16 JULAI 2008 merupakan HARI TIDAK BERBELANJA. Pada hari tersebut anda perlu mencabar diri anda, keluarga dan rakan-rakan untuk tidak berbelanja dan menghayati nilai-nilai kehidupan.
Cabaran ini mudah sahaja – amalkan cara hidup yang sederhana selama sehari. Luangkan masa anda bersama-sama keluarga dan rakan-rakan daripada membelanjakan wang ke atas. Walaupun ini agak membosankan dan klise, tetapi kasih sayang tidak dapat dijual-beli dengan wang.
HARI TIDAK BERBELANJA merupakan hari untuk kita menilai semula nilai diri sebagai seorang pengguna. Inilah masa untuk memikirkan semula tentang nilai yang dapat kita berikan kepada keluarga, rakan-rakan dan barangan yang dibeli. Berapa banyak harta yang anda miliki untuk menunjukkan status anda? Bagaimana anda ingin menampilkan diri sebenar anda daripada apa yang anda miliki?
Ini jugalah masanya untuk memikirkan pola perbelanjaan anda. Berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk menikmati keperluan "sebenar" dan berapa banyak pula yang dibelanjakan untuk memenuhi "kemahuan"? Bersediakah anda untuk kurang berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu yang setara kualitinya, atau anda terperangkap dengan jenama tertentu kerana beranggapan bahawa ia tidak memenuhi "standard" yang anda ingini. Inilah masa untuk muasabah. Keputusan anda sendiri.
HARI TIDAK BERBELANJA bukannya mengubah gaya hidup anda sekadar satu hari sahaja – kami berharap ia suatu perubahan yang berterusan – mungkin perubahan kekal sepanjang hayat anda.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Yusof Abdul Rahman di talian 013 3484990
Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA
- Sumber
Maknanya pada satu hari tu kita jangan berbelanja...jangan keluar duit...ubah gaya hidup...
Erm....Gila ka apa ni?
Logik ka tak keluar duit satu hari?Maknanya hari tu tak breakfast...tak lunch...tak makan malam..(tu aku ambik yang basic ja tu...)
Kemudian tak on kan sebarang lampu dan kipas atau aircond...pasal bila on saja akan jalan elektrik...dan elektrik akan kena bayar hujung bulan....
Jangan gunakan air...pasal hujung bulan kena bayar bil air yang kita guna pada 16 Julai tu....
Jangan start kereta dari pagi sampai malam...pasal start ignition kereta saja kurang-kurang tiga empat ringgit petrol je kena telan....
Itu semua keperluan asas saja yang aku sebut...yang tambahan seperti main game..layari internet...dan lain-lain tu tak yah sebut lagi la....
So apa pendapat anda ???
Pendapat aku..ini ialah GILA!!!!!Hanya orang gila yang akan buat pendapat macam ni...ko cakap senang la...ubah gaya hidup untuk satu hari tak berbelanja....
Kalau ada anak kecik..budak-budak ni reti tak mintak nak beli makan? Ko rasa depa boleh buat semua yang aku sebut kat atas?
Ko sendiri boleh buat macam tu ke? Blah la...cakap saja lebih..ni yang aku menyampah dengan puak-puak NGO ni pun..semua nak membodek kerajaan saja...kalau kami nak kamu bodek kerajaan..kami tak mintak kamu semua wakili kami la mangkuk...
Bodoh punya orang...ini macam punya stupid idea pun mau bagitau ka...apa nak dikata...
BTW 19 Julai 2008 aku akan sambut Wedding Anniversary ke 11...so rasanya pengalaman 11 tahun kahwin ni aku tak rasa boleh buat Hari Tanpa Belanja ni...
11 comments:
hehhehe.. wedding anniversary rupenye.. x logik lansung nak wt hari tanpa belanja.. ingat sekarang ni cam zaman jepun dulu2 ke..
Kita dia disuruh jimat itu lah ini lah (dari dulu lagi )tapi dia orang belanja duit kerajaan macam paip pecah.
TNB dah untung banyak nak naik kan lagi harga KWH.Yg hairan nya DiSelangor dapat 20 Mpadu Free dan suroh orang KL pula bayar lebih.Ceo Puas pula dah jadi Jutawan no.tak tahu di Malaysia.
Kalau minyak naik semua akan naik maka majikan kita pun kena lah naik kan gaji.
Jangan suruh jadi Ulat dalam batu.
CM ERTI KATE BERBASIKAL KE OPIS AR UNKEL..TAK GUNE MINYAK PUN..
INGAT DULU DIORG GELAKKAN PIHAK PMBKG LA BILE G MESY MANE TAH NEK BESKAL..
SDGKN DULU KAN SEBOK KATE SUH RAKYAT BERBASIKAL KE TMPT KEJE..
