Ganjaran Memberi Juadah Berbuka
Ganjaran Memberi Juadah Berbuka.
Kalau pernah berbuka di Masjid Nabawi, Madinah atau Masjidil haram,
Mekkah, pasti tau betapa sukanya Arab menjamu orang berbuka puasa.
Di tempat kita pun dah makin banyak masjid, surau dan tempat awam yang
disediakan makanan berbuka oleh orang tertentu yang menyedekahkan
makanan tu semua.
Sabda Rasulullah SAW:
قال صلى الله عليه وسلم :
" مَن فطَّر صائماً كان له مثل أجره
غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيء " .
"Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa kepada seorang yang berpuasa,
dia akan mendapat ganjaran yang sama seperti orang tersebut berpuasa
tetapi tidak langsung mengurangkan ganjaran orang tersebut"
Maknanya, kalau si A bagi makan berbuka puasa pada si B, si A akan dapat
pahala yang sama seperti si B. Pahala si B pulak takkan berkurangan
langsung.
Sebab apa amalan memberi makan ni satu amalan mulia?
Sebab ia boleh menyemaikan berbagai sifat baik lain. Bila kita beri
makan, pasti timbul rasa kasih sayang bersaudara, yang merupakan
keperluan untuk masuk syurga.
Timbul juga rasa syukur pada orang yang menerima sedekah makanan tu. Macam-macam lagi.
Diceritakan oleh ulamak Salaf, Abu Suwwar Al-'Adawi, masyarakat Kaum
'Adi tidak pernah makan berseorang ketika berbuka puasa. Sekiranya dia
ada kawan, dia akan makan dengan kawan, kalau takde, dia bawak makanan
ke masjid dan makan beramai-ramai.
Teringat pada tradisi kita
masyarakat Melayu dulu. Saling bertukar juadah. Satu piring dihantar ke
semua rumah terdekat, kemudian dibalas semula. Asalnya masak satu jenis
juadah, akhirnya akan mendapat 4 atau 5 jenis atas meja. Tradisi yang
hanya kelihatan biasa, sebenarnya mempraktikkan sunnah Rasulullah di
dalam memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Dan yang paling
penting, para isteri, ibu dan kaum wanita yang masak kat dapur tu.
Diorang masak untuk kita semua berbuka puasa, maka hukumnya sama macam
memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Jadi, pahala
suami dan anak-anak berpuasa juga akan dapat diperolehi oleh para isteri
dan ibu.
Sabda Rasulullah:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: فِي الْجَنَّةِ
ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ، فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ، لاَ يَدْخُلُهُ
إِلاَّ الصَّائِمُونَ رواه البخاري
"Di dalam syurga ada lapan
pintu. Antaranya pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Tidak dapat masuk pintu
ini melainkan orang yang berpuasa."
No comments:
Post a Comment