Monday, October 25, 2010

Beauty Is In The Eye of The Beholder...

Wah tajuk, bukan main lagi...

Shakespeare once said :
Good Lord Boyet, my beauty, though but mean,
Needs not the painted flourish of your praise:
Beauty is bought by judgement of the eye,
Not utter'd by base sale of chapmen's tongues

Nak cerita pasal apa ni?

Actually bukan nak cerita pasal beauty sangat pun...tapi nak cerita tentang apresiasi kita terhadap sesuatu perkara...

Seperti pepatah Inggeris kat tajuk tu, kecantikan adalah berdasarkan pandangan mata seseorang itu sendiri...dan Shakespeare pulak tambah bahawa ungkapan kata sesiapa sekali pun takkan mempengaruhi kita dalam meletakkan apresiasi kita terhadap sesuatu kecantikan kecuali ianya ditentukan oleh mata kita sendiri...payah nya ayat aku...

Allah SWT Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Segala-galanya...

Sebab itu Allah ciptakan citarasa setiap manusia tu tak sama...

Ada orang memandang sesuatu perkara sebagai hodoh, tetapi sebilangan yang lain pulak pandang kata cantik...

Ada yang makan sesuatu masakan tu kata tak sedap, tetapi ada pulak sebilangan lain kata sedap sehingga menjilat bulu tangan jari...

Ada yang kata perfume ni bau tak sedap, tetapi ada pulak sebilangan yang kata mak aihh...teransang la bau perfume you nihhhh...

Allah ciptakan kita semua tak sama kan...ada la yang sama dengan kita, tapi masih ada yang berbeza...

Sebab apa?

Sebab ADIL...

Kalau Allah ciptakan semua mempunyai citarasa kecantikan yang sama, maka akan ada lah golongan manusia, baik lelaki atau perempuan yang terpinggir...

Geng pinggang berukur lilit 38 macam aku ni mungkin agak sukar nak cari pasangan hidup kalau semua orang mempunyai citarasa terhadap golongan yang ada six packs saja di dunia ni...mujurlah Allah SWT menciptakan golongan wanita yang mempunyai citarasa hebat seperti isteri tercinta yang tak kisahkan ukuran pinggang, peha mahupun dagu dan tengkuk...


gambar hiasan (bukan saya)

Kalau semua orang di dunia ni mempunyai taste buds yang sama dalam makanan, alamatnya akan ada la kedai makan yang hanya dikunjungi oleh tuan punya nya, anak tuan punya, pekerja dan isteri tuan punya sahaja...sebab masakan mereka langsung tak boleh diterima akal dan lidah...tetapi Allah SWT menciptakan tetap ada manusia yang menerima masakan mereka sebagai santapan mereka, walaupun bilangan nya kecik...

Sebab itu kadang2 kita heran bila kawan-kawan suggest makan nasi lemak yang dikatakan hebat seantero dunia di hujung jalan rumah dia dekat tepi sawah tu kononnya sedap sangat tapi bila kita makan rasanya tak menepati citarasa kita...sebab itu citarasa dia...

Kita pulak mungkin mencadangkan tosey mamak Medan Selera Kangar yang kita kata sedap sangat tu tapi bila dia pi makan, hmmm..tak garing la, chutney manis la dan pelbagai alasan dia pulak...

Pada kita, isteri kita lah yang paling lawa dalam dunia...dan pada isteri kita, suami dia la paling segak dan macho...dan begitu jugak pada suami dan isteri yang lain...

Sebab itu, bila kita dah bersetuju untuk bersatu dalam ikatan perkahwinan, maka segala kecantikan adalah milik isteri dan segala kehenseman ialah milik suami...

Bila aku tengok TV, movie khususnya...wifey tersayang akan tanya...

W: Tak berkelip you tengok Aishwarya Rai tu ye...

H: Takde la...I tengah tengok iklan ni jual apa...

W: Lawa kan Aishwarya Rai...

H: A'ah lawa...(sambil mata tetap kat TV)

W: Banding dengan I siapa lagi lawa..?

