Wednesday, August 12, 2009

Siapa Pandai Lukis Toyol?

Yesterday, seperti rutin biasa setiap hari, sebagai menunaikan tanggungjawab bapa mithali (eceh..) kepada anak-anak aku, aku tanya diorang ada homework tak...and memang kebiasaannya homework kat rumah ni mesti kena siap sebelum Maghrib, because aku dan wife amat strict dalam hal tidur awal ni...bebudak ni malam sekolah je mesti pukul 9 dah masuk bilik...

So yang abangnya, Adam, yang dalam Tahun 4 bagitau dia ada homework Bahasa Melayu...manakala yang adiknya Rayyan, Tahun 2 pulak bagitau dia ada homework PSV...oh ya, kalau anda bukan guru dan tidak ada anak bersekolah, PSV ialah Pendidikan Seni dan Visual...ala zaman kita sekolah dulu orang panggil subjek Lukisan la tu...

Then dia sambung ayat dia.."adik kena lukis toyol..."

Aku yang tengah drive masa tu terkejut jugak, nasib baik tak brek..."Lukis toyol??!".."Buat apa?"

"Ala buat topeng la Baba...Ustazah kata boleh lukis toyol ke, Mr Bean ke..buat topeng.."

Aik...heran jugak aku..sepanjang zaman aku sekolah dulu, kalau time buat topeng ni memang feveret cikgu lukisan ialah gambar binatang la...dan feveret budak-budak pulak ialah gajah la...wajib ada telinga lebar..haha...paling tak reti lukis ialah kucing, senang sangat kan, misai ada 3 garisan setiap belah...hehe...

Tapi budak zaman sekarang ni lukis topeng gambar toyol...yang lagi best tu, yang mengajar PSV tu pulak ialah Ustazah...

Part dia kata lukis Mr Bean tu aku leh la terima jugak..Mr Bean dah jadi icon budak-budak macam Ultraman, Batman, Spiderman dan Cicakman...cuma aku sangsi ada ke budak nak lukis Mr Bean buat topeng...biar lah part tu..

Tapi yang aku amat rasa concern ialah lukis toyol...

Kenapa aku concern sangat?

Sebab pernah ke kita jumpa toyol dalam erti kata sebenar..?Selain dalam filem Melayu dan Indonesia, selain dari pameran mistik dan hantu...ada ke kita nampak toyol dalam hidup kita?

Pernah ke ada orang buat siri kartun toyol macam Batman?

So macam mana budak-budak nak lukis toyol?Base on siapa punya gambaran?Kalau lukis Batman, ikut komik Marvel...kalau lukis gajah, ikut rupa gajah tu le..kalau lukis Cicakman, ikut filem KRU...

Tapi toyol...ish...

Ke-concern-an aku yang kedua ialah gurunya Ustazah...sepatutnya Ustazah perlu didik anak-anak kita supaya jangan percaya yang tahyul dan khurafat nih...ni dia pulak yang suruh lukis toyol...kat rumah kita ajar dia mana ada hantu dalam dunia ni...(sebab anak-anak aku takut nak pergi bilik air sensorang, so kena la wife aku jerkah mana korang pernah nampak hantu baru diorang berani..)

Mungkin jugak la guru PSV tadi tu nak pelbagaikan pengajaran dia..asyik lukis gajah je kan, biar keluar dari kotak pulak sesekali...tapi jangan le toyol...

Suruh la lukis muka Perdana Menteri ke...muka Nik Aziz ke...(untuk berlaku adil nih..)...muka Anwar Berahim ke..(serius kalau anak aku lukis aku bakar topeng tu..)...atau muka ayah masing-masing ke...kan..

Nasib baik anak aku memilih untuk tidak melukis toyol...dia pilih lukis Mr Bean, walaupun wajah Mr Bean tu dah jadi macam soya bean je aku tengok...tak pe lah...

Bukan apa...aku takut kalau dia pilih nak lukis toyol..tetiba dia tanya aku.."Baba..macam mana bentuk toyol?"...mampus jugak aku nak bantu...pasal satu-satunya toyol yang aku kenal ialah yang dalam gambar kat bawah ni...hehe...apa nak dikata..



Oh ya...kepada bakal-bakal graduan UniMAP yang akan berkonvokesyen Sabtu ni...especially kawan-kawan anak buah aku Si Jalak tu...aku ucap tahniah...semoga terus sukses..aku tahu korang tak pakai toyol kat atas tu masa exam dulu kan...hehe...

4 comments:

KayNisa said...

wahh, camne nak lukis toyol. ada tanduk gigi jarang-jarang serta tajam and kaler ijau yek?

WAN ZUHA ISHAK said...

kalau toyol cam dalam gambar last tu baru sedar diri dah tua. adess.. sampai sekarang dok perasan muda. hahahahaha

Sembrol @Ryusgnal said...

Dulu masa skolah cikgu aku ada gak suh buat topeng hantu. Aku pun tak ingat hantu apa aku lukis, yang aku ingat lukisan aku tak penah ada boleh aku banggakan. hu hu.

jalak lenteng said...

toyol bawak tapi tak pakai...hehehe