Tuesday, January 6, 2009

Aku Menangis Tengok Gambar Ni...

MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.

"Serangan terbaru hari ini menyebabkan 13 orang terbunuh termasuk tiga adik-beradik yang rumah mereka dibedil sementara empat lagi kanakkanak terbunuh akibat serangan peluru berpandu rejim Zionis,"

Aku menangis kerana aku seorang Islam, saudara aku sedang dibunuh...

Aku menangis kerana hanya mampu berdoa dari jauh...

Aku menangis kerana aku juga mempunyai 3 orang anak...






Sememangnya Yahudi ini telah lama bersedia dan merancang membunuh Umat Islam beramai-ramai...

Israel bina model Gaza City untuk latihan perang

BAITULMAQDIS 5 Jan. - Tentera Israel dilaporkan menjalani latihan serangan darat ke atas Gaza sejak 18 bulan lalu dengan menggunakan model bandar yang dibina di padang pasir.

Jurucakap tentera, Avi Benayahou berkata, askar rejim Zionis telah memahami selok-belok Gaza City dan daerah sekitarnya menerusi latihan itu.

"Askar kami dilatih sejak lebih setahun lalu dengan menjadikan model Gaza City yang dibina di pangkalan Tsehilim di padang pasir Negev,'' katanya.

Kawasan itu terletak di selatan Israel dan berdekatan dengan Gaza.

"Kami berjaya memusnahkan sebahagian besar kubu utama Hamas tetapi kami akan terus menyerang dan ia akan mengambil masa," tegasnya.




Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.

4 comments:

Amak Kongsi said...

jahat dorg ni, org islam depa kata terorist, depa lak ape dia?? p bedil sana sini..bila la tsunami nk p tmpt depa hah??

Kembara Politik said...

Kita hanya mampu berdoa dan memberikan sumbangan apa yang termampu.

Tapi kesedaran kita untuk menjadi bangsa yang mencipta tamadun perlu disemai dari kecil lagi. Kalau kita tidak mahu diinjak-injak seperti sekarang, Melayu dan seluruh umat Islam perlu rajin.

Saya melihat pemikiran untuk mengubah nasib bangsa ini melalui inspirasi yang ditimbulkan oleh Y.Bhg Tun Dr Mahathir. Cuba baca post terbaru Tun yg bertajuk IN DEFENSE...Matematik & Sains.

Kita jangan abaikan Sains dan Matematik. Kita mundur dan ditindas sebab kita hanya tergolong dlm masyarajat penggunna. Bukannya pencipta. Sampai bila2 kita takkan jadi kuasa dunia. Dan sampai bila2 jugalah umat Islam akan ditindas sewenang2nya. Tapi usaha Tun banyak halangan oleh bangsanya sendiri. Itu yang menyedihkan kita.

Kita lihat anak bangsa kita di universiti, lebih gemar berarak berdemontrasi politik,...dari belajar ilmu sebanyak mungkin untuk membina tamadun Islam yg gemilang. Sepatutnya ahli politik kita lebih memikirkan kepentingan mahasiswa sebagai aset pembangunan ummah dgn menyuntik rasa cinta ilmu. Jangan suntik semangat menentang sehingga mahasiswa hanya cukup makan dan tiada nilai yang tinggi.

Saya selalu berpesan pada adik-beradik dan saudara-mara. Semasa belajar, belajar bersungguh2. Dah habis belajar boleh buat sesuatu yang orang tak pernah buat. Kalau minat politik, barulah berjuang bersungguh2 demi agama dan bangsa.

melayuangkat said...

Mak Cik pun menangis...

Dan BerDoa untuk mereka..itu saja yang mampu.

Salam.

kfaisal said...

Salam bang,
saya link'kan gambar dlm blog abang di blog saya..
Sengaja ingin saya maklumkan pada abang.. Harap abang tak kisah..