Saturday, November 8, 2008

Antara Fatwa dan Kebodohan Yang Nyata...

Aku rasa by now dah ramai yang tahu tentang isu fatwa diperlekehkan...dikatakan stupid fatwa...that crap...dan sebagainya...nak lebih lanjut tonton video kat bawah ni...



Sebelum membantah atau berdemonstrasi atau menunjukkan kebodohan korang yang nyata...lain kali selidik dulu apa itu fatwa...

Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa?

KEPUTUSAN FATWA

Dari segi Bahasa
memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.


FATWA
Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

SYARIAT FATWA DALAM ISLAM

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

SKOP Fatwa

Isu atau masalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih)
Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.
Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.
-Sumber


So adakah fatwa kena mengena dengan korang yang bukan beragama Islam???

Lain kali selidik, bertanya dan kaji...sebelum buat satu benda yang bodoh....

Sekarang ni pasti akan timbul masalah...pasti akan ada laporan Polis dibuat oleh orang Islam yang lain kerana kamu menghina institusi Fatwa di Malaysia...

Lain kali kalau bodoh sekalipun jangan lah mengajak memanggil orang melihat kebodohan anda...kan sendiri dah malu...otak tahap tu aje le...apa nak dikata...

5 comments:

Akbalanas said...

ohhhh they did look stupid....

Kembara Politik said...

Inilah gaya kebebasan yang disyorkan oleh Pakatan Ranjang...

penyapubaru said...

la kelakar gile...konpius aku...
adeh laa...

Sembrol said...

Bila orang Bodo berlagak pandai macam ni la jadinye....

fikree fauzi said...

pandangan saya agak berbeza sedikit…

saya lihat mereka adalah anak-anak muda yang begitu menjaga hak kebebasan walau apapun 'kebebasan' yang dipanggil mereka, namun mereka mempunyai sebuah matlamat yang baik bagi mereka, kita hanya perlu memberi penerangan kepada mereka..

walau apa pun, perkara sepereti ini perlulah dibincangkan bersama secara ilmiah, terangkan kepada mereka apa itu fatwa, 'dengan cara yang berhikmah'.

saya selalu memberitahu diri saya, anggaplah bahawa setiap manusia ada kebenaran di dalam hati, dan setiap kebenaran itu ada dalam sebuah bilik, kita hanya perlu memberi hujah iaitu kunci yang betul untuk buka kebenaran di hati mereka... kerana itulah cara Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada musyrikin mekah, jangan tunjuk kita ada power dan mereka tidak boleh menyanggah kita.

'batu boleh pecah'
'besi boleh cair'
'kaca menjadi debu'
'hati manusia lagi lembut dari itu'

jadi jangan gunakan perkataan "bodoh, bangang, tak reti" kepada mereka.... anggap mereka sebahagian dari kita yang menumpang bumi allah, sama-sama kita kembali dengan keredhaanNya...

Jadikan mereka rakan kita

berdoa agar mereka dapat menjadi rakan kita, orang seperti ini sekiranya mendapat kebenaran, mereka akan menjadi pembela Islam yang amat hebat.

siapa percaya khalifah terulung Umar r.a yang sering menitiskan airmatanya mengenangkan Allah dahulunya adalah penentang Muhammad saw yang hebat..

renung-renungkanlah sahabat2 ku…