H: Eiihhh...jangan la banding dengan you...you la yang paling lawa...
(peringatan untuk yang belum kawen;sila gunakan skrip ini sentiasa ya untuk kesejahteraan anda bersama..).-opss...sambil berpaling memandang isteri dan tidak menjeling TV...


Salah ke aku kata dia lawa?


Itu adalah satu contoh situasi yang kita hadapi dalam seharian...

Maka timbul persoalan...

Abis tu, yang dah dekat 20 tahun kawen tetiba boleh ada soulmate lain tu macam mana? Tetiba boleh rasa pandang yang lain lebih manis tu kenapa? Yang tetiba boleh rasa yang lain lebih macho tu pasal apa?

Jawapan nya ada pada kedua-dua aspek suami dan isteri...

Adakah si isteri dah memainkan peranan untuk menjadi yang tercantik, terbaik, terhebat di mata suami dan adakah suami sudah menerima isteri sebagai yang tercantik, terbaik dan terhebat..

Adakah si suami dah memainkan peranan untuk menjadi yang terhensem, termacho, terhebat di mata isteri dan adakah isteri sudah menerima suami sebagai yang terhensem, termacho dan terhebat..

Ada yang kata isteri saya asyik pakai baju kelawar je...tu pasal saya jadi kelawar keluar malam nak pandang yang lain...


contoh baju kelawar yang sering dipandang remeh


ini pulak contoh baju kelawar yang kalau isteri
pakai sure suami takde alasan keluar rumah


Ada yang kata suami saya memboyot je perutnya, segak lagi Malik jual karpet tu, dia ada six packs...

Andai itu menjadi alasan, kenapa masih ada suami dan isteri yang pasangan mereka hampir sempurna tetapi masih berlaku masalah demikian?

Sebab itu kedua-duanya harus main peranan...

Oh ya, saja nak cerita perbualan tadi petang dengan isteri tercinta...


W: I mintak maaf la I tak pandai baking la...masak you nak makan apa semua boleh tapi baking ni hanya basic cake je I boleh, takde dekorasi dekorasi bagai...

H: (sambil menyuap penuh mulut dgn kek coklat) Tak pa la Yang...memang Allah bagi kita semua macam tu...

W: Macam mana?

H: Haa la...ada yang hidung tinggi, pungkoq pulak kempis...ada yang pungkoq nala (sila cari makna "nala") dah hidung pulak tak tinggi...ada yang lawa sungguh, ketiak pulak berbau...ada yang bau wangi tapi rupa paras pulak kurang...

W: Habih tu kalau jenih yang semua cukup tu, muka lawa, hidung tinggi, pungkoq elok...lagu mana?

H: maybe akai dia kurang kot...hehehe...


Ok, kisah tu cuma selingan masa minum petang, tiada kena mengena dengan yang masih hidup, telah hidup atau akan hidup...jangan saman saya sebab bulan ni budget lari...

Kesimpulannya...setiap kita menilai kecantikan dan kesedapan berdasarkan citarasa kita yang dianugerahkan oleh Allah SWT...

Kalau kita dah menerima kecantikan pasangan kita, jangan kita mendengar hasutan dan ajakan luar untuk menghargai kecantikan yang lain pulak...kadang depa bukan apa, dengki dengan kita...hehe..

Bak kata Shakespeare awal-awal tadi :

Beauty is bought by judgement of the eye,
Not utter'd by base sale of chapmen's tongues

Semoga Allah SWT akan terus menetapkan hati kita pada Agama yang satu...Akidah yang satu...dan kasih yang satu...tapi kalau tengah-tengah tu Syaitan mai dok kacau...apa nak dikata...hehe...



Wednesday, September 22, 2010

A Few New Lines...

Dah lama tak update..jadi rasanya nak update sikit kot, cuma tak tau apa nak tulis...

1. Cuti Sekolah Aidilfitri...

Kenapa cuti sekolah Aidilfitri bermula Isnin 6 September? Walhal Aidilfitri jatuh pada Jumaat 10 September...kebanyakan parents yang nak bercuti untuk balik kampung pun biasanya mula bercuti dua atau tiga hari sebelum raya...

