Sunday, July 28, 2013

Bijaknya Syaitan...

Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung dua puluh hari Ramadhan...esok Isnin bermulalah fasa ketiga Ramadhan iaitu fasa Pembebasan Dari Api Neraka...

Dan InsyaAllah esok juga bermula lah pencarian Lailatul Qadar...aku dah pernah tulis dulu kat SINI...

Kali ni nak bercerita hal lain sikit...hal Syaitan...

Semalam aku spend time dok kat bengkel kereta. Biasa la kereta lama, dekat nak raya dia pun nak dimanjakan..minta tukar lower arm baru...maka aku dok je la menunggu kat bengkel tu sementara siap kereta...

Dalam pada tu sembang-sembang jugak la dengan dua tiga orang yang datang repair kereta jugak...

Dari bersembang bab kereta sampailah bab dok KL, jalan jem sepanjang masa dan sibuknya kota raya KL, maka bermula lah tajuk yang menarik ni.

Satu brader ni ceritakan seperti berikut...
-------------------------------------------------------

Saya dok KL sejak lahir bang...Family ada 10 beradik, dok kat Ampang. Saya balik dok Melaka ni dah 11 tahun, sekarang saya umur 43 tahun.

Dulu saya minum arak ni macam air sejuk bang. Masa sekolah lagi dalam bilik saya dah ada mini bar (peti ais kecik) isi tin beer. Makan nasik kat ruang makan, masuk bilik minum beer. Bapak saya tak marah bang, dia pesan jangan main dadah saja. Kalau main dadah dia akan bunuh saya.

Kemudian bila dah kawen saya balik dok Melaka. Masih minum dan main perempan bang. Judi nombor ekor pun saya layan bang.

Masa wife saya pregnant 6 bulan, dia ngadu sakit perut. Saya kata kejap lagi la, aku tengah sakit kepala ni. Saya tidur kejap. Kemudian isteri jerit panggil masa Maghrib,dia gugur dalam bilik air dan nampak bentuk baby yang sempurna. Saya nangis la bang.

Ayah saya dari KL datang ke Melaka, naik motor EX-5 ja bang. Lepas kebumi esoknya petang, ayah saya bagitau dia nak ke Gemencheh, saya marah tapi dia kata naik kereta kawan dia. So saya biarkan.

Menjelang Maghrib, saya dapat call dari nombor 06, rupanya Balai Polis nak sampaikan berita ayah saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Masa tu dunia rasa terbalik bang...semalam hilang anak, hari ni hilang ayah.

Dua hari lepas tu saya termenung luar rumah sorang diri pukul 2 pagi bang. Masa tu datang sebijik cahaya kecik macam kelip-kelip, turun depan saya dan menjadi seorang lelaki, berjubah dan berserban macam tudung wanita yang macam Arab pakai tu. Muka dia tak nampak mata atau hidung tetapi nampak kening yang bercahaya...

Saya tanya siapa dia, dia kata Ayah kamu. Saya kata Ayah saya dah mati, dia kata Ayah kamu yang sebenar iaitu Rasul...

Masa tu saya menggeletar bang. Macam-macam benda yang dipertunjukkan pada saya. Saya nampak orang-orang di perkuburan yang masih sangkut amalan mereka, menggamit melambai minta tolong. Saya nampak Ayah saya masih menunggu di kuburnya. Lelaki tu bawa saya, diajarkan satu doa dan disuruh saya tepuk bahu ayah saya dan semerta itu lah saya terbang ke langit bersama Ayah saya dan saya hantarkan ke sisi Ibu saya yang dah lama menunggu tersenyum...

Kemudian lelaki tu bagitau suruh saya berhenti minum arak. Saya tanya itu saja ka, judi dan perempuan macam mana. Dia kata judi takpa, tak haram sebab untuk menang judi tu pun kena berusaha, nak beli nombor kena naik kenderaan keluar modal pergi beli..dan dia ajarkan saya doa untuk menang nombor ekor untuk digunakan ketika terdesak. Dah dua tiga kali jugak saya gunakan bang doa tu dan dah dapat menang...Perempuan pun dia kata tak pa bang.

Kemudian dia suruh saya berpuasa seminggu lepas tu selama seminggu. Saya terus puasa esoknya tak tunggu minggu depan dah.

Banyak jugak amalan dan ajaran dia bagi kat saya. Dia ajarkan saya bahawa Al-Quran bukannya 30 juzuk tetapi 60 juzuk. Baki lagi 30 juzuk itu dilangit hanya untuk orang yang menerimanya.

Sampai sekarang kami masih berhubung bang. Saya bila sedih atau tertekan saya akan panggil dia, kami sembang dan dia akan ajarkan saya beberapa perkara baru untuk saya amalkan.

Kalau di kubur ketika orang baca Talqin, saya akan dapat lihat roh tu punya reaksi...macam mana dia melangkah samada lepas pergi ata tidak..

------------------------

Begitu la serba ringkas cerita dia. Panjang lagi sebenarnya tapi aku tinggalkan bab dia melatah termencarut, bab dia ulang cerita dua tiga kali, bab bulu roma dia meremang masa bercerita dengan aku dan lain-lain.

Ok, sekarang ulasan aku. Buat point la eh senang.

1. Aku macam nak percaya tak percaya bab dia minum arak bapak dia tak marah tu, tapi biarkanlah eh...

2. Bila kita dalam keadaan sedih, tertekan dan depress, masa tu adalah soft spot yang paling Syaitan suka.

3. Syaitan akan mencari ruang yang kita lemah. Andai ibubapa kita, maka dia akan mainkan isu ibu bapa...kalau anak, dia main guna isu anak...

4. Perkara amalan kita, yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para Sahabat Radiyallahu Anhum adalah apa yang kita amalkan. Andai ada ajaran yang baru, maka Rasulullah SAW telah menipu kita sebab antara sifat Rasul ialah Amanah. Mana mungkin Rasulullah menipu bukan...

5. Judi, terang-terang ada ayat Quran mengharamkannya. Kalau pi tanya pakcik kat kedai ekor tu pun dia akan kata haram kan...sama jugak pompuan yang bukan halal pada kita...

6. Dia berpuasa, itu bagus. Tapi kerana apa dia berpuasa? Bukan kerana Allah tetapi kerana disuruh oleh lelaki itu. Ini lah antara cara Syaitan menjatuhkan Akidah kita, dengan memujuk kita melaksanakan ibadah bukan kerana Allah...

Ok, itu serba ringkas la.

Pesanan aku ialah, kalau ada sesiapa jugak pun yang datang nak ajar apa-apa perkara baru dalam ibadat, maka tolak la ia.

Kalau sedih atau tertekan, banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran, kerana hanya dengan itu akan dapat memberi ketenteraman jiwa.

Ingatlah janji Syaitan dengan Allah SWT...bahawa dia akan menyesatkan seramai mungkin hamba Allah di dunia ini...

Semoga kita semua dijauhkan dari ujian ini dan diselamatkan dari gangguan Syaitan...

1 comment:

cik puan chahaya said...

Assalamualaikum..kenapa tak nasihat dia...atau tolong dia ke jalan yang benar..(sorry ye kalau cadangan saya ni ade terkasar bahasa ye).