebih kurang sama.


Yang tadi kot la India estet tak reti apa. Yang ni, yang buat dia ialah MAHASISWA. MUSLIM.
Bila ramai kondem dan kritik, depa kata depa tak salah, simbolik saja. Bila makin ditekan dengan hadis dan nas yang sahih, depa kata, jangan divert isu, fokus pada apa kami nak. Banyak ko punya senang ya.

Ini lah hasilnya bila semua benda nak dipolitikkan. Semua.

Politik pulak stail murahan, bak kata Allahyarham Tompel, "Cheap Sale semua..!!"

Korang tak rasa orang akan marah ke kalau buat gini? Pernah dulu orang edit gambar Tok Guru Nik Aziz macam kat bawah ni, bukan main melenting korang eh.


Well, at least kat gambar ni takde la diorang kata Nik Aziz tu kafir atau bukan Islam, cuma di disembah oleh orang bukan Islam je, tapi dua gambar kat atas tu? Still, aku tak setuju perbuatan ni.

Yang hero sambut memorandum kat Parlimen pulak semalam ialah tak lain tak bukan, YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Tak rasa macam nak kena tegur ke India tu semua, "Anney, saya mau tolong u hantam itu Najib,tapi u jangan la ini macam.Dia sama saya saya satu agama jugak,sama sama semayang,sama-sama ada BIN sana nama. Anney bikin ini macam saya sikit ada tarak syok la"...Tak boleh? Ya la kan, kata orang, politik tu macam cinta jugak, buta.

Oh, by the way, aku nak ucapkan tahniah pada Ahli Parlimen kita semua kerana menamatkan sesi sidang Parlimen kali ni dengan penuh sejarah, sampai jam 3.21pagi tadi. Semuanya kerana nak pastikan setiap yang dirancang akan dapat dilaksanakan. Tahniah kepada YB-YB dari Kerajaan mahupun Pembangkang yang hadir sampai habis awal pagi tadi. Ada jugak yang ngelat, pi ceramah sana sini. Malam tadi orang tengah bersidang di Parlimen, dia sibuk pi Sidang Rakyat kat Dataran Merdeka, siapa? Check la kat twitter bebudak yang berhimpun tu tengok...apa nak dikata...