Yang anehnya pulak, sekolah kembali dibuka Selasa 14 September bersamaan 5 Syawal....rasanya umum tahu kan, kat Malaysia ni budaya kita ialah balik kampung...dan bukan semua orang kampungnya sama dengan tempat sekolahnya...ada yang makan puluh ratus batu jaraknya...takkan 3 Hari Raya dah nak balik bersedia untuk masuk sekolah...(last time I check, kita masih di Malaysia yang agama persekutuannya ialah Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri...kan?)


2. Pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain ke Rahmatullah...

I wrote earlier an entry about my beloved teacher, Ustaz Dahlan Mohd Zain... Al-Fadhil Ustaz telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu 18 September 2010 jam 9.00 pagi...Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan para Solihin...


3. Email dari Pengikut Qadiani...

Yes...based on my entri about those Qadiani earlier, a member of them (I assumed a high ranking member) send me an email, mempersoalkan di mana keberanian aku sebab aku rakam suara perbualan tu curi-curi...sakit telinga beliau katanya....hehe...kemudian beliau ajak aku berbahas secara terbuka untuk menidakkan hujah Qadiani tentang Mirza Ghulam Ahmad sebagai Rasul, Mahdi dan Al-Masih serta tentang wahyu yang berterus hingga Hari Kiamat...katanya kalau aku berjaya, ramai pengikut Qadiani akan keluar dari ajaran mereka dan aku akan dianggap hero Islam...hehe..

Aku jawab sekali je, manakala reply dari dia aku dah tak layan...aku kata senang je, pertama, tak payah la nak mempertikaikan keberanian aku kat mana....then aku kata tak perlu nak debat terbuka sebab telag difatwakan bahawa Qadiani sesat dan terkeluar dari Islam...berdebat dengan Qadiani adalah seperti berdebat dengan Kristian untuk mengatakan mereka tidak betul...dan aku kata lagi, dah berpuluh2 ulamak yang memberikan hujah yang kuat mengalahkan hujah Qadiani, tetapi masih tetap jugak mereka berpegang dengan ajaran mereka, sebab itu lah nature sesebuah ajaran yang sesat...

Simple jawapan aku, jawapan malas nak bertekak kan...dan dia reply pulak panjang lebar dengan memberikan hujah tentang ulamak sebenar la dan macam-macam lagi...as said earlier, ko bawak bulan campak kat dia pun dia tetap akan kata dia punya pegangan tu betul...so why waste our time, right..?


4. Negative Mind of Our People...

Heran kenapa orang kita ni, suka pandang aspek yang negatif melebihi aspek positif dalam sesuatu perkara...

Sebagai contoh, dia hentam Facebook...dia hentam Internet...dia hentam Blog...dia hentam cadangan Sex Education...semua dia bagi aspek negatif...

Walhal setiap benda yang wujud di muka bumi ni mesti ada negatif dan positif nya...

Motorsikal tu, kalau nak kira negatif, baik haramkan je penggunaan nya, pasal banyak benar eksiden maut..tapi kalau pakai dan guna ikut undang-undang serta berhati-hati, boleh dapat pahal buat pergi surau atau masjid...

Susah sangat ka kita nak terima aspek positif dalam sesuatu perkara?Kadang-kadang jiwa membangkang tu dah sebati dengan jiwa kita...alah, macam masa tahun 80an dulu, Tun Mahathir buat Proton Saga, semua hentam...kata kereta tin milo la, siap ada pulak yg kata belek2 belakang bumper tu ada tulisan Dumex...bebal betul...

Alih-alih bila keluar Proton Saga...geng-geng dia booking tak hingat-hingat....hehehe...

Ok lah...dah takde idea...nanti ada kita update lagi...apa nak dikata...



Wednesday, September 1, 2010

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني - Hakikat Allah Yang Maha Memaafkan...

Allah SWT memiliki Nama-nama yang baik {أسماء الله الحسنى}...namun ada satu nama Allah yang saya ingin ajak anda semua renungi, khususnya berkait rapat dengan penghujung Ramadhan dan Lailatul Qadar.

