Sunday, January 25, 2009

Antara Tahun Lembu, Feng Shui dan Mendidik Anak...

Sempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok ni, rata-rata rangkaian TV samada TV percuma atau kable berbayar akan siarkan rancangan berkaitan Tahun Baru Cina...

Tak ketinggalan jugak rancangan dokumentari, talk show ataupun rancangan informasi yang akan menyelitkan unsur-unsur Gong Xi Fa Chai...

Ada yang setakat hanya menampilkan pengacara berpakaian Cheongsam dan berlatarbelakangkan warna merah...dan ada yang menceritakan tentang perihal sambutan Tahun Baru Cina dan yang berkaitan dengannya...

Aku terbaca di satu forum baru-baru ni tentang seseorang yang agak marah dengan satu rangkaian TV ni kerana slot rancangannya yang menceritakan perihal Feng Shui...katanya anak beliau yang kecil menonton dan menimbulkan kesangsian di dalam hati anak tersebut...maksud dia tu anak dia keliru la antara Feng Shui dan ajaran Islam....



Aku tak komen dalam forum tu (maaf kalau ada pengunjung blog ni yang berasal dari forum tu, tak berniat nak bawak isu keluar..)...tapi aku terasa nak tulis sikit la berkaitan hal ni...

Pada aku kita tak berupaya nak sekat apa yang disiarkan...malahan kita harus sedar kita tinggal dalam dunia yang bercampur sekarang ni...kalau tak disiarkan kat TV pun, kat luar rumah anak-anak kita akan terdedah jugak dengan itu semua...

Aku nak kongsi pengalaman aku masa kecik...aku tinggal di Butterworth...kawasan perumahan aku tu, sederet rumah teres yang hanya ada beberapa buah rumah Melayu...depan rumah aku Cina...sebelahnya India...aku berpeluang tengok macam-macam ritual mereka...babi panggang pernah bersemayam depan rumah aku setahun beberapa kali...nak buat macam mana...kita bukan radikal dan ekstrim sampai nak tetak mereka sebab tu kan...

Tapi dalam masa yang sama ibu bapa aku mengajar kami tentang apa yang betul dan apa yang salah di sisi Islam...tak pernah pulak aku teringin nak buat apa yang mereka buat...dan tak pernah pulak aku pergi marah Ah Tek depan rumah tu bila dia sembahyang Tok Nenek setiap pagi...Lakum Deenukum Wa Liya Deen...

Berbalik kepada TV tadi...kalau kita tengok rancangan kanak-kanak pun banyak yang tak ikut landas Islam..aku ambik contoh paling mudah dan semua orang tahu, Doraemon...Doraemon tu ikut Islam ka? Ada ka boleh keluarkan apa yang kita nak buat dari kocek kat perut? Tak de kan...

Tapi kita biarkan anak-anak kita tonton, sebab naluri kanak-kanak suka kartun...tapi dalam masa yang sama kita terapkan dalam diri anak-anak kita bahawa tak semua kartun tu betul...takkan lah kerana itu kita nak haramkan anak-anak kita dari menonton TV langsung...

Sebab itu, tanggungjawab mendidik yang paling penting ialah di bahu ibu bapa...apa jugak yang disogok ke dalam pemikiran anak-anak sekalipun akan berjaya di kekang andai kita mampu neutralize semula benda tu...

Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat baginda yang bermaksud bahawa umat Islam di akhir zaman lebih tinggi iman mereka berbanding para sahabat kerana mereka beriman dengan Rasulullah tanpa melihat Rasulullah...mungkin juga kita boleh katakan kerana cabaran antara agama adalah lebih hebat di zaman kita ni...

Aku bukan orang yang percayakan Feng Shui atau Zodiak Cina...tetapi kawan-kawan aku yang berbangsa Cina tetap aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina di tahun Lembu ni...dan mereka akan membalas terima kasih dan ada yang menceritakan perihal telahan tahun Lembu ni kepada aku...terima kasih...



Tiada agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya menghina agama lain, kecuali penganut mereka sendiri tu yang ekstrim...maka kita jangan lah menjadi umat Islam yang ekstrim dengan membenci agama lain bagi menyembunyikan kelemahan kita mendidik umat agama kita sendiri...apa nak dikata....

3 comments:

penyapubaru said...

iye uncle, aku mmg tak suke orang yang radikal,
ucap itu takleh, ucap ini takleh,
meri krismas takleh ucap,hepi deepavali takleh ucap
tp time cuti perayaan tuh, dia cuti bleh plak kan...konpius aku

kalu aku dpt email2 mcm tuh mmg aku padam je semua, malas aku tengok

ada otak kan semua, leh berbeza apa yg salah apa yang betul,

chromosome XX said...

babi panggang depan umah..?
hahaha..dah lama tadak babi panggang kat cni...
last skali myb masa maknya mas mati...ada la babi panggang sekoq @ babi golek kat depan umah dia...
kami suma siap kua sebok2 nk tgk lg...hehe...
tapi tak penah plak tingin nak mkn babi...
owh,masa mak autny teresa means tok calvin mati,ijah n abah siap ziarah lg kat depan skolah st.mark...
tapi tak penah tingin nak masuk agama hindu pun...

p/s:time dh btol...tq

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Mak Cik pun membesar dikelilingi oleh jiran pelbagai bangsa dan Agama.
Lihat juga ritual mereka macam macam jenis tetapi TAK TERDETIK pun nak ikut cara mereka.

Sekarang ini macam macam teori dan ramai sangat tukang menghukum. Sebenarnya ibubapalah yang bertanggungjawab atas didikan anak anak masing masing.

InsyaAllah swt kalau kuat 'dalaman' anak anak kita, membesar keliling siapa dan tonton filem apa pun tak berganjak iman dan pegangan mereka.

Waallahualam.