Sunday, January 4, 2009

Keganasan Berlesen...

Amerika Syarikat (AS) semalam menegaskan, tentera darat Israel bebas untuk menyertai serangan udara ke atas Gaza atas alasan “mempertahankan diri” daripada ancaman Hamas.

“Semua keputusan bergantung kepada Israel sendiri. Sebarang langkah yang diambil, sama ada serangan udara atau darat atau apa jua bentuk serangan adalah sebahagian daripada operasi yang sama,’’

Kenyataan di atas dapat anda baca di SINI...

Hebat kan...serangan yang mendapat restu dari Amerika Syarikat...siap pesan lagi pulak tu...

Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Gordon Johndroe berkata, AS bagaimanapun telah meminta Israel mengelak daripada membunuh orang awam dalam operasi ketenteraannya baik serangan udara atau menggunakan tentera darat.

Dalam tempoh lapan hari, 750 serangan telah dilancarkan Israel...kematian semakin meningkat...

Soalan...Berapa ramai yang terkorban terdiri dari puak Hamas?

Yang diserang ialah sekolah, lapangan terbang, masjid dan pelabuhan..selain rumah dan bangunan...



Soalan kedua....di mana pemimpin dunia Arab yang berhampiran?

Ketika seluruh dunia mengutuk keras dan berdemonstrasi membantah Regim Zionis dan Amerika Syarikat...mesyuarat Menteri Luar Arab minggu ini memutuskan untuk merujuk isu serangan berkenaan ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin depan...hmmm...

Di Malaysia pulak, yang kuat bising dan marah pasal serangan ni ialah orang yang dah pencen...siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir...Baca Surat Terbuka Tun Mahathir kepada Obama...Baca jugak kenyataan penuh beliau tentang serangan ini...

Juga anda boleh dapatkan Mingguan Malaysia 4 Januari 2009 yang menyiarkan wawancara bersama Tun Mahathir...

Palestin kembali bermandi darah. Serangan Israel menjelang sambutan Maal Hijrah sehingga semalam telah mengorbankan lebih 400 orang penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Masyarakat dunia khususnya dunia Islam mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu. Dan seperti lagu lama, Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong setia Israel mempertahankan serangan tersebut sebagai tindakan membalas penentangan pejuang Hamas.

Fakta bahawa penentangan Hamas adalah tindakan membela diri akibat penindasan Israel, sekatan ekonomi yang menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran diketepikan.


Sesunggunya Firman Allah SWT amat benar yang bermaksud :

"Dan Yahudi serta Nasrani itu TIDAK AKAN SAMA SEKALI redha dengan kamu melainkan kamu mengikuti agama mereka..."

Allah juga berfirman yang bermaksud :

"Dan persiap sediakan untuk menghadapi musuh Allah dari apa juga bentuk kekuatan yang kamu mampu..."

Kesimpulannya, apabila kita mengetahui bahawa mereka tidak akan sama sekali bersetuju dengan kita Umat Islam, maka menjadi tanggungjawab Umat Islam itu sendiri mempersediakan keupayaan dan kemampuan terbaik untuk menghadapi mereka...

Ayat tersebut tidak menyebut untuk menyerang mereka...tetapi menghadapi mereka...

Justeru kekuatan kita haruslah menyeluruh...dari segi ekonomi...dari segi politik...dari segi pendidikan..dan dari segi ketenteraan...

Di sinilah kelemahan Umat Islam...kita nak memboikot barangan Yahudi...tetapi apa pilihan terbaik yang kita ada menggantikannya...?

Kita nak memulaukan apa jugak yang berasal dari Amerika dan sekutunya...tetapi apa ganti yang kita ada..?

Setakat yang dah lepas-lepas ni berapa ramai Umat Islam (dan bukan Islam jugak) berdemonstrasi seluruh dunia membantah sebarang tindakan Amerika dan Israel...tetapi apa kesannya?

Gaza tetap diserang...Palestin tetap dibom...Umat Islam tetap dibunuh...

Apa pilihan kita selain berdoa dan berqunut nazilah memohon Yang Esa memberi kemenangan dan kekuatan kepada mereka yang terlibat?

Aku sendiri takda jawapan kepada soalan yang last tu...aku sendiri turut berdoa kepada Allah agar memberi kekuatan diri kepada Umat Islam Palestin dan kemenangan...aku sendiri turut mengkutuk dan membantah tindakan Israel dan Amerika...