Nama tersebut adalah nama Allah " Maha Pemaaf"

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ya Allah Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau cintakan kemaafan, maka maafkanlah kami..

Doa ini dikaitkan dengan penghujung sepuluh dari Ramadhan dan Lailatul al-Qadr, Rasulullah mengajarkannya kepada A'isyah ketika dia bertanya kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, andai sekiranya aku berjumpa Lailatul Qadar, apa yang perlu aku katakan? Baginda berkata: (Katakanlah: "Ya Allah Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau cintakan kemaafan, maka maafkanlah kami.. {اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني})

Nama Allah "Maha Pemaaf" di dalam Al-Quran:

Nama Allah "Maha Pemaaf" di dalam Al-Quran disebut lima kali, sekali beserta dengan nama Allah "Maha Esa":"...Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa (An-Nisa': 149), Saya mungkin boleh memafkan kamu tetapi saya tidak berkuasa ke atas kamu, tetapi Allah Maha Kuasa, berkuasa ke atas kamu, dan dengan kekuasaanNya ke atas kamu Dia memaafkan kamu.

Manakala di empat tempat yang lain, ianya disebut beserta dengan nama Allah "Maha Pengampun"..."Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" (An-Nisa': 43), "mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."(An-Nisa': 99) untuk menunjukkan kemuliaan, dan mengatakan kepada kamu: Kamu boleh mengambil pengampunan ini, dan kamu boleh mengambil yang lebih besar daripada pengampunan dan di kedudukan yang lebih tinggi iaitu kemaafan.Apa pengertian nama Allah "Maha Pemaaf"?

Kata dasar (عفا - maaf) dari segi semantik di dalam kamus mempunyai dua makna: Aku memberinya عفواً dari hartaku : iaitu aku memberinya barang yang elok dari hartaku yang halal, yang pasti akan disukai, tanpa ragu-ragu "Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". ..."(Al-Baqarah: 219) dan ini adalah yang terbaik dari apa yang anda menghabiskan wang anda.

العفو: Penghapusan, seperti contoh mereka berkata: Angin telah menghapuskan kesan: menghapuskan dan memadamnya,antaranya apa yang diriwayatkan di dalam Sirah semasa Hijrah, ketika Nabi SAW memanjat Gua Tsur, disertai oleh Abu Bakar, dan Asma 'binti Abi Bakar membawa kepada mereka berdua makanan, anda akan berjumpa riwayat dalam Sirah: ( Abu Bakar memerintahkan hambanya menghapuskan {يعفو} kesan tapak kaki Asma' supaya orang kafir tidak mengetahui perjalanan Nabi SAW.Tiga perkara di dalam nama Allah "Maha Pemaaf":Menghapus (dan memadam), meredhai, dan memberi, Maka Allah SWT menghapuskan dan memadam dosa hambaNya dan semua kesan dosa tersebut, kemudian meredhai mereka dan memberikan mereka kemaafan tanpa diminta.

Perbezaan antara "Maha Pemaaf {العفو}" dan "Maha Pengampun {الغفار}"

Untuk anda memahami sebenarnya maksud nama Allah "Maha Pemaaf" ini, anda harus memahami perbezaan antara "Maha Pemaaf" dan "Maha Pengampun". Semua nama Allah ialah baik tetapi "Maha Pemaaf" lebih tinggi daripada "Maha Pengampun"...bagaimana itu?

Ada kalangan kita akan Allah berurusan dengan Pengampunan dan ada yang akan digunakan Kemaafan. Maka yang mana satu menjadi milik kita, adakah Pengampunan atau Kemaafan? Bagaimana?

Pengampunan ialah jika anda melakukan dosa, Allah menutup hijab diri anda dari azab di dunia, dan menutup hijab diri anda dari azab di akhirat, dan tidak dihukum kerana dosa tersebut, tetapi dosa tetap ada!

Manakala Kemaafan pula dosa itu tidak wujud sama sekali, seolah-olah anda tidak pernah melakukan kesalahan langsung, kerana ianya telah dihapuskan dan tidak diambilkira kesan dari kesalahan tersebut. Kerana itu Kemaafan lebih tinggi nilainya...

