Tuesday, July 7, 2009

Live With It, Die With It...

Kalau kita baca paper hari ni, hampir semua akhbar memuatkan kisah Mohan Singh...beliau meninggal dunia 25 Mei 2009 lalu, dan jenazah beliau menjadi rebutan antara keluarga dan Majlis Agama Islam Selangor...

Sebabnya ialah pada tahun 1992 Mohan Singh telah memeluk Islam di Pulau Pinang...

Akhirnya keluarga Allahyarham bawa kes ni ke Mahkamah Tinggi (Sivil tau, bukan Syariah)...dan semalam Hakim Rosnani Saub telah memerintahkan supaya jenazah Mohan Singh disempurnakan mengikut Islam kerana beliau pernah memeluk Islam dan Kad Akuan Islam tu adalah bunkti nyata...

Mungkin ada antara kita yang baca berita ni pernah terjumpa kes macam ni...tapi mungkin jugak heran kenapa boleh berlaku macam ni...

Aku dah pernah ceritakan kat salah satu entri blog aku ni (malas aku nak search sebab dah lupa tajuk hapa) berkaitan hal ni, yang mana aku sendiri pernah terlibat dalam perebutan jenazah...

Kisah berlaku dalam tahun 2005 atau 2006 aku pun dah lupa...waktu tu dah dalam pukul 3 petang..aku kat opis lagi la, masa tu masih di Pejabat Menteri Besar...then tetiba Ustaz Hashim Al-Hafiz dari Jabatan Agama Islam Perlis call aku, dia kata kena minta tolong orang Pejabat MB pulak, sekarang dia ada kat tokong mayat depan berek Polis Kangar...dia cerita sikit-sikit, aku pun bagitau MB, then dia suruh aku pi tengok apa yang boleh...so aku ajak la driver pergi...

Sampai je kat situ, dah siap ada kereta peronda Polis tunggu...geng-geng Cina semakin ramai...sama waktu aku sampai tu jugak lah YB Senator Siew Chun (Senator yang mewakili Persatuan Siam Malaysia) sampai...

Ok, jenazah tu ialah sorang wanita berusia dalam lingkungan 45-50 tahun, pernah memeluk Islam, kemudian tinggal bersama (bukan kahwin yaaa) dengan seorang Melayu haprak (yang hidup dia lebih Cina dari Cina..)..dan perempuan tu ialah seorang warga Thailand...jadi di tokong tu dia nak disemadikan cara Buddha oleh anak-anaknya yang berugama Buddha..dan mereka tak pernah tahu bahawa mak diorang pernah masuk Islam...

Lelaki haprak tu pun ada sama kat situ, tapi dia monyok diam je...

Aku dan YB Chun tadi pun mula berunding...geng-geng rambut kaler naik kereta ekzos besar dan muka kaki pukul dah mula ramai kat situ...aku tengok kereta Polis ada sebuah je, anggota ada 3 orang...cuak jugak...

Satu yang bagusnya anak-anak dia tak ganas...diorang bincang elok-elok...

Oh ya..lupa nak bagitau, kejadian berlaku bulan puasa...korang bayangkan diorang makan minum kat situ dan aku serta kawan-kawan nak kena hadap diorang...hehe...

Setelah berbincang dan kami kemukakan bukti, diorang setuju bawak keluar jenazah dari tokong, tapi memohon supaya jenazah di bawak ke Thailand...Ok aku setuju, aku terus contact Ketua Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, minta dia arrange tunggu dekat sempadan di sebelah Thailand...contact pulak pihak berkuasa kita, Polis, Imigresen dan Kastam bagitau hal tu, dan minta depa standby...masa tu dah petang sangat...dekat-dekat nak bukak puasa dah...

Then satu lagi masalah timbul...jenazah dah tak boleh diangkat keluar dari 'long' (keranda Cina)...sebab dah berair...ye lah dah tiga hari kat situ...

So aku betul-betul buat satu keputusan drastik, aku call MB, bagitau dia dan dia setuju...tau apa aku buat?..hehe...aku bawak keranda Cina naik van jenazah Orang Islam...hehe...tiga empat hari jugak la lepas tu kecoh kisah keranda cina naik van jenazah Islam...muhibbah gitu kan...

Maka bergerak lah kami ke sempadan Thailand, diiringi dua peronda Polis...geng Cina satu van Tokong diorang, dan beberapa kenderaan Jabatan Agama Islam Perlis...oh ya, lupa..anak-anak Allahyarham mintak nak naik van dengan jenazah mak diorang, aku bagi je...hehe..

Sampainya di pintu sempadan sebelah Thailand, sementara menunggu YB Chun buat clearance dengan Kastam Thailand, masuklah waktu berbuka puasa...tu pengalaman aku berbuka di perbatasan negara...eceh...

Lepas clear semua, kami masuk Thailand (ya tanpa sebarang dokumen, takde sekor pun yang bawak passport atau border pass..) diiringi Ketua Polis Daerah Padang Basa (Thailand la..)..so apabila tiba di Thailand, kami bawak keranda jenazah dan serahkan kepada pihak Imam yang mewakili Majlis Agama Islam Songkhla tadi, dan biar dia berunding dengan pihak keluarga...negara orang dah, kita takde hak la kan..

Dan kami dibawa oleh Ketua Polis tadi bersama YB Chun menjamu selera di sebuah kedai yang ada status Halal kat depan dia...dan makanan dia fuhh..memang sedap la...lapar kan...hehe...

Esoknya aku dapat berita bahawa pihak Majlis Agama Islam Songkhla serahkan jenazah tu kepada keluarga untuk diorang uruskan...hawau betul...

Tapi tak pa lah, sekurang-kurangnya di bumi negeri Perlis ni, kami berjaya halang satu jenazah Islam dari disempurnakan dengan bukan caranya...

Pengajaran dari kisah tu, kisah lain-lain lagi...kalau memeluk Islam tu, buat lah cara Islam...hidup secara Islam...bergaul dengan orang Islam (bukan tak boleh langsung bergaul dengan bukan Islam, tapi make sure diorang tahu bahawa anda dah memeluk Islam...)

Aku dan YB Chun berbual panjang lepas kes tu, dan kami simpulkan bahawa setiap penganut agama tu mestilah komited...kalau ko nak duduk dalam Buddha, jangan galak-galak seronok ikut jantan atau pompuan punya pasal nak memeluk Islam lepas tu cara hidup yang sama...kalau dan masuk Islam, maka pastikan tak de nak keluar-keluar lagi atau nak main-main saja...

Ada banyak lagi kes macam yang aku ceritakan...di Perlis saja ada banyak lagi...nanti bila-bila aku story pulak pasal kisah satu wanita yang konon di perdaya masuk Islam selama 3 hari, kemudian sekarang dah dekat umur 55 dia minta dari aku surat pengesahan bahawa dia bukan Islam...

So kepada yang berawekkan bukan Muslim tu..ingat, kalau anda berjaya Islamkan dia, jangan pulak lupa isi diri dia dengan keIslaman yang betul...jangan dia pulak yang tarbiyah anda tau...apa nak dikata...

2 comments:

Suria Azhar said...

u bukak posa waktu malaysia ke waktu siam?..haha..diorg sejam lambat dr kita tau..

AZIZAN & HAFIZAH said...

dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini...