Thursday, July 18, 2013

Susun Atur Rukun Islam

Susun atur Rukun Islam itu amat indah.

Syahadah ialah syarat utama untuk membolehkan semua amalan yang di tangga kedua hingga lima diterima Allah.

Kedua, Solat, disebut sebagai Tiang Agama. Di tangga kedua, maknanya yang paling penting selepas bergelar Islam.


Kemudian Puasa dan Zakat, sering juga didahulukan yang satu dengan yang lain. Maknanya berada di kedudukan yang sama penting selepas Solat.


Akhirnya Haji sekiranya mampu, di tangga terakhir untuk menunjukkan apabila dah selesai yang di atas tadi, sekiranya berkemampuan, tunaikanlah Haji.


Jadi, jika dibandingkan Puasa dan Solat, maka solat itu lebih utama. 


Sebab itu Rasulullah SAW bagitau untuk menyuruh anak Solat ketika umur 7 tahun dan memukul mereka kalau mereka enggan solat pada umur 10 tahun.


Tidak pula kita jumpa arahan mengajar anak sekecil itu untuk berpuasa, kan.


Atas dasar itu, saya tak pernah menyuruh anak saya berpuasa pada usia sebelum sekolah rendah. Bila dah masuk sekolah rendah, masa belum baligh, pun saya tak kisah andai balik sekolah dia letih dan nak berbuka. Bila dah baligh (sorang je baru pun yang dah baligh..hehe) jangan nak buat hal la...


Tetapi Alhamdulillah, seawal usia mereka 5 tahun, setiap kali berkemampuan dari segi masa, saya akan bersolat jemaah dengan mereka dan mengajarkan tatacara solat. Dan syukur Alhamdulillah, setiap kali berhimpun keluarga ramai-ramai, hatta yang umur 5 tahun tu pun akan menyertai solat jemaah.



Ini cara saya, terpulang pada anda. Jangan marah saya plak aaaa...


Wallahua'lam.


No comments: