Wednesday, November 19, 2008

Koleksi Kebodohan Yang Terlampau...

Dua tiga hari ni agak sibuk...tak sempat nak ikuti sangat berita-berita politik sensasi dan blog-blog serta laman-laman forum...

Tapi ada dua tiga isu dan kenyataan yang keluar dalam seminggu ni yang pada aku layak kita kategorikan sebagai bodoh terlampau..(maaf ye kalau ada yang tak setuju dengan ayat itu..)

1. Diskaun tol 10 peratus

Kenapa aku kata bodoh?

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.

Katanya, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Aku ni bukan jenis yang boleh drive malam..waktu nak balik ke Butterworth atau Melaka dari Perlis ni, aku akan bergerak waktu siang...kalau lewat sangat pun setakat pukul 10 malam saja...lebih aku tak mampu...

Rata-rata ramai jugak yang macam aku...tapi still ramai yang suka jalan malam...Malam banyak bas dan lori treler besar-besar...

Aku pasti lepas ni akan lebih ramai cuba untuk bergerak waktu tengah malam untuk menjimatkan kadar tol..ye la..bak kata menteri tu kan nak bagi trafik lebih banyak waktu tu...

Yang aku takutkan ialah bila orang yang tak biasa tapi nak mencuba..drive malam ni bukan sesuatu untuk dicuba...apa yang boleh terjadi?..rasanya kita masing-masing boleh fikir dan bayangkan...apa nak dikata...


2. PM nak selesai kemelut Wanita UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan ‘menyelesaikan’ kemelut dalam pergerakan Wanita parti itu sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air dari lawatan rasminya ke dua buah negara di Asia Tengah.

Katanya, beliau tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak “kerana tidak mahu mengganggu mereka”, namun beliau tidak mahu masalah itu akan membawa kepada perpecahan hingga pergerakan itu menjadi lemah.

Hehehe...macam tikus nak membaiki labu la pulak...ye Lah...apa nak dikata...


3. Rafiah Takde 'Benda Tu'..

Sedih aku dengar satu kenyataan dari mulut seseorang yang pernah duduk sebagai Naib Canselor Universiti Malaya...seorang yang sewajarnya dihormati kedudukan kerana akademiknya...apa dia kata...

"Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.


Datuk...Datuk bermula Mei 2006..kontrak Datuk dah pun disambung 6 bulan sampai November kan...tu dah dua tahun setengah...

Lagipun dasar kontrak memang macam tu Datuk...kalau orang tak sambung bukan bermakna dipecat...tapi tak sambung kontrak...

Kalau nak kata pasal 'benda tu' la Datuk kan...kenapa Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama tiga tahun? Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin pun orang sambung kontrak dua tahun lagi sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)...

Maybe something to do with your reputation masa NC Datuk? Ring some bell?..hehe..apa nak dikata..


4. Raja Petra Kamarudin lagi...

RPK buat laporan Polis terhadap JAKIM...kerana apa?

Kerana pegawai agama JAKIM memberi ceramah di kem kamunting dgn mengatakan Islam adalah ajaran sebenar dan ajaran lain adalah palsu, Al Quran adalah kitab suci yg sebenar dan kitab suci agama lain adalah palsu.



So dia tak puas hati...dan buat laporan Polis...hehe...apa nak dikata...

4 comments:

SYARIENARIFEN said...

KEJADAHNYE TOL TRN 10% DR 12TGHMLM HGA BAPE PG TD UNKEL? 7PG KN..

SY TAK SETULU!!!! ECEH..AYAT BR KITORG..SETULU..HEHE..

YE LA BYGKAN KAMI YG RAKYAT NI BAPE SGT LA NK LALU BLK KG KA APA KA TGH2 MLM..
MMG LA NA SUKE DRIVE MLM TP..
SDGKN YG VVIP MANE2 YG ATAS2 TU ADE LALU TOL BYR?? ADUHHH....

PLZ LA...

AKU TAK SETULU LANGSUNG LA..

MCM PG TD G KEJE..DGR LA RADIO APE TAH YG BERITA JE SUME TU..
SO TD DGR LA YG PARLIMEN BSIDANG TU..APE TAH NAME DIE..

THEN MS TU DGR PASAL PEMBENTANGAN PENURUNAN HG BRG..
RS MCM TAK PUAS ATI LAK.
SBB ADE NA DGR MCM HURRMM
BKN KJN YG BTANGGUNGJWB UTK MENURUNKAN HG BRGN.
IF BKN KJN YG MSK CMPR, SAPE LG YG BULEH BTINDAK DLM USAHA MENURUNKAN HG BRGN.
DIE KATE MCM KALO NK TRNKAN HG BRG, SO KENE PIHAK2 YG NAK JOIN JE YG BULEH SETULU UTK TRNKN HG TSBT..
CTH MCM TESCO JOIN JE..GIANT JOIN KE..
ABES KALO YG KEDAI2 KECIK NI, BULEH TRUS LA IKUT HG SKANG YG TGI TU?MEAN TAK STABIL LA SUME HG BRGN..THEN ORG BLEH NAEK TRNKN SESUKA HATI..BTOL TAK?

NTAH LA..

HG MYK DH TRN, ALHAMDULILLAH LA..
SENANG KITE UTK BGERAK.
TP HG BRGN MKN N SO ON TAK TRN2 LG..
ABES RAKYAT YG BWHN NI YG SUSAH NI NK MKN APE?KALO HG BRGN TERUS MENINGKAT...

ALAHAI..

*UNKEL..BTLKN NA K KALO ADE YG SALAH..MEPEK LAK PPG NI..HEE...

penyapubaru said...

aku balik kampung mmg kul 12malam...yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

spesis kluangman

erkkkk na sabau naaa

SYARIENARIFEN said...

EKEKEKEKEKE...

cikpia said...

aku nak balik kampung taklalu banyak tol sangat,so tak kisah la nak gerak kul baper pun.... he he....