Saturday, January 2, 2010

Tolong Jangan Keliru...

Semalam ada seorang kawan bagitau aku, ramai ulamak yang mengatakan kalimah Allah bukan milik umat Islam sahaja...malahan semua agama wahyu (agama langit) adalah berteraskan kepada Allah itu Tuhan...jadi mana-mana agama Kristian, Yahudi, Majusi atau Islam boleh menggunakan nama dan kalimah Allah...

Aku jawab...

TOLONG JANGAN KELIRU...

Memang kalimah Allah bukan milik umat Islam semata-mata...ada pulak yang kata senang nak berdakwah kepada orang Kristian lepas ni sebab diorang pun guna kalimah Allah...

FAHAMKAN APA YANG HERALD THE CATHOLIC WEEKLY MENANG SEMALAM KAT HIGH COURT...

Diorang menang dalam mendapatkan hak menggunakan kalimah Allah menggantikan kalimah Tuhan di dalam penerbitan mereka di dalam Bahasa Malaysia...kalau sebelum ini, setiap nas Bible atau artikel mereka yang di dalam Bahasa Inggerisnya mempunyai perkataan GOD terpaksa mereka terjemahkan sebagai TUHAN...sekarang mereka boleh terjemahkan GOD itu kepada ALLAH...

Faham tak?

Ok, kalau dah faham aku nak move kepada satu soalan...

Soalan aku, siapa yang akan membaca Herald: The Catholic Weekly di dalam Bahasa Malaysia..?Akhbar ini diterbitkan di dalam empat bahasa; Inggeris, Bahasa Cina, Tamil dan Bahasa Melayu...

Rata-rata yang beragama Kristian terdiri daripada masyarakat berbangsa Cina, India atau pun Serani...

Adakah bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu?

Jadi adakah mereka akan membaca artikel dan koleksi pilihan dari Bible yang dicetak dan ditulis dalam Bahasa Melayu?

Rasanya hampir confirm diorang akan baca yang ditulis dalam bahasa ibunda mereka kan...

Jadi apa tujuan penerbitan itu nak diteruskan di dalam Bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah jugak?

Tak nampak malicious ka?

Nanti satu hari tak mustahil akan ada anak kecil yang berkata..."Ayah, kalau kita beragama Kristian pun bukannya sesat...mereka pun sembah Allah jugak..."

atau lebih parah anak balik dari kota ke kampung dan bagitau..."Ibu, saya memilih mengikut ajaran Kristian...tapi jangan takut, saya masih menyembah Allah seperti ibu jugak.."

Masa tu nak buat apa?

So masa sekarang belum terlambat nak fikir untuk masa depan...kalau dah terlambat nanti, apa nak dikata...

3 comments:

Norudin Draman UstazCahaya said...

Salam Tuan Azhar.

Siapa lagi sasaran mereka jika bukan orang yang berbahasa Melayu? Terima kasih atas ingatan Tuan.

Jalaks said...

salam ustaz paksu,

Ini kali lagi tepat..payah benau dioang nih..harap2 diperbetulkan semula..

Hellioz said...

uih...
simpang lapan puluh lapan
chaotic sangat pemikiran politician nowadays~

will do anything to be the hero...
sigh~

dekat sangat kiamat dah~