Wednesday, July 22, 2009

Manik Koran...

Entri ni aku namakan Manik Koran..bukan sebab aku nak meniaga manik koran, tapi sebab ada segala mak neka yang aku nak tulis di bawah satu tajuk, dan setiap satunya pendek-pendek saja...

Oh ya, kepada yang tak tau apa tu Manik Koran (sumpah takde kena mengena dengan Manik Urai ok..), ianya ialah nama gelaran yang diberi kepada peniaga (selalunya DKK - Darah Keturunan Keling a.k.a mamak) yang menjual pelbagai benda sekaligus...dari gelang manik India sampai lah ke naskah Al-Quran...alah korang sure pernah jumpa la...tapi barang dia serba sikit la...

Ok back to entri aku...

1. Perlis Bukan Negeri Ke?

Aku tetiba tergatal tangan bukak website Huggies, sebab dah anak aku memang pakai Huggies, so mana la nak pi tau kot-kot ada Loyalty Program boleh jimat sebungkus dua diapers ke kan..hehe...

Then aku register la kat situ..bila part alamatnya, macm ni...



Kenapa takde Perlis?Abis tu aku nak letak apa?Takkan aku nak letak, Kangar, Perlis, SELANGOR ke pulak..

Aku tengah cari jalan nak email kat webmaster dia...buat masa sekarang biar aku bebel kat sini dulu..

Ingat lekeh sangat ke Perlis nih!!Ada Padang Besar la weiihhh....


2. Glamer Ke Macam Ni??

Aku heran betul la kes Roslin Hashim nih...aku pernah tulis dulu pasal perceraian dia lepas kahwin 12 hari..seriously aku takde masalah personal dengan dia langsung...warna kulit dia live pun aku tak pernah tengok..tapi aku ada sikit heran la dengan attitude macam ni..

Dah la cerai lepas kahwin 12 hari, itu tak pe la dah kata tak de jodoh...ni nak tuntut pulak RM50,000 dari bekas isteri dia...ganti rugi persiapan perkahwinan katanya...

Setahu aku diorang kahwin pun...cuma lepas tu bercerai...selalunya ganti rugi ni kalau tak jadi kahwin..tah la, aku bukan lawyer, tapi aku sebagai manusia biasa heran la...apasal kes yang dah lama orang tak amik port ni tetiba boleh nak keluar cerita bikin panas pulak...syndrom publisiti yang tak mahal ke..?Lantak le...


3. Hidup Biar Berbudi, Bongok..

Semalam ni aku ingat nak jadi manusia yang baik la...kisahnya begini..

Aku HoD kat satu Unit ni kan...so ada satu mamat ni, dia kat Jabatan lain...sejak aku dilantik HoD kat sini pun dia dah kat sana dah..aku bagi nama opis dia Jabatan M...dia kontrak yearly...

Baru ni bulan April aku dapat tau dia memohon supaya kontrak dia disambung...aku haram tak kisah pun...tetiba last week YB EXCO (yang jaga porfolio berkaitan Unit aku dan Jabatan M) call aku, minta aku buat surat menyokong sambung kontrak mamat ni...rupanya lantikan dia dulu bawah Unit aku daa...tapi dek kerana bos Jabatan M tu dulu baik dengan bekas HoD Unit aku maka main tukar ikut suka bapak diorang je...

So aku dengan penuh hemah pun semalam pergi ke Jabatan M...aku pergi nih, walhal taraf aku ni aku boleh call mamat tu suruh datang kat aku...tapi nak jadi baik punya pasal aku pergi la...tak apa...

Di Jabatan M tu, aku dilayan macam aku pergi nak mintak bantuan Kebajikan Masyarakat...maybe kerani baru tu tak kenal aku, dan style aku memang tak suka kenalkan jawatan aku...so aku pun ditunjukkan ke cubicle mamat tuh...

Mamat tu kenal la aku kan, so dia pun panggil aku...cheh...bukan dia nak datang kat aku tuh!!

Then dia tanya aku apa maklumat yang aku nak berkaitan dia, sebab aku kata aku nak buat surat tapi tak de maklumat...so aku bagitau, dia tulis...SAMBIL AKU BERDIRI DEPAN DIA MACAM BUDAK DEPAN GURU BESAR!!!celaka betul...

Dah abis tu dia tanya aku bila dia boleh ambik surat tu..aku kata surat tu aku akan hantar terus ke Pentadbiran...

Sampai sekarang aku belum buat surat tu lagi..dan kertas maklumat yang dia tulis masih dalam poket seluar aku, kalau bini aku basuh petang ni mungkin hancur...sori ye mamat, lu tak pandai jaga hati orang...


Cukup la aku merapu kali ni...nanti kalau ada lagi aku bukak sekali lagi gerai Manik Koran nih...oh ya, hari tu aku jumpa mamak manik koran kat mana tah, dah advance beb...dah ada jual kondom!!...apa nak dikata...

2 comments:

Amak Kongsi said...

Oh sangat kurang assam mamat tuh, saya pun pernah kena dengan staff macam ni. Dah la nak minta signature approval untuk claim & OT dia, tapi cara mintak tu macam !@#$%^&.. sabar jelah, Apo Nak Di Kato..Hehehe

Rifaie said...

bekeng gak uncle ni ek.. ekekke.. bagus gak klu maksu g basuh seluar tu.. hehehe..