Aku kalau boleh tak mahu nak menulis pasal kes laporan Polis terhadap Anwar Ibrahim yang terbaru oleh pembantu khas beliau, Saiful tu...pasal semua pihak dah tulis...
Tapi aku tergerak nak tulis pagi ni pasal aku tengok melalui satu perspektif yang agak lain sikit..dan apa yang aku tulis ni adalah pendapat peribadi aku semata-mata....
Kes laporan Polis liwat terhadap Anwar kali ni berlaku semasa kemelut politik yang agak hebat di Malaysia...Perdana Menteri sedang menerima tekanan hebat dari grass root sehingga ada kalangan MP dari Barisan Nasional sendiri yang seakan membangkang selain pihak pembangkang yang sedia ada....manakala Timbalan Perdana Menteri pulak sedang berdepan dengan cabaran kes Altantuya yang dikaitkan dengan beliau oleh beberapa pihak (tanpa bukti sah) dan yang terkini dengan Statutory Declaration yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin yang turut melibatkan YABhg Datin Seri Rosmah Mansor...
Diwaktu yang sama UMNO di bawah Pak Lah sedang meniti hari-hari penuh dugaan untuk mendapat kepercayaan akar umbi...Tun Mahathir sendiri keluar dari UMNO kerana tidak gembira dengan perangai Pak Lah yang membuatkan UMNO hilang arah...
Di celah semua inilah munculnya laporan Polis oleh Saiful ni terhadap Anwar Ibrahim...
Jika dahulu semasa 1998, Anwar Ibrahim secara terang-terangan menuding jari kepada Tun Mahathir atas dakwaan liwat terhadap beliau, tetapi kali ini beliau hanya terus menyatakan bahawa ini ialah konspirasi politik seperti yang dahulu...nama-nama yang beliau sebutkan ialah Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail sebagai konspirator...beliau tidak langsung menuding jari kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri untuk meyatakan bahawa PM terlibat...jauh sekali melibatkan 'think tank' Pak Lah di kalangan Tingkat 4 yang dketuai oleh KJ...
Ramai yang tahu bahawa di hari pembebasan Anwar dari Penjara Sungai Buloh, KJ lah yang telah dengan usaha sendiri beliau bersusah payah ke kediaman Anwar untuk meyerahkan pasport milik Anwar, yang kemudiannya disebut ramai sebagai Perjanjian Pasport...suka jugak disebut bahawa Anwar dibebaskan di tangan Pak Lah selaku Perdana Menteri...
Di waktu ini, kelihatan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib mendapat beberapa kepercayaan dan keyakinan untuk mengambil alih tampuk UMNO dan Malaysia..dengan pelan peralihan kuasa yang didesak oleh akar umbi, Pak Lah telah menyatakan sedikit sebanyak persetujuan beliau, tetapi entah bila lah...
Tidak lama kemudian, timbul SD oleh RPK yang mengaitkan Najib dan isteri secara langsung dalam kes Altantuya dan umum mengetahui betapa RPK dan Anwar Ibrahim adalah rapat...
Kemudian datanglah si Saiful ini...beliau pernah dirakam bergambar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri...(nampak begitu hebat bergambar supaya nampak tulisan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan jelas di belakangnya..)...
Tidak mustahil gambar ini adalah untuk mengaitkan Saiful dengan TPM..sekaligus memberikan kepada tanggapan umum motif Najib untuk menganiaya Anwar iaitu kerana SD yang dibuat oleh RPK yang rapat dengan Anwar...
Jadi siapa yang untung dalam hal ini?
Adakah anda dalam masa 3 hari ini mendengar sebarang rungutan kepada Perdana Menteri? Atau kepada menantunya? Atau rungutan rakyat berkenaan kenaikan harga minyak dan barangan?
Isu Anwar kali kedua ini jelas menutup segalanya...menutup desakan meletak jawatan kepada PM...dan Anwar juga berperanan dengan tidak menuding jari kepada Pak Lah...malahan tidak mustahil Anwar setelah siasatan nanti akan terlepas dan Saiful pulak dihukum kerana laporan palsu...maka yang baik pada mata ramai ialah Pak Lah..Pak Lah adil dalam mahkamah..tidak berat sebelah..tak macam Tun dulu Anwar tak dapat fair trial...Yang jahat pulak ialah Najib la...tu la dia, budak tu memang suruhan Najib..letak kat kem Anwar untuk jahanamkan nama Anwar...Ini semualah yang akan kedengaran di khalayak ramai andai apa yang dikatakan tu berlaku...
Kesimpulannya...kes Anwar kali ini bukan seperti kali pertama...kali pertama dulu memang Tun mencium sesuatu yang tidak layak untuk mentadbir negara, maka didedahkan supaya rakyat dan negara terselamat..maka Tun terus ditudingi oleh Anwar dan sekutu...manakala kes kali ini ialah untuk mengekalkan kuasa Pak Lah dan nama 'baik'nya di mata orang ramai, sekaligus menafikan penggantian oleh Timbalannya...maka sebab itu Pak Lah tidak ditudingi oleh Anwar dan sekutu....
Inilah politik..andai dasar anda ialah dendam, maka seribu tahun pun takkan selesai ianya...apa nak dikata...
6 comments:
woww..begitu hebat sekali penjelasan unkel kali ini...padat dan terang..
yang untung saiful la.. keluar dr penjara nanti dah jadi jutawan.. ekeke.. yang ruginya kita sebab memenuhkan memory space dalam kepala memikirkan pasal ni.. ekekekke.. :p
SKANG PUN DH BJUTA DLM AKAUN KOT..
HUHUHUHUHU... ;P
The chinese in Perak dapat hak pemilikan tanan for 999 yrs (sampai kiamat).
The lawyer dah mula bincang hak melayu.
I think we are focusing on the wrong issue.
Bila episod ini berakhir kita hilang segalanya.
I want my old PM back .. and he can bring the old IGP back so that he can smack the other guy eye (sebelah yang tak lebam lagi).
I'd appreciate any comments in my blog's entries..but please no comments that show that you are the best and good and everybody else is dumb and stupid...please don't insult my readers by putting such comments...
Thank you
p/s: The comment meant above had been removed...so none of the existing comments are malicious.
Bro Dick...memang betui..such guy(read:..hehe..you know what!!) should be teach by such act only..!!
Post a Comment