Contoh perbezaan antara Pengampunan dan Kemaafan pada Hari Kiamat:

Hadis: (Seorang hamba Allah datang pada hari kiamat, Maka Allah katakan padanya : Ke depan wahai hambaku, maka dia pun mendekati, Maka Allah SWT pun membuka hijabNya, Allah berkata kepadanya: Adakah kamu ingat dosa ini? Adakah kamu ingat dosa ini? - Perhatikan bahawa dosa-dosa tersebut tertulis di atas muka surat- Maka dia berkata: Ya, wahai Tuhanku, dan hamba ini beranggapan dia akan diazab,Maka Allah berkata kepadanya: Aku telah menutup hijabnya ke atas kamu di dunia dan pada hari ini aku ampunkan kamu)

Ini ialah Pengampunan, jadi apa pula yang dikatakan Kemaafan pada hari kiamat nanti?

(Wahai Si Fulan, Aku redha dengan apa yang telah engkau lakukan di dunia, Aku telah redha akan engkau dan Aku maafkan engkau, pergilah dan masuklah ke syurgaKu)

Dapatkah anda lihat perbezaan antara yang ini dan yang tadi?Yang mana satu anda inginkan?Bagaimana Allah menghapuskan dan memaafkan?Allah melupakan anda dari dosa tersebut dan melupakan Malaikat khususnya Malaikat pencatat sebelah kiri, Dan dihapuskan dari muka surat kejahatan, Dan anda akan datang pada hari kiamat tanpa mengingatinya dan Allah tidak akan menyoal anda berkaitannya .. Anda tidak bersalah ..

"Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat pengiring dan seorang malaikat penyaksi" (Qaaf: 21),

Hatta Malaikat tidak mengingati dosa tersebut samada ianya dosa besar atau kecil...Selama mana Allah memafkan anda pada Lailatul Qadar maka semuanya akan dilupakan

Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu (Al-Israa: 14)

Hubungan antara Maha Pemaaf dan Lailatul Qadar:

Untuk memahami ini, kita terlebih dahulu harus melihat hubungan antara Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat.

Hubungan antara Kemaafan dan Maha Menerima Taubat:

Anda mungkin seorang yang berdosa, kemudian bertaubat dan berkata: Ya Allah, aku tidak akan mengulanginya lagi, tetapi kemudian kembali melakukan kesalahan yang sama, kemudian bertaubat sambil berkata: Ya Allah, aku tidak akan mengulangnya lagi, dan kemudian kembali mengulangi dan bertaubat sehingga tiga atau empat kali…Dan setelah itu, sukar untuk anda terus bertaubat, mengapa? Kerana kehilangan kepercayaan pada diri sendiri, dan malu untuk kembali bertaubat.Ini menjadi penghalang untuk anda bertaubat.Tetapi Allah Allah mencintai anda dan inginkan anda kembali ke jalan yang benar, maka bagaimana penghalang taubat ini boleh diruntuhkan?Ianya boleh dihapuskan dengan sesuatu yang bukan perkara biasa, yang merupakan hadiah yang paling besar dari Allah SWT, iaitu lah Lailatul Qadar.

Anda hanya perlu memasuki malam ini dengan penuh ibadat dan mengharapkan keredhaan Allah, maka sekalipun anda tidak pernah bertaubat, maka Yang Maha Pemaaf akan menghapuskan segala dosa dan kesalahan anda dan akan menjadikan malam itu sebagai permulaan yang baru dalam hidup anda.

Doa Lailatul Qadar:

Pastikan doa ini meniti di bibir anda setiap saat di malam-malam penghujung sepuluh Ramadhan…

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني


Berilah kemaafan pada manusia di siang hari bulan Ramadhan, nescaya Yang Maha Pemaaf akan memberikan kemaafanNya kepada kamu pada waktu malam…

Semoga Allah memberi peluang kepada kita semua untuk bertemu dengan Lailatul Qadar dan memberi kita kemaafan atas segala dosa yang telah lalu...