Selamat berpuasa diucapkan pada semua...semoga Ramadhan kali ini akan lebih membawa pengertian, pengampunan dan keberkatan pada kita semua...
Kali ni aku nak menulis berkaitan niat setiap ibadat.
Terlebih dahulu dipohon maaf andai berlainan pendapat dengan sahabat-sahabat sekelian ya...
Bertitik tolak dari hadis berikut, setiap amalan perlukan niat.
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول
الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء
مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه ) رواه البخاري ومسلم
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amal ibadat itu adalah
bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa
yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan
barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya
atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya
itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Dalam hadis
ini, jelas ditunjukkan bahawa niat adalah "KERANA APA" kita kerjakan
ibadat tu. Bukan lafaz niat atau apa yang kita lintaskan di dalam hati.
Seandainya kita lafaz niat dah betul, tapi halatuju "KERANA APA" kita beribadat tu tak betul, pun tak boleh.
Contoh, berpuasa kerana dengan puasa boleh membantu mengurangkan berat
badan, salah. Kita berpuasa kerana Allah, kerana sebagai hamba Allah
kita diarahkan berpuasa. Jadi kalau kita niat setiap waktu Sahur
sekalipun, halatuju "KERANA APA" kita berpuasa itu tetap salah.
Begitu jugak ibadat lain seperti solat, zakat, membaca Al-Quran, umrah, haji dan sebagainya.
Maka niat kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini ialah kerana kita
mendapat perintah Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ
عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment