Saturday, January 24, 2009

Memahamkan Maksud Saf Solat...

Semalam masa solat Jumaat, kebetulan aku pi terlewat sikit..so aku masuk masjid tu dari pintu belakang...

Bila dah habis khutbah maka berpusu-pusu lah semua yang kat luar tu (termasuk aku la tu...) masuk ke dalam bagi memenuhkan saf yang masih ada ruang...

Kemudian Imam mula solat dan semua makmum itu sama bertakbiratul ihram...

Selang beberapa saf di depan aku, ada seorang makmum maju ke saf depan dia pasal ada kosong...

Maka tempat dia yang asal tu tertinggal kosong...

Walaupun tengah solat, terganggu solat aku kerana melihatkan saf yang terputus kerana kekosongan tu...sampai habis solat kosong tempat tu...

Lepas solat baru aku perasan ada beberapa lagi tempat yang kosong macam tu kerana orang yang kat tempat asal tu bergerak ke depan maka dibiarkan kosong...

Rupanya masih ramai yang belum faham erti saf solat...

Sepatutnya orang yang sebelah kiri tu bergerak memenuhkan kekosongan, kemudian orang yang sebelahnya dan seterusnya...

Atau orang yang di saf belakang tu boleh bergerak perlahan-lahan ke tempat kosong di saf depan dia tu....tapi maybe diorang khusyuk solat sampai tak perasan ada kekosongan tu...

Aku teringat satu peristiwa di zaman Rasulullah di mana dalam satu peperangan, umat Islam dihukum oleh Allah SWT dengan kekalahan hanya kerana saf solat yang tidak sempurna...

Rasulullah SAW sentiasa menitik beratkan saf solat...dari segi rapat dan sama sebarisnya...

Sebab itu Khalid Al-Waleed, panglima perang yang hebat dan garang boleh terbuka hati untuk memeluk Islam hanya dengan sebab beliau mengintai umat Islam bersolat dengan saf yang teratur dan sama semua pergerakannya...

Jadi hari ini bila kita mewar-warkan menentang Yahudi dan musuh Islam, maka terlebih dahulu kita perlu lihat...andai para sahabat yang agung pun dihukum oleh Allah hanya kerana saf yang tidak sempurna, maka tidak mustahil kita juga hari ni sebegitu...

Perkara yang pada setengah kita nampak hanya remeh, tetapi itulah yang besar dan penting...

Ada pula sesetengah orang kerana hendakkan keselesaan dalam bersolat maka dia perlukan ruang lebih besar...maka saf tidak dirapatkan...

Kalau kita pernah menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram atau Masjid An-Nabawi, maka kita akan faham erti saf solat yang sebenar...betapa setiap inci itu diisi dengan manusia dan makmum...andai ada terluang sedikit ruangan antara kita dan orang sebelah, maka akan datang dari belakang untuk mengisi ruang itu...


Gambar Hiasan

Mungkin lepas ni kita boleh ambil lebih perhatian untuk menyedarkan masyarakat tentang hal ini...kalau kita solat di rumah berjemaah sekalipun, kita harus mengasuh ahli keluarga kita bahawa bukannya satu sejadah setiap orang, tetapi harus dirapatkan antara saf tu...


Kedudukan Saf Yang Salah



Kedudukan Saf Yang Sepatutnya


Pernah tengok siaran langsung solat Jumaat pembesar negara? Aku pernah jugak la, bila tak dapat menyempurnakan Jumaat di masjid atas sebab travelling atau lain-lain, aku tengok jugak kadang-kadang..hehe...perhatikan saf depan sekali yang terdiri dari pembesar negara...sorang satu sejadah kan...sejadah tu pulak besar...masakan Imam yang dok kat depan tu tak tahu hukum kan...apa guna melaungkan 'Istawwu'...'Lurus dan rapatkan saf'...atau tak berani nak menegur?...apa nak dikata...

5 comments:

penyapubaru said...

dalam solat leh gerak jugak kan,3 kali gerakan kalu aku tak silap la, cuma org maybe tatau/was-was/atau mcm hang ckp depa khusyuk sangat.

p/s kat asrama dulu mmg aku malas bwk sejadah, suke numpang sejadah orang.hehehe

p/s no 2 : ada skali tuh aku solat saf depan,tp kain aku tertanggal masa solat tuh, abis org blakang aku semua pakat gelakkan,sib baik i pakai suar pendek...

Unknown said...

Bab gerak tu betui, according to Mazhab Shafie 3 kali...
Tumpang sejadah maknanya rapat la tu...baguih2..hehe..
Part jatuh kain tu tak leh blah...nasib baik tok imam dok depan, kalau tidak dgn tok imam sekali gelak...

Jalaks said...

camner leh tanggal..satu imaginasi yang x dapat di bayang kan..kalu memen dah lame berair mate depan die..haha..

nway mmg betul lah ape paksu cakap..men penah tegur orang betul kan saf..die buat tak layan jer..ape nak jadi ,jadi lah..huhu..

chromosome XX said...

bro,camna nk tukar time hah?
edit2..salah plak..
kul 10mlm jd 5pg..

btw,kain jatuh..?hahaha...
tapikan kalau pmpuan smayg kat masjid pun ada jgak mcm tu..siap sorg 1 sejadah lg setengah tu..

Nik Adzhar said...

memang tak sepatutnya berlaku (saf kosong).Saling harap - mengharap,last-last takder sapa buat.