Kegembiraan orang yang berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
"Untuk orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka
puasa dia gembira dan apabila dia bertemu Tuhannya, dia akan gembira".
Kegembiraan yan kedua tu senang kita faham. Bila kita dipertemukan dengan Allah SWT kelak, kita akan gembira kerana tergolong dalam hambaNya yang taat dan patuh.
Kegembiraan pertama tu, ketika berbuka. Yang paling nyata pada kita
ialah kegembiraan kerana larangan menjamah makanan dan minuman telah
tamat. Dah boleh makan dan minum. Makanan yang paling lazat dalam dunia
ialah yang kita makan ketika perut kita kosong!! Kalau dah kenyang,
letak kambing golek sekor pun dah tak sedap jadinya...
Selain
itu, yang tersiratnya, waktu berbuka mendatangkan kegembiraan kerana ia
merupakan permulaan kepada ibadah yang hanya special di bulan Ramadhan
iaitu Qiam (Mendirikan malam). Ini termasuk Terawih. Takde di bulan
lain!!
Sebab itu Rasulullah kata kita akan gembira bila tiba
waktu berbuka kerana kita menamatkan ibadah siang dan memulakan ibadah
malam!! Mudahnya mendapat ganjaran di bulan Ramadhan.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 (berkaitan Ramadhan):
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ
الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي
لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya
kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku
(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
No comments:
Post a Comment