‘Bush ikut telunjuk saya’
BAITULMAQDIS 13 Jan. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mendakwa keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk bersikap berkecuali semasa pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu dibuat setelah beliau ‘bercakap’ dengan Presiden George W. Bush.
Menurut Olmert, AS pada mulanya akan mengundi menyokong resolusi itu. Berikut adalah kenyataan Olmert seperti dipetik dalam laporan berita AFP hari ini.
- Olmert minta petugas menelefon Bush, namun mereka menyatakan Bush sedang berucap di Philadelphia.
- Olmert tegaskan bahawa beliau tetap mahu bercakap juga dengan Bush. Presiden AS itu kemudian turun dari podium dan bercakap dengannya.
AS pada mulanya akan mengundi resolusi untuk gencatan senjata di Genting Gaza tetapi tiba-tiba berubah selepas Bush bercakap dengan Perdana Menteri Israel.
Itulah hakikatnya sesama Yahudi...walaupun ada antara penduduk USA sendiri yang membantah serangan Israel ke atas Gaza, tapi dah Presiden dia kena cucuk hidung sesama Yahudi macam tu, maka akan terus bermaharajalela lah Israel...apa nak dikata...
3 comments:
Macam DAP kat Malaysia ni la...Dia yang arah...PAS laksanakan...Tanah milik kekal..guna klausa "Syarat Khas" untuk gadai tanah Perak...si Nizar pakat ikut je..takut undi penentu hilang! Lebih kurang mcm Israel & US la tu..
Tengok dalam isu beli Camry...mula2 cakap tak nak tukar, siap kata ada lebihan dalam kos penyelenggaraan, dan kos itu disalur kepada rakyat miskin..
Alih-alih....kena tarik telinga dgn DAP...terus je cakap nak beli Camry...
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/mb-perak-berbohong-atau-flip-flop.html
Apa Nak Dikata? (Pinjam sat ayat hang).
Tengok pula kes kuota 50% perumahan. Mula2 isytihar 50%, bila Lim Kit Siang pergi pujuk terus balik semula 30%.
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/11/jadi-ke-tak-jadi.html
Apa Nak Dikata? (pinjam lagi ye? best plak guna ayat ni).
Post a Comment