Wednesday, August 19, 2009

Ceritera Alam Maya...



Tak dapat dinafikan internet kini amat penting dalam hidup...aku tak pasti dengan orang lain, tapi bagi aku, isteri dan anak-anak, aku lebih rela akaun Astro kena potong berbanding internet...serius...

Aku baca paper kat internet...aku sembang dgn orang kat internet...aku cari bahan berkaitan kerja kat internet...aku bayar bil kat internet...aku luahkan perasaan (eceh) kat internet...kadang2 aku cakap dengan bini aku pun kat internet...hehe...agak melampau la kan, tapi itu ialah realiti...

Dan bila kita dah berada dalam alam maya ni, banyak benda kita jumpa...banyak kawan kita kenal...samada kawan-kawan lama yang dah terpisah, aku dapat jumpa melalui Facebook...ataupun kawan-kwan baru melalui menatang tu jugak ataupun blog-blog...

Saja aku nak buang masa korang baca beberapa kisah menarik alam maya yang aku nak story nih...

Kisah Satu : Jadi Jahat Melalui Internet

Selalu kalau orang kata internet jahat, merujuk kepada melayari laman web porno lah (sure rating visit aku bertambah dengan perkataan nih..haha...)

Tapi ada jugak kejahatan lain..aku tak mau ambik contoh phishing atau scam melalui email dan segala mak neka tu...

Aku nak ceritakan tentang perangai sesetengah manusia bila di alam maya...

Antara fenomena terpenting sekarang ialah Facebook la kan, sampai kerani Baitulmal sambil tulis cek pun bukak Facebook (lain kali pusing la monitor tu jangan kasi orang nampak...hehe..)

Baru-baru ni wife aku bercerita...

Ada satu friend dia kat FB ni dah berkenalan dengan sorang mamat kat FB jugak...ni semua kes baru belajar main kenalan-kenalan kat alam maya la...

Then mereka keluar dating...then happened what happened...alah korang, takkan itu pun aku nak cerita...paham je la...

Masalah utamanya...perempuan tu dah kahwin...wife aku bagitau, sebelum ni dia ada publish gambar laki dia, tetiba je dia delete semua gambar laki dia, kengkonon tak nak mamat tu tahu dia dah kahwin la...

Aku pendekkan cerita (tak baik cerita banyak-banyak aib orang tau...) maka laki dia pun dapat tahu...maka laki dia trace semua kengkawan alam maya dan realiti, termasuk lah wife aku, dan telah disoal selidik..terkejut jugak aku satu malam tu wife aku cakap telefon macam kena soal siasat dengan pegawai bomba...

Ko bayangkan, what happened the night happened what had happened tu (faham tak ayat aku?) adalah selepas 2 (DUA) hari bekerja berkenalan...ish...

Rupanya si pompuan ni sebelum ni punya lah decent, baik...tetapi berubah sekelip mata...manakala si jantan keparat tu memang playboy yang main pompuan, walhal amat takut dengan bini sendiri yang dia peram dalam rumah tanpa kemudahan internet...

Apa yang aku nak cerita ni?Ok..ok...macam ni, alam maya ni, bukan semata-mata tempat nak jadi jahat cik ooi...ada macam-macam manfaat kita boleh dapat kat sini...tapi kalau ko niat nak jadi jahat dan try apa-apa yang forbidden, sekelip mata ko boleh dapat, dengan hanya satu sentuhan jari saja...

Bayangkan sorang yang baik, berubah jadi hampeh dalam masa dua hari...pasal apa..pasal niat dan tujuan...


Kisah Dua : Over Acting Di Alam Maya...

Hehe..sama jugak venue dia, Facebook...

Ada satu mangkau nih, dia friend wife aku..ok dia adalah lelaki...

Tetiba satu hari, bini dia gunakan akaun FB dia dan terus attack wife aku kat FB Chat...soal selidik...nasib baik wife aku silat balik kata laki dia yang add...haha...so bini dia pun cool...

Kemarin, wife aku ada post satu part of lagu Search kat FB...aku macam biasa akan menyahut komen...err kalau korang kenal kami kat FB, memang kami agak gila-gila bila saling komen mengkomeni berdua...haha...then one of our friends yang kenal kami pun join jugak merapu-rapu kat situ...

Tetiba aku nampak satu komen yang bukan dari friend aku, mamat tadi tu la yang mangkau tuh, dia macam kondem-kondem wife aku...cakap kata tak bagus le apa le...

Aku diam je, tapi wife aku dan our friend tadi dah hentam dia...

Melarat pulak lepas tu dia YM wife aku..ye la, kat info FB tu kan ada letak YM Id...

Dia sound perangai pompuan macam ni tak elok la hapa la...macam-macam la, kengkonon dia macam pencegah maksiat alam siber la...

Wife aku sound selamba je...yang lawan-lawan komen tu ialah laki aku...apa ko peduli...hehe...

Rupanya ada bodohnya jugak...kat status tu kan ada tulis Married to Azhar Abdullah...hehe...rupanya bangang tapi nak menyibuk...

Last-last kena remove from friends list la...haha...

So jangan lah kita over acting kat alam maya nih...kita bukannya kenal orang...kadang-kadang kita tak tahu pun, tah ke yang chatting dengan kita tapi ngaku seksi tu adalah hancusssss...hehe...


Banyak kisah menarik yang kita jumpa seharian kan dalam alam maya ni...kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih...ambik pengajaran dan teladan dari semua tu...

Yang paling penting...jangan nak menggatal dalam internet...silap-silap bini sendiri pasang perangkap weihh...haha...apa nak dikata...

1 comment:

Hazrey said...

If u think you wanna win a war on the internet, then you must be a loser. Big loser. Tell him that.