Aku tak bertujuan membela Shahidan atau KWSP..lebih-lebih lagi nak bela pemain-pemain bola ni...cuma aku nak kongsi beberapa perkara yang dalam pengetahuan aku sedikit sebanyak la...
Memang Shahidan sendiri akui bahawa hutang dengan KWSP tu wujud...tapi kena faham pasal apa....
Perlis ialah sebuah negeri yang kecik..hasilnya kurang, tapi peminat mendambakan satu kemenangan dan pencapaian bolasepak yang baik...jadi Shahidan telah berusaha menaikkan martabat bolasepak pasukan Perlis dengan pelbagai cara...
Semua tu memerlukan duit..nak import player kena duit..nak bagi sumbat gol lebih pun kena bagi duit tau!!!...bukan free...aku pernah berada dengan Shahidan masa dia call bercakap dengan seorang bekas pemain Perlis..."You score one goal I give you RM1000.00..."...hehe...
So memang pernah dalam pengalaman aku bekerja dengan beliau, beberapa pemain dan pengurusan sering datang ke Pejabat MB untuk mintak 'sumbangan' atau wang untuk apa-apa kegunaan la...nak balik kampung la, gaji lambat cari dia jugak la....
Dan Shahidan yang memang terkenal tak pelokek ni sentiasa bagi duit...malahan pernah jugak dalam pengetahuan aku beberapa kali dia sendiri suntik wang untuk bayar gaji dan bonus pemain...
Tapi walaumacam mana pemurah sekalipun, takkan la dia nak bayar sekali dengan caruman KWSP kan...?Dia bayar gaji supaya pemain2 dan keluarga mereka tak sempit, makan cukup, hidup selesa...cukup la...
Setidak-tidaknya satu pujian kena bagi pasai dia bertanggungjawab terhadap depa...nak harap duit PFA nak mai mana...bukan negeri besaq mana pun...tu pun sentiasa dibantu oleh dermawan-dermawan macam Bintong Construction, Gapura, Nam Fang dan sebagainya...tapi tau la players pun..demand weihh!!!..hehe...
Aku macam mana pun terharu dengan langkah Shahidan kemarin...
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim akan membayar tunggakan caruman pemain negeri itu kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM900,000 secara ansuran selama dua tahun bermula bulan ini.
Difahamkan, jumlah tersebut merupakan tunggakan bayaran caruman PFA bermula September 2005 sehingga Ogos tahun ini.
Beliau juga akan menggunakan wang simpanan KWSP miliknya sebagai jaminan peribadi sekiranya gagal melangsaikan tunggakan dalam tempoh tersebut.
Shahidan berkata, persetujuan itu telah diterima oleh KWSP selepas mengadakan perbincangan.
- Selanjutnya...
Pada aku dia telah buktikan dia bertanggungjawab dengan cuba menyelesaikan masalah ni...kalau dia nak lari senang ja, dah la tak jadi Menteri Besar dah, letak jawatan PFA, habis cerita...tapi aku tau Shahidan...dia takkan lari, especially bila bab duit..dia akan bertanggungjawab...
FAM memang senang cakap saja, walhal banyak lagi masalah persatuan negeri yang dicipta oleh FAM...dan Shahidan jugak kena teruk pasal keadaan politik la...kena faham...
Aku lebih suka ambil pendekatan benda yang betul kita tak harus sanggah...hehe...teringat ada satu forumer online yang 'kanyiaq' ni dia kata aku sokong pasal Shahidan bagi duit kat aku...hehe...tak de kena mengena la dik ooii...dulu aku kerja dengan dia...sekarang dah tak kerja dengan dia...yang betul aku puji, yang salah aku kondem...tu je...hehe...
Kalau semua benda dia buat kita nak kata salah hanya kerana dia tidak lagi di atas, tak boleh jugak la kan...kalau kita tengok di 5 negeri yang ditawan tu pun, semua MB dah ambik alih pengurusan bolasepak...tapi Perlis masih unik kerana mengekalkan pengurusan lamanya...teringat pulak aku ayat Shahidan masa ditemuramah hari tu..."Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Perlis supaya beliau boleh melibatkan diri lebih banyak dengan sukan untuk menunjukkan prihatin beliau..."....hehehe...apa nak dikata...
1 comment:
Biasa la tu unkel, nak puaskan hati orang ni bukan senang, buat baik salah, tak buat baik pun salah.
Manusia akan sentiasa mengkritik, it's in our blood. Lantak depa la, tak luak kita dengan cemuhan dan kata-kata depa semua.. katalah apa nak kata.
Post a Comment