Semoga Allah tetapkan keimanan kita, semoga Allah membantu mereka di medan jihad...semoga Allah menghancurkan musuhNya dan musuh Umat Islam...

p/s: Umat Islam di Malaysia jangan terlalai dengan Pilhanraya KT pulak sampai lupa nak berdoa yaa...yang jauh di mata tak semestinya jauh di hati...apa nak dikata...

Aku baru dapat SMS dari Kakak Ipar aku menyatakan bahawa golongan Mujahidin di Palestin memohon semua Umat Islam yang prihatin untuk membacakan Surah Al-Fath pada malam ini (dan seterusnya), sambil berdoa kemenangan kepada Umat Islam...

سُوۡرَةُ الفَتْح

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحً۬ا مُّبِينً۬ا (١) لِّيَغۡفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكَ وَيَہۡدِيَكَ صِرَٲطً۬ا مُّسۡتَقِيمً۬ا (٢) وَيَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصۡرًا عَزِيزًا (٣) هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا مَّعَ إِيمَـٰنِہِمۡ‌ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٤) لِّيُدۡخِلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَيُڪَفِّرَ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡ‌ۚ وَكَانَ ذَٲلِكَ عِندَ ٱللَّهِ فَوۡزًا عَظِيمً۬ا (٥) وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ وَٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ ٱلظَّآنِّينَ بِٱللَّهِ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِ‌ۚ عَلَيۡہِمۡ دَآٮِٕرَةُ ٱلسَّوۡءِ‌ۖ وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِمۡ وَلَعَنَهُمۡ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَهَنَّمَ‌ۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرً۬ا (٦) وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا (٧) إِنَّآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ شَـٰهِدً۬ا وَمُبَشِّرً۬ا وَنَذِيرً۬ا (٨) لِّتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُ وَتُسَبِّحُوهُ بُڪۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٩) إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا (١٠) سَيَقُولُ لَكَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ شَغَلَتۡنَآ أَمۡوَٲلُنَا وَأَهۡلُونَا فَٱسۡتَغۡفِرۡ لَنَا‌ۚ يَقُولُونَ بِأَلۡسِنَتِهِم مَّا لَيۡسَ فِى قُلُوبِهِمۡ‌ۚ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ لَكُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا إِنۡ أَرَادَ بِكُمۡ ضَرًّا أَوۡ أَرَادَ بِكُمۡ نَفۡعَۢا‌ۚ بَلۡ كَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرَۢا (١١) بَلۡ ظَنَنتُمۡ أَن لَّن يَنقَلِبَ ٱلرَّسُولُ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِلَىٰٓ أَهۡلِيهِمۡ أَبَدً۬ا وَزُيِّنَ ذَٲلِكَ فِى قُلُوبِكُمۡ وَظَنَنتُمۡ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِ وَڪُنتُمۡ قَوۡمَۢا بُورً۬ا (١٢) وَمَن لَّمۡ يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ فَإِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِينَ سَعِيرً۬ا (١٣) وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَڪَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (١٤) سَيَقُولُ ٱلۡمُخَلَّفُونَ إِذَا ٱنطَلَقۡتُمۡ إِلَىٰ مَغَانِمَ لِتَأۡخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعۡكُمۡ‌ۖ يُرِيدُونَ أَن يُبَدِّلُواْ كَلَـٰمَ ٱللَّهِ‌ۚ قُل لَّن تَتَّبِعُونَا ڪَذَٲلِكُمۡ قَالَ ٱللَّهُ مِن قَبۡلُ‌ۖ فَسَيَقُولُونَ بَلۡ تَحۡسُدُونَنَا‌ۚ بَلۡ كَانُواْ لَا يَفۡقَهُونَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٥) قُل لِّلۡمُخَلَّفِينَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ سَتُدۡعَوۡنَ إِلَىٰ قَوۡمٍ أُوْلِى بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ تُقَـٰتِلُونَہُمۡ أَوۡ يُسۡلِمُونَ‌ۖ فَإِن تُطِيعُواْ يُؤۡتِكُمُ ٱللَّهُ أَجۡرًا حَسَنً۬ا‌ۖ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ كَمَا تَوَلَّيۡتُم مِّن قَبۡلُ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٦) لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٌ۬‌ۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبۡهُ عَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٧) ۞ لَّقَدۡ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذۡ يُبَايِعُونَكَ تَحۡتَ ٱلشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِى قُلُوبِہِمۡ فَأَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ عَلَيۡہِمۡ وَأَثَـٰبَهُمۡ فَتۡحً۬ا قَرِيبً۬ا (١٨) وَمَغَانِمَ كَثِيرَةً۬ يَأۡخُذُونَہَا‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمً۬ا (١٩) وَعَدَكُمُ ٱللَّهُ مَغَانِمَ ڪَثِيرَةً۬ تَأۡخُذُونَہَا فَعَجَّلَ لَكُمۡ هَـٰذِهِۦ وَكَفَّ أَيۡدِىَ ٱلنَّاسِ عَنكُمۡ وَلِتَكُونَ ءَايَةً۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَيَهۡدِيَكُمۡ صِرَٲطً۬ا مُّسۡتَقِيمً۬ا (٢٠) وَأُخۡرَىٰ لَمۡ تَقۡدِرُواْ عَلَيۡہَا قَدۡ أَحَاطَ ٱللَّهُ بِہَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرً۬ا (٢١) وَلَوۡ قَـٰتَلَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوَلَّوُاْ ٱلۡأَدۡبَـٰرَ ثُمَّ لَا يَجِدُونَ وَلِيًّ۬ا وَلَا نَصِيرً۬ا (٢٢) سُنَّةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلُ‌ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣) وَهُوَ ٱلَّذِى كَفَّ أَيۡدِيَهُمۡ عَنكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ عَنۡہُم بِبَطۡنِ مَكَّةَ مِنۢ بَعۡدِ أَنۡ أَظۡفَرَكُمۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا (٢٤) هُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَصَدُّوڪُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ وَٱلۡهَدۡىَ مَعۡكُوفًا أَن يَبۡلُغَ مَحِلَّهُ ۥ‌ۚ وَلَوۡلَا رِجَالٌ۬ مُّؤۡمِنُونَ وَنِسَآءٌ۬ مُّؤۡمِنَـٰتٌ۬ لَّمۡ تَعۡلَمُوهُمۡ أَن تَطَـُٔوهُمۡ فَتُصِيبَكُم مِّنۡهُم مَّعَرَّةُۢ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۖ لِّيُدۡخِلَ ٱللَّهُ فِى رَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ لَوۡ تَزَيَّلُواْ لَعَذَّبۡنَا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (٢٥) إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦) لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧) هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدً۬ا (٢٨) مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ تَرَٮٰهُمۡ رُكَّعً۬ا سُجَّدً۬ا يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۖ سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ‌ۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ‌ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا (٢٩


