16 JULAI 2008 merupakan HARI TIDAK BERBELANJA. Pada hari tersebut anda perlu mencabar diri anda, keluarga dan rakan-rakan untuk tidak berbelanja dan menghayati nilai-nilai kehidupan.
Cabaran ini mudah sahaja – amalkan cara hidup yang sederhana selama sehari. Luangkan masa anda bersama-sama keluarga dan rakan-rakan daripada membelanjakan wang ke atas. Walaupun ini agak membosankan dan klise, tetapi kasih sayang tidak dapat dijual-beli dengan wang.
HARI TIDAK BERBELANJA merupakan hari untuk kita menilai semula nilai diri sebagai seorang pengguna. Inilah masa untuk memikirkan semula tentang nilai yang dapat kita berikan kepada keluarga, rakan-rakan dan barangan yang dibeli. Berapa banyak harta yang anda miliki untuk menunjukkan status anda? Bagaimana anda ingin menampilkan diri sebenar anda daripada apa yang anda miliki?
Ini jugalah masanya untuk memikirkan pola perbelanjaan anda. Berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk menikmati keperluan "sebenar" dan berapa banyak pula yang dibelanjakan untuk memenuhi "kemahuan"? Bersediakah anda untuk kurang berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu yang setara kualitinya, atau anda terperangkap dengan jenama tertentu kerana beranggapan bahawa ia tidak memenuhi "standard" yang anda ingini. Inilah masa untuk muasabah. Keputusan anda sendiri.
HARI TIDAK BERBELANJA bukannya mengubah gaya hidup anda sekadar satu hari sahaja – kami berharap ia suatu perubahan yang berterusan – mungkin perubahan kekal sepanjang hayat anda.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Yusof Abdul Rahman di talian 013 3484990
Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA
- Sumber
Maknanya pada satu hari tu kita jangan berbelanja...jangan keluar duit...ubah gaya hidup...
Erm....Gila ka apa ni?
Logik ka tak keluar duit satu hari?Maknanya hari tu tak breakfast...tak lunch...tak makan malam..(tu aku ambik yang basic ja tu...)
Kemudian tak on kan sebarang lampu dan kipas atau aircond...pasal bila on saja akan jalan elektrik...dan elektrik akan kena bayar hujung bulan....
Jangan gunakan air...pasal hujung bulan kena bayar bil air yang kita guna pada 16 Julai tu....
Jangan start kereta dari pagi sampai malam...pasal start ignition kereta saja kurang-kurang tiga empat ringgit petrol je kena telan....
Itu semua keperluan asas saja yang aku sebut...yang tambahan seperti main game..layari internet...dan lain-lain tu tak yah sebut lagi la....
So apa pendapat anda ???
Pendapat aku..ini ialah GILA!!!!!Hanya orang gila yang akan buat pendapat macam ni...ko cakap senang la...ubah gaya hidup untuk satu hari tak berbelanja....
Kalau ada anak kecik..budak-budak ni reti tak mintak nak beli makan? Ko rasa depa boleh buat semua yang aku sebut kat atas?
Ko sendiri boleh buat macam tu ke? Blah la...cakap saja lebih..ni yang aku menyampah dengan puak-puak NGO ni pun..semua nak membodek kerajaan saja...kalau kami nak kamu bodek kerajaan..kami tak mintak kamu semua wakili kami la mangkuk...
Bodoh punya orang...ini macam punya stupid idea pun mau bagitau ka...apa nak dikata...
BTW 19 Julai 2008 aku akan sambut Wedding Anniversary ke 11...so rasanya pengalaman 11 tahun kahwin ni aku tak rasa boleh buat Hari Tanpa Belanja ni...

