Friday, January 30, 2009

Tahniah YB Jamil dan Marzita...

Alhamdulillah...sahabat baik aku YB Abdul Jamil Saad selamat diijabkabulkan dengan Marzita Mansor...bekas Ketua Puteri UMNO Perlis...



Exco Perlis kahwini bekas Ketua Puteri Umno

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis Abdul Jamil Saad, 47, yang menduda sejak hampir dua tahun, melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Puteri Umno Perlis, Marzita Mansor di sini, malam semalam.

Majlis akad nikah yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kampung Guru, dekat sini.

Akad nikah dengan mas kahwin RM5,500 dilakukan sendiri bapa pengantin perempuan, Mansor Ibrahim dengan disaksikan imam Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kassim Abu.

Abdul Jamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sena berkata, beliau mengenali isterinya telah lama tetapi bibit cinta bermula selepas Marzita kematian suaminya Azhar Othman, yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Julai tahun lalu.

Abdul Jamil yang mempunyai tiga anak pula kematian isteri, Saliza Shaari pada 21 Mei 2007 akibat kanser manakala Marzita yang mempunyai lima anak turut memelihara dua lagi anak Allahyarham Azhar bersama isterinya yang terdahulu.

“Kami kini mempunyai sepuluh anak dan kami tidak mahu komen sama ada jumlah itu perlu ditambah,” kata Jamil kepada pemberita selepas majlis akad nikah.

Mengenali Jamil, arwah isterinya dan anak-anaknya...aku amat respect dengan Jamil...Tabah dalam menghadapi segala masalah...dalam masalah peribadi, ada pulak masalah politik, semua dapat dia harungi...

Kenangan antara aku dan Jamil amat banyak...kami pernah kerja di bawah satu bumbung (aku Pegawai Khas dan dia Setiausaha Politik)...pernah drive bersama ke KL tengah malam...pernah bersusah senang dengan dia sama-sama...

Marzita pun aku kenal agak baik jugak...masa dia banyak di Perlis sebelum ke KL dulu selalu jumpa kat pejabat...

Sesungguhnya rezeki dan jodoh itu di tangan Allah...

Aku doakan agar kedua-dua YB Jamil dan Marzita akan bahagia selamanya...Ameen...

4 comments:

Suria Azhar said...

if i die..u wait for my sign in your dream..i'll let u know first who u should and who u should not marry..otherwise i wll become a puntianak and kacau rumahtangga u tiap2 malam..heh!

perfectwater75 said...

Salam,

Confirm boleh lagi YB lepas ni...hehehe! rezeki anak katakan....Dia tak jemput mantan Bentara Negeri DSSK ka???

pentakde said...

hahahaha....ai maksu...takkan camtu skali....tapi takpa uncle hebat gak...skali hembuih ja..puntianak boleh lari...jangan marah da....just a joke..

melayuangkat said...

Syukur Alhamdulillah dan Tahniah!!