7 comments:

High Power Rocketry said...

: )

Heical said...

Salam ,

Memang zalim mereka ini Bani Israel dan Amerika.Kedua dua sama .Orang Islam jangan guna barang mereka.Barang mereka ini bukan saja makanan tetapi teknologi2 seperti yg diguna dalam Communication.
Benci betul bila cerita mengenai Israel - org Arab buat bodoh saja.

Kembara Politik said...
This comment has been removed by the author.
Kembara Politik said...

Kita pakat2 mainkan peranan masing2.

Boikot produk US & Israel.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Kita sedekah duit setakat yang rasa kita mampu. Transfer duit ke akaun CIMB Mercy (sedekah). Insya-Allah.
http://www.mercy.org.my/main/latestupdates/latestupdates/palestinerelieffund2.html

Saya mmg hormat sangat2 dgn sikap prihatin Tun. Baca Wawancara Khas dlm Mingguan Malaysia 4 Jan 09 pun rasa penuh semangat. Tun mmg Negarawan Ulung & Pemikir Hebat!

Kalau semua pemimpin dunia Islam macam Tun, sure aman dan makmur dunia ni.

Jalaks said...

memen pn fikir soalan macam paksu tulis tuh..sape yang boley gantikan?..

-doa saje lah dan macamana pon cube lah boikot jugak barang2 yahudi nih..

coke pn same..paksu suka minum coca-cola..hehehe

Norshah said...

Salam Unkel, izinkan saya untuk promote satu kempen boikot iaitu "Kempen Sejuta TandaTangan Boikot Menentang Keganasan Israel" yang sedang di jayakan oleh saudara2 Sahabat Palestine. Nak maklumat lanjut bagaimana anda mampu menyumbang, boleh lah ke www.sahabatpalestine.blogspot.com .Kami mengalu2kan sumbangan dan sukarelawan bagi menjayakan kempen ini.

Maaf ye unkel, tumpang promot sat. Terima kasih

Little Bookworm said...

Kepada Norshah - kat uia pun dorg tgh edarkan kempen tandatangan tu. :) semoga berjaya!