THEN NAPE MEST PIHAK ATASAN GELAKKAN PULAK IF MENTERI2 TU NEK BESKAL KE TMPT KEJE?JATUH STANDED??
AIYAKKK..APE DAA...
SUH RAKYAT BJIMAT EHH..
CUBE YG ATAS2 TU JIMAT SAME..
KURANGKAN MANE PATUT..
TGK DULU SAPE YG BLEH IDOP KE TIDAK..
THEN PASTU KOMEN MCM2..
NOWDAYS, NK MSK TANDAS PUN BYR 20SEN...
ABES TU CANER???
ALAHAI....
Hari Tidak Berbelanja (16 Julai 2008) adalah satu idea sederhana untuk bersikap lebih kritis pada budaya konsumerisme /kepenggunaan dengan jalan mengajak kita untuk tidak berbelanja selama sehari. Ini adalah suatu bentuk cabaran terhadap budaya konsumerisme/ kepenggunaan.
Sebagai pengguna, kita seharusnya mempertanyakan produk-produk yang kita beli dan perusahaan-perusahaan yang membuatnya. Idenya adalah untuk membuat orang berhenti sejenak dan berfikir tentang apa dan seberapa banyak yang mereka beli telah berpengaruh persekitaran dan negara.
Konsep Tidak Berbelanja tu hanya tidak shopping ka??kalau macam tu baik tak payah dedicate satu hari...coz sekarang ni pun ramai org tak shopping sebab ekonomi yang teruk...jiran2 saya semua akan duduk kat rumah bila balik kerja dan weekends just kat rumah..bila tanya tak pegi mana2 ke...semua kata jimat duit minyak!!!
So apa specialnya nak kena dedicate one day???
Iena..kalau setakat kayuh basikal dari hujung BNM ke Parlimen tu baik tak payah...lepas tu nak kayuh siap panggil press ambik gambar semua..itu hipokrit...sekarang ada diorang 4 ekor tu naik basikal lagi pegi Parlimen???Ada ka??ke naik kereta sedap..hehe..cerita saja best la...
Heical....mana pemimpin pernah kata kita perlu ubah gaya hidup...mereka selalu kata "Rakyat perlu ubah gaya hidup"!!!..Maknanya kita sahaja lah...
Pae...Ni bukan zaman jepun lagi dah...ni dah macam nak masuk zaman Alfonso d'Albuquerque...hehe...
Tergelak gila membaca artikel saudara dan ulasan ulasan para blogger.
Dapat juga saya rilex tension, maklumlah keadaan politik sekarang semakin bercelaru.
Saudara Azhar dan blogger sekelian,
Gua Caya Lu Lah.
Terpaksa salute u orang tanda setuju.
yay! hari untuk ponteng skolah!!!
pale lutut dorang berjambul la...
aku hari2 balik blanja rm4 jek...nak suruh ubah gaya hidup gak...agaknye suruh aku beli kuih rm0.50 je la kan..baru la puas ati..baru la ubah gaya hidup..
Yay!!!!!!!
AMIK RMT AR HANI..KAT SKOLAH..
SENANG....
OK TAK?
SUME TAKLEH NK KUAR SBBKAN MYK NAEK...
HURRMM...
Selamat Ulang Tahun perkahwinan mr unkel dan wife... semoga kekal abadi hingga ke dalam syurga... amin.
Haha, x blanja selama sehari, seminit bole la kot, atau mati? Selagi bernyawa, kita akan terus berbelanja, sedar atau tak sedar.. ape kejadahnya idea dorang ni..
takleh nak panjangkan akal skit ke.. huhu
Norshah --> Terima kasih....sekarang ni kentut dengan bernafas je yang free lagi..lain semua kena bayar!!!!
Janet --> Ada member aku kat KL anak 4 (3 sekolah) mewajibkan anak2 dan mak pak sekali bawak bekai pi sekolah..duit sekolah potong jd singgit...tak minum kat opis kecuali bekal dari rumah...semua UBAH GAYA HIDUP la tu!!!
Hawk Tan --> Terima kasih...posting ni dan jugak semua komen dari bloggers ni merupakan secebis dari pandangan rakyat marhaen tentang kempen UBAH GAYA HIDUP yang dikhususkan untuk rakyat sahaja...pemimpin tak terlibat!!
Agak2 FOMCA akan buat launching tak 16 Julai ni..kang kena belanja pulak untuk Hari Tidak Berbelanja...hahaha...
aku x banje berhari² boleh pun.. muahaha.. sibuk je x suh org belanja.. apa motif?? boleh je x berbelanja.. ngan syarat ko tolong belanjakan apa yang kitaorg nak. bolehh??? ekekke..
uncle.. sikit tahun lagi kita kena byr udara yang kita sedut ni..ekeke.. jgn x percaya.. macam² boleh!!
Post a Comment